Begini al kisahnya..
Ada seorang pemuda yang sangat hensem.. dan sangat baik..
dia dikurniakan wajah yang menjadi kegilaan semua wanita di kampungnya..
dia, anak yang saat patuh dan taat kpd ibu bapanya..ringan tulang.....
namanya kerap meniti di bibir anak gadis kerana ketampanannya dan kemolekan pekertinya..
walaupun dia berbadan gempal,namun wajahnya begitu kacak, hampir sempurna..
ramai anak gadis tergilakannya dan mahu berkahwin dengannya..tetapi si lelaki tadi belum terbuka hati,
sebabnya, dia tahu, gadis-gadis di luar sana memujanya kerana keelokan wajahnya sahaja!! kecantikan luaran pasti lambat laun akan hilang dimamah usia..
suatu hari, ketika bangun dari tidur, si lelaki melihat wajahnya dicermin, alangkah terkejutnya dia pabila mendapai ada tahi lalat berbulu yang sangat besar di pipinya!!! hilang sungguh kacaknya! malu!!
namun dia tahu dia harus keluar untuk mencari rezeki.
gadis2 kampung yang tepandangkan dia amat terkejut kerana lelaki tadi sudah tak hensem dan sangat buruk rupanya!
kini dia menjadi kutukan pula..wajahnya kini sudah dipandang buruk sekali! namun si lelaki menjalani hidup dengn sabar, sedikitpun akhlaknya tidak berubah, masih seperti ketika dia dipuji-puji suatu waktu dahulu, meski kini dia dikutuk-kutuk pula!sabar..dan terus bersabar...
suatu hari ketika dia sedang berehat , menghilangkan lelah dibawah sepohon pokok, dia ditegur oleh seorang wanita...
"encik.. boleh tunjukkan saya jalan ke kedai?"
"boleh, tetapi jangan engkau pndang wajahku ini!"
"ehh, tapi kenapa encik?"
"kerana aku bimbang engkau akan terkejut dan mengutukku"!
"perlu kah saya mengutuk orang yang mahu membantu saya menunjukkan jalan"??
lelaki itu tidak menjawab, dia memalingkan wajahnya kearah si wanita.
tiada riak terkejut di wajah si gadis.
"engkau tidak terkejutkah melihat wajahku yang hodoh ini?"
"tidak. engkau sungguh kacak sekali.."
"tapi gadis-gadis kampung ini mengutukku kerana tahi lalat besar berbulu di pipi ku ini"!
si gadis tersenyum..
"itu kerana mereka hanya nampak tahi lalat berbulu yang besar itu. bukan yang lainnya"
jawab si gadis trsenyum.
"maksud kamu?"
"maksudnya.. bukankah Allah menciptakan manusia sebaik-baik kejadian.. yang buruk padamu hanyalah
1/100 dari lainnya.. mengapa harus dipandang
ke-tidak-sempurnaan yang satu itu,sedangkan 99 sifat lain yang ada pada diri mu jauh lebih sempurna.."???
mengalir airmata si lelaki... menyedari betapa mungkin, selama ini, sifat
SYUKURnya semakin hilang~...
wallahua'lam..^_^