Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Sunday, August 21, 2011

LailatulQadr, Sahabat + Teh strawberry

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, harini telah genap 21 ramadhan... bersyukur kepadaNya kerana masih memberikan kita semua peluang untuk mengharungi bahtera Ramadhan yang penuh dengan barokah ini... nahh... dalam sedar mahupun tidak, kita sudah sampai ke 10 malam terakhir Ramadhan.. Ya Allah..terasa begitu cepat Ramadhan meninggalkan kita...


Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” 

Apa itu Lailatul qadr?

1. Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T.
 
2. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut.
 
3. Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.

4. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.
                                                                                                                              (source by:JAKIM)

Sebenarnya, ini meupakan kali pertama entri ana menggabungkan tiga perkara sekaligus untuk ana nukilkan di teratak kalam jiwa hamba ini... sekadar sedikit perkongsian buat diri ana sendiri juga pen-ziarah di sini.. :)

20 OGOS 2011

Ada apa dengan tarikh tu?
hari kelahiran sahabat tercinta Nur Farida Hanis bt Zabidi ..
Wahai sahabat, SELAMAT HARI LAHIR !!
Allah telah mentaqdirkan persahabatan ini terjalin atas satu ikatan mawaddah..
Ana sayang sahabat ana...
Terima kasih wahai enti kerana sudi menjadi sahabat ana..
Sehingga kini, ana masih tidak melupakan hidangan istimewa enti buat ana..
yaa... TEH STRAWBERRY... :)

ia sangat memberi ukiran memori terindah dalam hidup ana..
boleh kan enti bancuhkannya untuk ana lagi?  :)
Terima kasih Ya Allah kerana melahirkan dia untuk menjadi sahabat
kepada insan ini...
dia...
sahabat yang bukan sahaja mendampingi tika suka, malah tika duka juga berkongsi airmata..
Ya Allah, Engkau lanjutkanlah usia sahabatku ini dalam iman, limpahinya dengan rezeki yang halal, peliharanya dalam lembayung RahmatMu, dan hadirkan kekuatan untuk dia menempuh mehnah kehidupan dalam membawa agamaMu...
Wahai sahabatku,
Semoga ukhuwah yang terjalin keranaNya ini berkekalan hingga ke akhirnya...
bersahabat sehingga ke syurga...
uhibbukfillah...



sahabat...
dalam kabur.. tercari-cari cahaya
akhirnya... ku temui
sinar ceria di raut wajahmu..
andainya alam ini mampu berkata-kata
pastilah pujian buat dirimu..
di waktu itu aku lah yang bertuah
punya sahabat sepertimu..

Thursday, August 11, 2011

<::Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan::>



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua 

Assalamualaikum..

Alhamdulillah diberi kesempatan olehNya untuk singgah ke teratak kalam jiwa hamba ini..http://www.emocutez.com Belum terlambat rasanya untuk ana mengucapkan SALAM RAMADHAN kepada pegunjung yang sudi singgah di sini.
Syukur juga kehadrat Illahi kerana akhirnya dapatlah kita menjejakkan usia/ merasai lagi / berada dalam bulan yang pernuh berkat ini.. AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN... 
http://www.emocutez.com
Hari ini sudah  9 Ramadhan . Bagaimana Ramadhan kita pada tahun ini? Moga lebih baik dari tahun sebelumnya. Bulan Ramadhan juga digelar bulan PESTA IBADAH .... kerana segala amal kebaikan yamg kita lakukan pada bulan ini , pahalanya menjadi berlipat kali ganda... bulan lenturan nafsu dan hati. Teringat ana pada kata-kata seorang sahibah " bulan ramadhan merupakan madrasah untuk setiap orang mukmin yang beriman...pada bulan inilah  biasanya hatihttp://www.emocutez.com kita akan menjadi lembut, lebih lunak untuk mempertingkat ibadah... ringan badan nak melakukan solat-solat sunat, ringan tangan ambil Al Quran untuk baca, bersedeqah dan berinfaq, ringan lidah untuk sentiasa berzikir, ringan hati untuk sentiasa mengingatinya, ringan kaki melangkah ke masjid untuk solat tarawih, ringan mata untuk mengeluarkan airmata lantaran mengingati dosa dan kesusahan orang lain."

SUBHANALLAH! lihatlah betapa Allah itu MAHA KAYA, MAHA PEMURAH !

Manakala bagi orang-orang munafiq pula, mereka berasa sangat gelisah dengan kehadiran bulan ramadhanhttp://www.emocutez.com ini kerana tidak boleh makan dan minum , perlu tahan diri untuk merokok, perlu tahan diri dari melakukan maksiat, perlu bangun awal pagi untuk bersahur, itu semua amat menyusahkan bagi mereka! mereka tidak memandang BULAN RAMADHAN ini sebagai medan untuk LATIHAN dan  RAWATAN Hati, Iman juga Nafsu . Alangkah ruginya bagi orang-orang yang hanya membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja sedangkan di dalam bulan ini terdapat jutaan Rahmat Tuhan. Rebutlah sebelum terlambat . Tiada siapa yang tahu jika RAMADHAN ini adalah RAMADHAN terakhir buat kita...
http://www.emocutez.com

Apabila sebut mengenai solat tarawih, ana sangat sedih melihat satu suasana apabila ada lelaki-lelaki yang berkumpul diluar masjid dan menghisap rokok sebelum masuk untuk bersolat tarawih, bukan saja golongan pakcik-pakcik, malah, anak muda juga ada. Entah mengapa hati ana jadi sedih, hanya mampu mendoakan agar pintu hati mereka terbuka untuk berubah.

Sebelum menamatkan penulisan pada kali ini, ana ingin berkongsi sedikit mengenai kelebihan orang yang berpuasa dan membaca Alquran :
Abdullah Bin Umar RA meriwayatkan bahawa rasulullah SAW Bersabda:

"PUASA DAN ALQURAN AKAN MEMBERI SYAFAAT PADA HARI KIAMAT. KELAK PUASA AKAN BERKATA :
"TUHANKU,AKU TELAH MNEHALANGINYA RARIPADA MAKAN DAN MINUMDAN SYAHWAT DI SIANG HARI, MAKA BERILAH AKU KEIZINAN UNTUK MEMBERI SYAFAAT KEPADANYA."
MANAKALA ALQURAN PULA BERKATA:
"TUHANKU,AKU TELAH MENGHALANGNYA DARIPADA TIDUR DI MALAM HARI, BERILAH KEIZINAN PADAKU UNTUK MEMBERI SYAFAAT KEPADANYA."
MAKA ALLAH S.W.T MENERIMA SYAFAAT PUASA DAN ALQURAN LALU ORANG YANG EMPUNYA DIRI ITU DIMASUKKAN KE SYURGA ."

(HADITH RIWAYAT AHMAD &AT THABRANI)