"Ambuih... banyaknya koleksi barangan barbie dan princess ni..semua ni qaleesya punya kah??"
"Ha’ah la, semua qaleesya punya. Kak nur nak tak buku note kecil ni. Ambillah satu, yang mereah jambu ni. Qaleesya ada banyak lagi." tulus hati si kecil.
Nur hanya tersenyum sambil mengambil pemberian anak buahnya yang berusia 7 tahun itu sambil mengucapkan terima kasih. Dibeleknya buku note kecil yang kulit depannya dihias gambar kartun barbie yang seksi itu,ditambah glitter warna-warni yang membuatkan tambah menarik menyebabkan kanak-kanak perempuan “suka giler” pada barangan yang berjenama ‘barbie’ ni. Kalau tak dapat, bole hentak-hentak kaki dibuatnya “nak-nak juga”. ..
“qaleesya, kenapa minat sangat kat barangan yang ada gambar barbie ni ea?”soal nur mahu menguji jiwa anak kecil itu
“alaa kakak ni, itu pun tak tahu ke? Mestilah sebab ......barbie cantik..tengok rambut dia ni panjang, baju dia pun lawa-lawa tau..sebab tu qaleesya suka sangat.”
Nur memerhatikan patung barbie yang dipegang anak menakannya itu. “cantik ???” tanpa sedar terkeluar perkataan berbaur terkejut dari mulut nur.. err
“yelah cantik, kenapa ? kawan-kawan qaleesya pun suka. Kak nur tak suka ke??” soal qaleesya pelik gayanya.
REALITINYA, siapa yang tidak sukakan cantik? Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata,
"Awak ni cantiklah"
“bestnya muka awak tak da jerawat pun.licinn ja”
“gebunya pipi awak, geram saya tengok”
maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibir si gadis dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia.
Alahaii... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa? Begitulah resamnya manusia, kembang dan seronok bila dipuji, kecewa pula bila dikeji.
Namun, lain pula halnya bagi si mukminah yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa begitu kerdil sekali tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. “Ya Allah! Janganlah dengan pujian itu melemahkan imanku,dan jangan pula merosakkan hatiku...” Alangkah indahnya... jika yang cantik itu si isteri , kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.
Subhanallah!
Duhai muslimah,
Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik tetapi derhaka pada suami, err...adalah ibarat bunga hibiscus atau bahasa jawanya “bunga raya”. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, mentaati suaminya sepenuh raga, sentiasa mencari keredhaan Khaliqnya, ibaratlah bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya..aduhai.. memikat jiwa..Memukau indera..
Sungguh ruginya,
Wanita yang tidak cantik pula ditambah lagi jika tidak berakhlak pula (berapa banyak 'pula' daa... ) akan menyakitkan penglihatan mata jasmani dan rohani. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Tubuh yang seksi dipertonjolkan, aksi meliuk lentuk bersama kaum lelaki dihangat-hangatkan, hingga hangitnya dosa tidak pula dirasa! Masyaallah... Apa lagi jika kecantikan itu dijadikan hidangan setiap hari, santapan mata-mata panahan syaitan yang meliar.. Cantik? Indah? Hot?? Banggakah ? Menggoda? Menggiurkan? Alahaiii...
“alahh kau ni, sibuk aja, sukati aku la!! kubur masing-masinglah.Jangan sebok nak jaga tepi kain orang, tepi kain kau tu jagalah sendiri, ada aku susahkan kau?? Hey, kalau da tak da kerja nak jaga tepi kain orang sangat, pegi sana cari orang lain. Nanti dah tua, tahu-lah aku taubat.!
tak payah nak nasihatkan aku. diri kau pun belum tentu masuk syurga lah!”
Mak aihhhhh, kasarnya!
Duhai muslimah,
Usahlah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.
Duhai muslimah,
Sebelum terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Melakukan perubahan...walaupun sekecil-kecil perubahan yang kita mampu,
Lunakkan hatimu, tenangkan perasaanmu.
Lihatlah ke seluruh penjuru alam terbentang ini.
Di mana saja mata menjurus, di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan seketika kepalamu ke langit biru,
tundukkan seketika wajahmu ke lantai bumi yang hijau.
Saksikanlah sinaran mentari, percikan cahaya bulan dan bintang.
Langit yang dijadikanNya tidak bertiang, gunung-ganang tidak berpancang.
Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran bagi oarang-orang yang MAHU BERFIKIR.
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl: 53
p/s :..Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan??
wassalam.
No comments:
Post a Comment