21/9/2011-selasa
Hari ni doctor bagi mc lagi.. 1 hari... meminta supaya aku berehat a.k.a merehatkan diri... Allah... tiba-tiba sahaja bangkit pagi mendapat sakit kepala n bisa urat..
*****************************************************
16/9/2011-jumaat
Hari ini depa kata hari 1 Malaysia..yang bestnya hari ini "bos bagi cuti"..... Alhamdulillah... bolela aku merehatkan diri n berjalan-jalan bersama sahabat tersayang.. :) ~ rafidah. Beliau nak balik kajang ( ke rumah kakaknya sebab bondanya baru sampai dari batu pahat). Di petang yang hening, aku mengajak sahabat ke pasar malam berhampiran . Aku bagi tahu pada sahabat tu.. mengidam ayam gunting .. ^_^ sesampainya di sana, kami disergah oleh seorang rijal, tiba2 sahaja menyebut " assalamualaikum ya ****ah !! ana Fahrin!! ?" - terus sahaja beliau menyanyi lagu ayat-ayat cinta. Terkejut a.k.a tergamam sesaat kami di situ sebelum berlalu dengan berkerut2 muka sambil menahan bunga tawa.. " Eh fidah, macm mana org tadi tahu nama ana?"
sahabat menjawab sambil krenyih " entahlah..tapi mcm kenai rijal tuu.. tapi tak tahu lah pula namanya fahrin ka apa.. ". kami biarkan persoalan itu berlalu sebelum aku dapat menyelesaikan teka teki tersebut dan memberitahu sahabatku.. hihi..
Magrib kian menghampir.. guruh mula kedengaran.. kilat melintas-lintas di awan gelap, angin bertiup agak kuat.. sahabatku yang mengidam char kue tiaw singgah di satu gerai.. gerai terakhir... lalu meng-oder char kue tiaw kerang- harga RM3.. Sementara aku meminta diri untuk ke motor bagi menyusun barang dan memarkir berhampiran gerai tersebut... Dipendekkan cerita.. dalam perjalanan pulang.. TIBA-TIBA (suspen)..........................................................................................................................................................
!!!!!!!!!!bbbbbbaaaaaaaaaaaammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!??
Seketika dunia menjadi gelap dan mata terasa ingin lena.................................. selenanya..................................
|
~baru ganti~ |
|
motor da perbaik, Alhamdulillah |
aku memejamkan mata...akal seolah tidak mampu untuk memikirkan yang lain... namunn sayup-sayup terdengar jeritan suara perempuan memanggil nama... pada mulanya aku gagal mentafsir .. untuk memberi response juga tidak mampu.. mungkin kerana terkejut dek hentakan yg kuat.. tubuhku terasa digoncang kuat..aku mendengar suara ituu lagi mmgil namaku menyuruh bangun..bangunn... aku sedikit terkejut.. "eh.. suara fidah..." lalu merespond.. "ya... sedar..." aku membuka mata dengan perlahan-lahan bila mendengar suara orang ramai.."dikk... ok tak ni??? kaki mcm mana???tangan patah tak??? boleh bangun tak? boleh gerak tak??" soalan bertubi tak mampu aku jawab semua melainkan 1-2 soalan saja.. dalam keadaan sedikit pusing dan terpinga-pinga aku bertanyakan pd sahabat... "ada langgar apa-apa ka tadi??" sahabatku memberitahu, "tak langgar apa, jaket terbelit di roda, masuk rantai.." masyaallah.. patutlah...tiba-tiba hilang kawalan tadi... mujur tiada kenderaan lain di belakang... Alhamdulillah...
|
~hendle bengkok~ |
Char kue tiaw bertaburan di jalan... sekilas ku lihat ada serpihan kaca di jalan,, barangkali cermin motor pecah..biarlah.. aku tak mampu berfikir lebih lagi dalam keadaan tak stabil begitu..
Aku tidak sempat mengucap terima kasih pada insan yang mengangkat motorku ke tepi dan .. ku lihat "hubbyku" KCN4249 tersadai di situ.. fidah kata..dia da ucap trima kasih kat oarang-orang yang tolong.. Alhamdulillah,,, Allah hadirkan insan-insan untuk bantu di saat musibah berlaku... syukur tak terhingga..
Seorang wanita india menawarkan untuk menghantar pulang ke rumah memandangkan kami 1 taman.. beliau meng-ofer utuk hantaq ke klinik namun kami menolak baik... kerana jika ke klinik, sudah tentulah solat magrib akan terabai begitu sahaja... dalam sisa waktu yang berbaki... dalam kepayahan kesakitan. solat yang wajib di tunaikan.. alhamdulillah masih sempat...
|
jaket sahabat~tinggal kenangan.. |
Allahhh.... ujian kesakitan mendatang.... aku dan sahabat menempuh dengan sabar... ku memandang wajah sahabat penuh kasihan.. dia juga mengalami luka-luka dan lebam-lebam...namun kegagahannya untuk menyedarkan aku di atas jalanraya itu, membuat hatiku lebih sayu...TERIMA KASIH SAHABATKU!!!! malam itu, Allah hadirkan lagi insan, siti zarina, sahabat lama yang studi di usim untuk menghantar kami ke klinik, namun klinik banyaknya yg tutup.. cuti 1 malaysia katakan... setelah meronda, Alhamdulillah, ada juga farmasi melayu-islam yang buka.., kami mndapatkan rawatan perubatan d situ.. pharmasist siap melawak lagi, katanya.. "tak mengapalah dik, hari ni kan 1 Malaysia.. adik akan ingat hari ni sepanjang idup adik.." aku dan sahabat hanya mampu tersenyum...
Kasihan sahabatku.. jaketnya terpaksa digunting2 utk memisahkannya dari rantai roda.. pakcikku, Mohamad Sufian, menjadi hero malam itu.. membawa pulang hubbyku yang tersadai di tepi jalan...
Luka yang ada, kami cuci sendiri... bisa-bisa semakin terasa.. Allah jua lah tempat bergantung harap menyembuh luka... Sesungguhnya ujian ini lebih mendekatkan hamba dengan Khaliqnya.. ujian, tanda Allah sayang, ujian tanda Allah kasih, ujian terselit hikmah, ujian menguji iman...
Sahabatku mengingatkan :
Antara sebab kenapa Allah uji kita dengan masalah atau musibah :
1- Menghapus dosa-dosa
2- Melihat martabat atau ketinggian iman seseorang
3- Allah tidak akan uji hambaNya bukan dengan kemampuannya (Al-Baqarah : 286)
Bersyukurlah jika anda yg terpilih..
Allah.. sejuk benar hati mendengar kata-kata sahabatku ini... Sungguh Engkau Ya Allah.. Maha Mengetahui atas setiap sesuatu di atas muka bumi ini... tiada daya seorang hamba melawan taqdir yang tersurat.. pasti mengiring hikmah... dan tersirat itu... hanyalah dalam pengetahuanMu... dengan "kun fa yakun.." jadilah, maka terjadilah...
*************************************************************************************************************
19/9/2011-isnin
Aku merenung gunting yang digunakan untuk menggunting jaket yang terselit di roda.. gunting merah inilah yang selalu aku gunakan untuk menjahit tudung... hajatku ingin mnjahit sehelai tudung malam ini walaupun tanganku masih belum pulih sepenuhnya...lenguh terasa..ku gagahkn jua untuk meneruskan niatku... aku memulakan ukuran dan menggunting bahagian yang tidak diperlukan..eh.. "gunting ini sudah tidak tajam lagi" bisikku... tak mengapalah.. gunting yang tumpul boleh dibeli... tapi nilai persahabatan yang Allah beri.. tak boleh dibeli... :)
Musibah ini...akan memberi 1001 kenangan dalam kamus hidupku, dan sahabatku, rafidah...
Sekadar perkongsian...
No comments:
Post a Comment