Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia nabi Muhammad S.A.W.
Assalamualaikum sahabat sekalian... apa khabar iman? moga istiqomah dalam membina dan mencantikkannya.. :)
Alhamdulillah bertemu lagi dalam entry ana kali ini (tersenyum2 sambil menaip)
ish, kalau orang lain nampak ni, mesti dikatakan ana gila....hakikatnya,
memglah benar ana gila...tetapi tidaklah sampai tahap perlu di hantar ke tanjung rambutan... (:))
insyaallah, dalam entry ana kali ini, ana ingin kongsikan serba sedikit mengenai keajaiban ukhuwah
apa yang kalian faham ya agaknya? erm... mengikut definisi kamus aqal dan kefahaman hati,
keajaiban bermaqsud sesuatu perkara atau kejadian baik yang berlaku/terjadi secara tidak diduga.
Ukhuwah pula memberi maqsud suatu perhubungan/ikatan/ jalinan yang membentuk kasih sayang dan menyatukan hati-hati insan, lebih kurang macam persahabatan...
bagaimana ukhuwah terjadi? apabila hati-hati bertaut yg didasari kerana Allah
bagi ana, ukhuwah itu ada auranya trsendiri...ada powernya yang tersendiri...
tentu kalian semua pernah mengalaminya kan??
Saat pertama kali ana menjejakkan kaki ke bumi Perlis untuk sambung study, ana tiada siapa-siapa di sana
bak kata sahabat ana selalu "dah dak apa dah..hanya ada Allah dan Rasul". :)
diringkaskan cerita, usai solat maghrib di pusat Islam luqmanul hakim, ana ditegur oleh seorang pelajar perempuan dengan senyuman
manis terukir diraut wajahnya.
"Assalamualaikum.semester 1 ka"?
"walaikumsalam.ya kak. akak student sini gak ya?"
"ya. semester 2 baru. tak payah panggil akak.kita sebaya"
"eh, ya ka? mana tahu kita sebaya?"
"tu, kad matrik sementara adik ada nombor ic."
"oh ya. hihi.."tergelak kecil kami ketika itu..
selepas bertukar nama, ditakdirkan Allah pula kami dalam kos yang sama. kiranya ana ni junior lah. Apa lagi time tu fikir, boleh dapatkan tunjuk ajar dan nota-nota yang ada dari senior, kerana ana dimaklumkan, kos ini agak baru ditawarkan di sini memandangkan kami baru batch yang ke-2. Kemudian ana diperkenalkan dengan kawan-kawannya yang lain, dan bermulalah 1 ukhuwwah, mekar,dan semakin mekar di taman hati ana hingga hari ini... Tradisi memupuk ukhuwwah ini diteruskan hingga kami menamatkan pengajian...
bila masuk ja adik-adik sementer 1, kami menjalankan operasi "skodeng-skodeng" adik-adik, membina jambatan hati, berkasih sayang, seterusnya berukhuwah dan sama-sama bekerja menggerakkan kerja-kerja
islam. Terbinalah 1 fikrah yang meyatukan hati-hati insan...Umpama sebuah keluarga yang sangat besar, bersama dengan ahli-ahlinya, umpama bersama keluarga sendiri, adik beradik sendiri, darah daging sendiri...
Semoga ia berterusan dari generasi ke generasi yang mendatang...Insyaallah..
Disamping berukhuwwah, makanan rohani terus diberikan oleh murabbi bagi meneruskan tarbiyyah bagi melahirkan generasi Rabbani yang sentiasa ghairah mengajarkan al-Quran dan memepelajarinya, melahirkan insan yang bersahsiah tinggi,berilmu, dan berkepimpinan dalam membangunkan Islam.
Barulah ana mengerti apa yang dikatakan ISLAM IS THE WAY OF LIFE.
Dan...apa yang paling penting, dalam musafir ana ke bumi 'Darul Sunnah' menemukan ana dengan NUR ILLAHI... tiada bahagia yang
ana akan kenangi hingga akhirnya hayat ana, melainkan kebahagiaan berada di sana... Subhanallah.
Rupa-rupanya, inilah yang dikatakan Tarbiyyah dari Allah. Setiap apa jua taqdirNya,pasti ada hikmah yang mengiringi.
Betapa cantiknya percaturan Allah buat diri ini...
Bila dikenang kembali saat itu.. menitislah airmata kerinduan.. :(
Indahnya ukhuwwah yang terbina di sana, membuatkan hati berasa sangat dekat dengan mereka.

Walaupun kini jauh di mata, namun dekat di hati itu pasti...
Kepada sahabat-sahabatku, terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku,
Bersahabat dengan kalian, membuatkan hati semakin mengingati Tuhan,
bersahabat dengan kalian, membuatkan hati disirami dengan kasih sayang
bersahabat dengan kalian, membuatkan hati merasa damai.
Ajaibnya ukhuwah,
Hebatnya Allah,
kerana DIA menciptakan ukhuwah
kerana DIA memberi rasa mawaddah
kerana DIA pemberi Rahmah..
Sahabatku,
tak luput ingatanku
duduk bersama dengan kalian,
makan setalam dengan kalian,
minum secawan dengan kalian,
bersuapan bersama kalian,
berjemaah bersama kalian,
berkongsi saat suka duka dengan kalian,
berbuka puasa bersama kalian,
berusrah bersama kalian,
beriadah bersama kalian.
Ya Allah,
masih adakah kesempatan kembali begitu?
Betapa indahnya saat itu...
saat dimana tautan hati terjalin kerana-MU
bertemu kerana Allah
berkasih sayang kerana Allah
Berpisah jua kerana Allah...

wallahua'lam
No comments:
Post a Comment