Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Thursday, March 14, 2013

UKHUWWAH KAMI

Assalamualaikum Wbt..

Alhamdulillah , baru sahaja selesai menghandiri program REHLAH TARBAWI dan REUNION kali PERTAMA , KDI pada 8-10 Mac 2013 yang lalu. Bertempat di mana?? di KEM INTAN SURAYA, SUNGAI SIPUT PERAK..

Alhamdulillah
Alhamdulillah
Alhamdulillah

Program berjalan dengan begitu lancar sekali..

Terharu pun ada juga kerana program menerima kunjungan sahibah dari Perak juga iaitu Makcik Aminah..atau lebih mesra dipanggil makcik Min.. :) seronok beramah mesra dengan makcik Min.. Maklumlah, orang sudah banyak pengalaman hidup.. macam-macam nasihat dan cerita dikongsi untuk sama-sama mengambil ibrah sesama sahibah.. :)

Program kali ini, menampilkan Murobbi yang sangat ku sanjungi iaitu Cikgu Azmi atau nama penanya Abu Umar sebagai kem kom sekaligus merangkap penceramah jemputan.. Alhamdulillah, banyak perkongsian ilmu yang beliau berikan sepanjang program 3h 2 malam ini...

Indahnya duduk dalam Tarbiyyah..

Bila bertemu dan berpisah kerana .. Allah..

Sedikit gambar-gambar program yang ingin dikongsi..

Insyaallah, ada rezeki, ketemu lagi di program yang lain pula.. :)







tiket dibeli..

antara sahibah yang hadir..

Ukhuwah selamanya..

mrobbi..

berbicara soal  tujuan kehidupan kita..

hidayah ...

antara sahabat yang hadir

:)

Bahagia itu datangnya dari Allah

sayang semua.. :)

ukhuwah fillah

:)

Kepentingan Tarbiyyah

lagu kami

bicara soal tarbiyyah..

^_^

santai..

moga istiqomah..

sebelum riadah..

War Games untuk sahabat

BBQ sponsored dari sahibah perak.. :)

kem kami,,

kami..

perpisahan sementara..



“dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa,Mahabijaksana.”(surah Al-anfal :  8:63)

Tuesday, February 12, 2013

Hari Kelahiran Seorang Hamba

Assalamualaikum Wbt..

11 Februari 2013..

Alhamdulillah... hari ini, genap usia ana ke-24 dengan izin Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..

Segala ucapan-ucapan dan doa-doa rakan-rakan , ana terima dengan hati yang basah.. kerana tanda ingatan meraka terhadap diri yang kerdil ini.. terima kasih kalian semua!

Ya Tuhanku.. mengimbau kembali detik-detik kelahiranku, pasti arwah bonda.. sudah bersusah payah dan bertarung nyawa untuk melahirkan puteri yang seorang ini.. membesarkan dengan penuh kasih sayang.. Terima Kasih bonda.. kakak sayang bonda..

Abah.. sudah pasti bekerja keras untuk memenuhi semua keperluanku.. Terima Kasih abah.. kakak sayang abah..

Menjadi puteri sulung dalam keluarga yang sederhana cukup membahagiakan.. dengan ditemanai putera-putera yang bajet hensem sokmo :p . Kakak sayang .. Firdaus, Haqimie dan Azam..

Dalam menikmati kurniaanmu
Tak terucap lafaz terima kasihku
Namun untuk jadi yang terbaik
Juga masih belum ku mampu..

Sunday, February 3, 2013

OH ESKALATOR!

2/02/2013 Sabtu

Bismillahirrahmanirrahim..

Alkisahnya bermula... telah diceritakan..

berhati-hati ketika menaiki eskalator
Cik Melah bersama rakannya tiba di midvalley untuk ke Pameran PC Fair untuk mecuci-cuci mata , kot-kot ada yang berkenan, bolehla beli..sesampainya di sana, terdapat banner yang memberitahu lokasi berlangsungnya PC Fair Tersebut iaitu di 'MID VALLEY EXHIBITION HALL' . tapi tak pula dinyatakan aras berapa.

Sedang leka berjalan-jalan, turun naik ESKALATOR, tiba-tiba skirt labuh yang dipakai oleh Cik Melah , tanpa sedar telah 'DIGIGIT' a.k.a tersangkut ESKALATOR. erk!! suasana agak panic seketika. Mujurlah hujung skirt labuh yang tersangkut tu betul-betul pada hujung(pengakhiran) eskalator (tempat orang ramai turun) ...

Mujurlah ada 2 orang insan baik hati yang memberhentikan eskalator dan membatu Cik Melah meleraikan gigitan eskalator itu..

Terima kasih Cik Melah ucapkan kepada hamba Allah itu walaupun dia terus saja berlalu selepas menolong Cik Melah, ( mungkin segan dengan Cik Melah ) walaupun kain yang dipakai Cik Melah sedikit koyak, masih mampu lagi terlindung aurat Cik Melah.. itu yang Cik Melah syukuri! syukurr.........

Mid Valley
Dalam kekalutan Cik Melah menahan malu, masih juga punya rasa syukur kerna Allah hadirkan insan-insan yang sudi membantu..dan tiba-tiba seorang uncle (kaum cina) berkata " hayya amooii, hati-hati..you punya kain too long.."
Cik Melah hanya senyum mendengar ... :)

On Behalf : Moral Of The Story,


Berhati-hati ketika menggunakan eskalator. Fobia dengan eskalator.


salam bahagia~aisyah





Thursday, January 31, 2013

BERHATI-HATI DENGAN PENYAMBUNGAN NAMA.

Assalamualaikum Wbt ..

Alhamdulillah, pagi sangat indah hari ini..


Dalam entri kali ini, sekadar perkongsian berkongsian bersama. Mungkin  juga baru pertamakali mengetahui tentang perkara ini, atau mungkin boleh jadi pernah dengar, tetapi KURANG PEKA dengan pengetahuan tentangnya..

Semoga bermanfaat...



Ramai wanita muslimah setelah menikah, lalu menisbatkan(mencantumkan) namanya dengan nama suaminya, misalnya: Aisyah menikah dengan Amiruddin, kemudian ia memakai nama suaminya sehingga namanya menjadi "Aisyah Amiruddin. "

Bagaimana hukum Islam mengenai perihal bersambungan penamaan ini?


Dalam ajaran Islam, Hukum Penamaan adalah hal yang penting. Setiap lelaki ataupun perempuan hanya dibenarkankan menambahkan NAMA AYAHNYA” sahaja dibelakang nama dirinya dan HARAM menambahkan nama lelaki lain selain ayahnya di belakang namanya, meskipun nama tersebut adalah nama suaminya.


Kerana dalam Islam. Nama lelaki di belakang nama seseorang bererti keturunan atau anak dari lelaki tersebut. Sehingga tempat tersebut hanya dibolehkan untuk nama ayah kandungnya(WALI) sebagai penghormatan anak terhadap orang tua kandungnya.

Berbeza dengan budaya barat(kafir) Contoh: isteri Bill Clinton: Hillary Clinton yang nama asalnya Hillary Diane Rodham; isterinya Barrack Obama: Michelle Obama yang nama asalnya Michelle LaVaughn Robinson, dan Lain-Lain.


Hadith mengenai perihal penamaan ini Shahih. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,



“Barang siapa yang mengaku sebagai anak kepada selain ayahnya atau menisbatkan dirinya kepada yang bukan walinya, maka baginya laknat ALLAH, malaikat, dan segenap manusia. Pada hari Kiamat nanti, ALLAH tidak akan menerima darinya ibadah yang wajib maupun yang sunnah”
(HR. Muslim dlm al-Hajj (3327) dan Tirmidzi)


Alhamdulillah. dari Tak Tahu, menjadi Tahu.

salam bahagia~aisyah

Wednesday, January 30, 2013

Masa Untuk BBQ


Assalamualaikum Wbt..

baru sampai :)
Alhamdulillah , dengan izinNYa.. minggu lalu Sabtu/26.1.2013. Selamat diadakan proses me-neutralkan stress dan hiruk-pikuk kota..

Budak-budak ofis mengadakan perkelahan santai di SUNGAI CONGKAK, Ulu Langat.
Sebenarnya ini merupakan kali pertana ana ke sana. Macam biasalah, kalu dah namanya pertama , mesti lah sangat teruja atau dalam Bahasa Inggerisnya 'Exited". hihi.

Macam- macam bekalan yang kami bawa. Antaranya nasi goreng kampung, keropok ikan, jajan-jajan (bahasa Johor) dan mesti paling wajib menu BBQ antaranya ayam, ikan daging buger, kentang,jagongs , sosej dan ..macam-macam lagi lah..
Buffday Girl ke-25

Menu KEK juga ada sebab... 26 JANUARI tu pun merupakan hari kelahiran kawan, teman, sahabat, kakak ana yang bernama SABARIAH MOHAMAD NOOR.. SANAH HELWA ya KAK SABA !!! MOGA ALLAH MERAHMATI SEPANJANG PERJALANAN HIDUPMU MENUJUNYA.. Insyaallah. ^_^

Sampai sahaja kat sana. SUBHANALLAH!! hanya itu yg terluah di bibir. CANTIK SANGAT sungai congkak ni rupanya! Allah ciptakan air yang tak putus putus mengalir ... dalam hutan yang sungguh tenang dan nyaman sekali udaranya.... Berhampiran situ terdapat perkampungan, penduduk orang asli yang pandai cakap Melayu..

antara menu yang ada
Masa kami sampai tu, memang orang belum ramai lagi, jadi senang lah nak cop tempat yang strategik..hehe.. Alhamdulillah , jalan punya jalan, memang dapatlah tempat yang strategik tu.. ^_^ ada yang mandi-manda. Ana sekadar mencelup kaki dalam air. fuhhhhhhh sejukkkkkkk sangat airnya..nyaman :)

Sesi membakar ayam dimulakan, sesambil membuat sambutan kecil hari kelahiran kak saba..
Sangat seronok menikmati alam ciptaan DIA... takkan kita nikmatai jika tidak melalui proses berjalan-jalan..
ayam^_^
Bila kita berjalan-jalan, bukanlah semata hanya untuk seronok-seronok, tapi, kita mestilah mengambil ruang itu untuk juga mengKAGUMI, mengAGUNGKAN Allah kerana alam indah ini adalah ciptaanNYA..

Gambar-gambar yang ada tu adalah sedikit sisipan kenangan BERKELAH di SUNGAI CONGKAK.

Yang belum pernah pergi ke sana, boleh la cuba-cuba untuk berkunjung . Insyaallah! besttttt

Jauh perjalanan , luas pemandangan ^_^

Nak Balik dah... :)

Masa untuk bertolak balik

salam bahagia ~ aisyah


** “Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan ketika berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, peliharalah kami dari siksa neraka.” Ali-Imran : ayat 191

Monday, January 28, 2013

Mengapa Hawa Tercipta Saat Adam Tertidur

Assalamualaikum.. :)

Dikatakan bahawa seorang lelaki jika kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Hawa...


Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ‘alaihissalam saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya, akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya, bahkan dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung, hati nurani).

Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Oleh karena itu Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah, kerana dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita, maka akan berinteraksi dengan perasaan, dengan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Kedokteran modern telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk tersebut pastilah pukulan yang paling ringan yang diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada kematian. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Oleh kerana itu, wajib bagi Hawa untuk berbangga kerana dia diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok!!

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, sebagaimana yang dikabarkan oleh Nabi saw, jika seorang laki-laki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksud dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu.


وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ

Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. (Surah al-Nahl: 72)


salam bahagia ~ aisyah

Friday, January 18, 2013

Dia.. Seluruh Isi Langit Mengenalinya!

Assalamualaikum W.b.t

Alhamdulillah. Dengan izinnya dapat ana menulis lagi untuk belog chenta hati ana ni.. Hari ini ana tertarik untuk berkongsi kisah seorang yang sangat istimewa.. sangat terkenal oleh penghuni langit (bukan ajaran ayah Pin tau, sila baca hingga habis) . Siapa dia tu???? Sahabat pada zaman Rasulullah.

Jom kita baca sirah.. :) risalah ini ana ambil dari sumber pelbagai dengan sedikit olahan.. Bismilahirrohmanirrohim!

Tempat Kelahiran Uwais Al- Qarni

Ada seorang pemuda dari Yaman bermata biru, berambut keperangan, bahunya lebar dan berpenampilan cukup tampan, hidup pada zaman Rasulullah S.A.W. Beliau yang berkulit kemerah - merahan selalu menundukkan dagunya memerhatikan tempat sujudnya, tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya, seorang yang mahir membaca al-Quran dan selalu menangis. Pakaiannya hanya dua helai yang sudah kusut (pakaian kita?? tak cukup 2 helai tu! ). Satu untuk menutup badan dan yang satu lagi sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, dan tidak dikenali oleh penduduk bumi akan tetapi sangat terkenal di langit.

Tetapi seandainya dia berdoa, pasti terkabul. Pada hari kiamat nanti ketika semua ahli ibadah dipanggil dan disuruh masuk ke syurga, dia dipanggil agar berhenti dahulu dan disuruh memberi syafa’at, ternyata Allah memberi izin kepada untuk memberi syafa’at sejumlah kabilah Rabi’ah dan kabilah Mudhar.Semua akan dimasukkan ke syurga tanpa seorangpun yang ketinggalan kerananya. Dia adalah “Uwais al-Qarni”. Dia tak dikenal kebanyakan orang, dia juga miskin, banyak orang suka menertawakan, mengolok-olok, dan menuduhnya sebagai pengemis, pencuri serta berbagai macam umpatan dan penghinaan lainnya.
Seorang fuqaha’ negeri Kuffah, kerana ingin duduk bersamanya, cuba memberinya hadiah dua helai pakaian, tetapi tidak berbaloi kerana hadiah pakaian tadi diterimanya tetapi dikembalikan olehnya seraya berkata:
 “Aku khuatir, nanti ada orang menuduhku, dari mana aku dapatkan pakaian itu, kalau bukan dari mengemis pasti dari hasil curian”.


Gambar hiasan : Uwais Al Qarni seorang penggembala
Pemuda dari Yaman ini telah lama menjadi yatim, tidak mempunyai keluarga, kecuali hanya ibunya yang telah terlalu tua dan lumpuh. Penglihatan ibunya pula sudah kabur. Untuk mencukupi kehidupan sehariannya, Uwais bekerja sebagai penggembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup untuk sekadar menampung kehidupan sehari bersama si ibu. Bila ada kelebihan, ia pergunakan untuk membantu jiran tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan seperti keadaannya.Kesibukannya sebagai penggembala kambing dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya, ia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam pada masa negeri Yaman mendengar seruan Nabi Muhammad SAW yang telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya. Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur dan mulia. Peraturan - peraturan yang terdapat di dalamnya sangat menarik hati Uwais, sehingga setelah seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran. Ramai di antara jiran tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengar ajaran Nabi Muhammad SAW secara langsung. Sekembalinya mereka ke Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.


KEINGINAN UWAIS UNTUK BERTEMU RASULULLAH

Alangkah sedihnya hati Uwais setiap kali melihat jiran tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah “bertamu dan bertemu” dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang ia sendiri belum berkesempatan.Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengannya. Tetapi apakan daya ia tak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah, dan yang lebih ia beratkan adalah ibunya yang jika ia pergi, tiada orang yang akan menjaganya.
Di khabarkan, ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah karena dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini akhirnya terdengar oleh Uwais. Ia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah SAW, sekalipun ia belum pernah melihatnya. Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tak terbendung membuat hasrat untuk bertemu dengan Rasulullah tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah baginda dari dekat ? Tetapi, bukankah ia mempunyai ibu yang sangat memerlukan penjagaannya dan tidak boleh ditinggal bersendirian. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah!


UWAIS MEMOHON IZIN DARI IBU

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya, mengeluarkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan pergi menziarahi Nabi SAW di Madinah. Si-ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau memahami perasaan Uwais, lalu berkata : “Pergilah wahai anakku ! temuilah Nabi di rumahnya. Dan bila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang”. Dengan rasa gembira ia berkemas untuk berangkat dan tidak lupa menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada jiran tetangganya agar dapat menemani ibunya selama ia pergi.


BERGERAK DARI YAMEN KE MADINAH

Sesudah berpeluk cium dengan ibunya, berangkatlah Uwais menuju Madinah yang jaraknya lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman. Laluan perjalanan yang begitu mencabar ditempuhinya, tidak peduli kepada perompak dan penyamun, bukit yang curam, padang pasir yang begitu panas, seluas dan sejauh mata memandang dan dapat menyesatkan, dan apabila malam ia menjadi begitu sejuk. Semua itu tiada menjadi hal baginya asalkan dapat bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras rupa baginda Nabi SAW yang selama ini dirindukannya.

KETIBAAN UWAIS DI MADINAH

Akhirnya tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Beliau segera ia menuju ke rumah Nabi SAW, diketuknya pintu rumah, sambil mengucapkan salam. Keluarlah Sayyidatina Aisyah RA sambil menjawab salam Uwais. Uwais bersegera menanyakan Nabi yang ingin ditemuinya. Namun ternyata baginda SAW tidak berada di rumah kerana berada di medan perang. Betapa kecewa hati Uwais. Dari jauh ia datang untuk bertemu Rasulullah tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kepulangan Nabi S.A.W dari medan perang. Tetapi, bilakah baginda akan pulang ? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit, agar ia cepat pulang ke Yaman,” Engkau harus lekas pulang”. Kerana ketaatan kepada ibunya, pesanan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan bertemu dengan Nabi SAW. Ia akhirnya, dengan terpaksa memohon keizinan kepada Sayyidatina Aisyah RA untuk segera pulang ke negerinya. Dia hanya mengirimkan salamnya untuk Nabi SAW dan melangkah pulang dengan perasaan terharu.

Sekembalinya dari medan perang, Nabi SAW terus menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawaUwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Dia adalah penghuni langit (sangat terkenal di langit). Mendengar kata-kata Rasulullah SAW tersebut, Sayyidatina Aisyah RA. dan para sahabatnya tercengang. Menurut maklumat Sayyidatina Aisyah RA, memang benar ada orang yang mencari Nabi SAW dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakit sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rasulullah SAW bersabda : “Kalau kalian ingin berjumpa dengannya (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah - tengah tapak tangannya.” Sesudah itu baginda memandang kepada Sayyidina Ali dan Sayyidina Umar RA. dan bersabda : “Suatu hari nanti, apabila kamu bertemu dengannya, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi”.


UWAIS SELEPAS KEWAFATAN RASULULLAH SAW

Hari demi hari, minggu berganti bulan dan tahun terus berlalu. Tidak lama kemudian Nabi SAW wafat, sehingga ke zaman khalifah Sayyidina Abu Bakar As-Shiddiq RA. dan zaman Khalifah Umar RA. Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W. tentang Uwais al-Qarni, penghuni langit. Beliau segera mengingatkan Sayyidina Ali untuk mencarinya bersama. Sejak itu, setiap kali jika ada kafilah yang datang dari Yaman, beliau berdua selalu menanyakan tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sehingga seorang khalifah begitu sibuk mencari-cari orang yang bernama Uwais ini. Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka.

Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah. Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, lantas khalifah Umar Sayyidina Ali mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka. Rombongan itu mengatakan bahawa memang ada seorang yang bernama Uwais bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, mereka berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni. Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar dan Sayyidina Ali memberi salam. Namun rupa-rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman. Sewaktu berjabat, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk membuktikan kebenaran tanda putih yang berada ditapak tangannya sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi SAW. Memang benar ! Dia penghuni langit. Lalu mereka bertanya kepadanya, "Siapakah nama saudara ?? “Abdullah”, jawab Uwais. Mendengar jawaban itu, kedua sahabat itu pun tertawa dan mengatakan : “Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya ?” Uwais kemudian berkata: “Nama saya Uwais al-Qarni”. Dalam perbualan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia. Itulah sebabnya, ia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang ketika itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan Ali . memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka. Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah, “Sayalah yang harus meminta doa dari kalian” (subhanallah, sangat merendah dirinya hamba Allah ni! ). Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata: “Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar dari anda”. Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar berjanji untuk menyumbang wang negara dari Baitul Mal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera saja Uwais menolak dengan lembut sambil berkata : “Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari - hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi”.


KISAH UWAIS DI DALAM KAPAL DAGANG

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam tak terdengar lagi beritanya. Tetapi ada seorang lelaki pernah bertemu dan ditolong oleh Uwais. "Waktu itu kami sedang berada di atas kapal menuju tanah Arab bersama para pedagang, tanpa disangka-sangka angin taufan bertiup dengan kencang. Akibatnya hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di sudut kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya. Lelaki itu keluar dari kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu." Ujar lelaki tersebut

“Wahai waliyullah,” Tolonglah kami !” tetapi lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,” Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!”Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata: “Apa yang terjadi ?” “Tidakkah engkau melihat bahawa kapal ini dibadai angin dan dihentam ombak ?”tanya kami. “Dekatkanlah diri kalian pada Allah !“katanya. “Kami telah melakukannya.” “Keluarlah kalian dari kapal dengan membaca bismillahirrahmaanirrahiim!”
Kami pun keluar dari kapal satu persatu dan berkumpul di situ. Pada ketika itu jumlah kami lima ratus orang lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan kapal dan segala muatannya tenggelam ke dasar laut. Lalu orang itu berkata pada kami ,”Tak mengapa harta kalian menjadi korban asalkan kalian semua selamat”. “Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan ??  “Tanya kami. “Uwais al-Qarni”. Jawabnya dengan singkat.


KAPAL YANG TENGGELAM MUNCUL KEMBALI

Gambar hiasan : Kapal Tenggelam

Kemudian kami berkata lagi kepadanya, “Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir.” “Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membagi-bagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?” tanyanya.”Ya,”jawab kami. Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdo’a. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada seorang pun yang tertinggal.


UWAIS KEMBALI BERTEMU ALLAH

Beberapa waktu kemudian, tersebarlah berita bahawa Uwais al-Qarni telah kembali ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah ramai orang yang berebutan untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafani, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafaninya. Demikian pula ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa ramainya orang yang berebut rebut untuk mengusungnya. Dan Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,

“Ketika aku ikut serta mengurus jenazahnya sehingga aku pulang dari mengantar jenazahnya, lalu aku bermaksud untuk kembali ke tempat perkuburannya tetapi ternyata tanda pada kuburannya sudah hilang sehingga tak terlihat ada bekas kuburannya. (Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan Sayyidina Umar r.a.)

Meninggalnya Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal - hal yang amat menghairankan. Begitu ramai orang yang tidak dikenali datang untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang. Sejak ia dimandikan sampai ketika jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang. Mereka saling bertanya - tanya : “Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni ? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tak memiliki apa-apa, yang kerjanya hanyalah sebagai penggembala kambing dan unta ? Tapi, ketika hari kematianmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenal. Mereka datang dalam jumlah yang sedemikian ramainya. Agaknya mereka adalah para malaikat yang di turunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pengkebumiannya. Baru ketika itulah penduduk Yaman mengetahui siapa “Uwais al-Qarni” Memang dia tak dikenali di bumi tetapi seluruh isi langit mengenalinya.

Best kan baca sirah?? banyak ibrah yang boleh kita sama-sama ambil untuk dijadikan panduan.. Moga bermanfaat, insyaallah ^_^

salam bahagia ~ aisyah