Alhamdulillah, harini telah genap 21 ramadhan... bersyukur kepadaNya kerana masih memberikan kita semua peluang untuk mengharungi bahtera Ramadhan yang penuh dengan barokah ini... nahh... dalam sedar mahupun tidak, kita sudah sampai ke 10 malam terakhir Ramadhan.. Ya Allah..terasa begitu cepat Ramadhan meninggalkan kita...
Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”
Apa itu Lailatul qadr?
2. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut.
3. Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.
4. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.
(source by:JAKIM)
Sebenarnya, ini meupakan kali pertama entri ana menggabungkan tiga perkara sekaligus untuk ana nukilkan di teratak kalam jiwa hamba ini... sekadar sedikit perkongsian buat diri ana sendiri juga pen-ziarah di sini.. :)
20 OGOS 2011
Ada apa dengan tarikh tu?
hari kelahiran sahabat tercinta Nur Farida Hanis bt Zabidi ..
Wahai sahabat, SELAMAT HARI LAHIR !!
Allah telah mentaqdirkan persahabatan ini terjalin atas satu ikatan mawaddah..
Ana sayang sahabat ana...
Terima kasih wahai enti kerana sudi menjadi sahabat ana..
Sehingga kini, ana masih tidak melupakan hidangan istimewa enti buat ana..
yaa... TEH STRAWBERRY... :)
ia sangat memberi ukiran memori terindah dalam hidup ana..
boleh kan enti bancuhkannya untuk ana lagi? :)
Terima kasih Ya Allah kerana melahirkan dia untuk menjadi sahabat
kepada insan ini...
dia...
sahabat yang bukan sahaja mendampingi tika suka, malah tika duka juga berkongsi airmata..
Ya Allah, Engkau lanjutkanlah usia sahabatku ini dalam iman, limpahinya dengan rezeki yang halal, peliharanya dalam lembayung RahmatMu, dan hadirkan kekuatan untuk dia menempuh mehnah kehidupan dalam membawa agamaMu...
Wahai sahabatku,
Semoga ukhuwah yang terjalin keranaNya ini berkekalan hingga ke akhirnya...
bersahabat sehingga ke syurga...
uhibbukfillah...
sahabat...
dalam kabur.. tercari-cari cahaya
akhirnya... ku temui
sinar ceria di raut wajahmu..
andainya alam ini mampu berkata-kata
pastilah pujian buat dirimu..
di waktu itu aku lah yang bertuah
punya sahabat sepertimu..
No comments:
Post a Comment