11 sept 11
Hari ini lena teasa panjang... hujan rahmat membasahi bumi nilai ini.. bangkit dari lena yang panjang lantas membaca doa :
اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyurSegala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit
Tersenyum panjang ana... bermimpi ketemu bonda yang sangat dirindui...Allah...... pastinya lebih indah andai waktu itu benar-benar hadir...
Lalu ana menjenguk pula ke muka handset untuk melihat waktu..ada mesej diterima, berita kembalinya ke Rahmatullah ayahanda kepada seorang sahabat. Dalam pukul 10 pagi pula ana mendapat 1 lagi berita kematian yang disampaikan oleh seorang sahibah, ayahanda tercinta kepada murabbi(ust Sharihan Shahidan) meniggal dunia. Entah mengapa sebak melanda diri..lalu airmata menitis.. jemari menggigil untuk 4ward kan mesej kepada sahabat dan sahibah yang lainnya.. ana sangat sensitif dengan berita 'kematian'. Moga Allah menempatkan allahyarham bersama para solohin..
Artikel di bawah ana selitkan sebagai simpanan kisah dalam Kalam Jiwa Hamba ini. ana copy dari blog seorang sahabat:
***********************************************************************************
TERKINI : Tragedi Van Pelajar MATRI dihempap pokok, 3 meninggal
Sunday, September 11, 2011
Keadaan Van yang dinaiki mereka selepas tragedi.
Keadaan Van setelah pihak bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa-mangsa yang terlibat.
Pagi
ini, saya menerima berita yang mengejutkan dari Utara Perlis. Tragedi
kemalangan yang menyayat hati. Sebuah van yang memuatkan seramai 9 orang
termasuk pelajar-pelajar Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) ranap
teruk dihempap sebatang pokok di hadapan Kilang Gula Chuping pada jam
9.15 pagi tadi.
Menurut
sumber berita, kesemua pelajar yang dibawa oleh Encik Shahidan Bin Ali
yang merupakan pemandu van tersebut - dalam perjalanan ke kawasan
tersebut untuk melakukan tugasan kajian tempatan anjuran pihak sekolah.
Sumber Utusan Online.
Sedikit maklumat berkenaan mangsa-mangsa yang terlibat.
Senarai nama sahabat yang terlibat kemalangan:
1. Shahidan Bin Ali – Pemandu- Meninggal,
2. Muhd Izzat Bin Ismail -Tingkatan 5 - Meninggal,
3. Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan - Tingkatan 2 - Meninggal,
4. Muhd Ahnaf Bin Anisoffian - Tingkatan 2, Cedera Parah.
5. Muhd Shauqi Bin Salahuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
6. Muhd Iqbal Bin Aminuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
7. Muhd Faris Mustaqim Bin Nazri - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
8. Muhd Zalfadhli Bin Rodi - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
9. Omar Mokhtar Bon Shirin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un.
Saya mengucapkan takziah bagi keluarga mangsa, dan mendoakan agar roh
mereka dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta
ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.
“Setiap
yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari
kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka
dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung.
Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)
Semoga
musibah yang menimpa ini membuatkan kita kembali menginsafi bahawa
setiap daripada kita dari Allah SWT dan kita akan kembali kepada-Nya.
credit to : http://brohamzah.blogspot.com
***********************************************************************************
p/s : kita semua pasti menyusul.... cuma tidak tahu bila Izrail datang menjemput... :(
No comments:
Post a Comment