Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Wednesday, April 6, 2011

Pesan Si Abang Untuk Si Adik

 Assalamualaikum Adikku, moga sihat sejahtera dan moga dirahmati Allah SWT hendaknya.



Adikku,



Abang menulis surat ini, dengan pengharapan yang sangat tinggi kepada Allah SWT semoga sekiranya adik membaca surat ini dapatlah adik sedikit sebanyak ilmu mengenai sesuatu didalam kepastian kehidupan, yakni alam perkahwinan. Tidaklah abang menulis surat ini melainkan kasih abang kepada adik dan tanggungjawab seorang abang kepada adik sebelum diserahkan tangunggjawab tersebut kepada bakal suami adik.



Adikku,



Kamu bakal berkahwin, Alhamdulillah telah sampai waktunya didalam buku rezeki kamu, ditakdirkan kamu bersama-sama dengan seorang lelaki yang ditakdirkan didalam buku rezekinya juga, seorang perempuan iaitu kamu. Adikku, surat ini tidak diciplak dari mana-mana surat khabar atau mana-mana tulisan kerana ianya lahir daripada hati seorang abang yang inginkan adiknya hidup bahagia didunia dan diakhirat.



Adikku,



Allah SWT telah mencampakkan kedalam hatimu, perasaan kasih sayang terhadap pasanganmu. Maka hargailah perasaan itu dengan memanjatkkan kesyukuran kepada Allah SWT dan terjemahkanlah syukur itu didalam setiap perbuatan kamu dengan pasangan kamu, moga Allah SWT merahmatimu.



Nyatakanlah syukur kamu dengan bersolat 2 rakaat sujud syukur, kerana kamu telah ditakdirkan berkahwin, sedangkan ada diantara kamu masih ditakdirkan belum berkahwin walaupun telah berusia jauh. Dan setelah itu, rancangkanlah didalam kenduri kahwin kamu, satu majlis yang penuh keserdehanaan tanpa pembaziran yang melampau dan ingatlah! Sesungguhnya syaitan adalah kawan kepada manusia yang sukakan pembaziran.


Adikku,



Didalam kenduri kahwinmu, hendaklah kamu makan makanan yang sama dengan apa yang tetamu makan, janganlah kamu sesekali membezakan makananmu dengan makananan para tetamu kamu. Kerana sesungguhnya perbuatan membeza-bezakan makanan didalam majlis adalah sesuatu yang dikeji oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya yang bermaksud, "Sesungguhnya perbuatan yang paling buruk adalah membezakan makanan dengan yang lain". Semoga kamu dan pasanganmu memperolehi barakah dari Tuhanmu yang Maha Esa di dunia dan di akhirat.



Didalam majlismu, wahai adikku, janganlah terlalu banyak hiburan yang melampaui batas, cukuplah sekadar paluan kompang keranan paluan kompang adalah syariat Rasulullah SAW untuk majlis walimatul-urus. Jika kamu melampaui batas, maka abang khuatir Allah SWT tidak memberikan keberkatan didalam majlismu itu dan ianya menjadi sia-sia disisi Allah SWT tanpa kamu memperolehi pahala daripada-NYA dan memenuhi tuntutan sunnah Rasulullah SAW.



Dan juga, serulah kepada tetamu yang hadir didalam didalam majlismu untuk mendoakanmu dengan doa, "Berkatilah mereka berdua Ya Allah, Himpunkanlah mereka didalam Kebaikkan dan Pisahkan mereka didalam Kebaikkan" mengantikan ungkapan, "Semoga bahagia di hingga ke anak cucu". Kerana itulah doa yang diajar oleh Rasulullah SAW apabila kita berjumpa dengan pengantin didalam majlis perkahwinan mereka.



Janganlah kamu melakukan sesuatu keburukkan didalam majlis perkahwinanmu wahai adikku, keburukkan yang menyebabkan majlismu itu tidak mendapat rahmat dan berkat daripada Allah SWT seperti berpakaian yang tidak menutup aurat dan sebagainya yang tidak ada didalam syariat majlis perkahwinan yang megikut sunnah Rasulullah SAW. Sekiranya majlismu tidak mendapat rahmat dan berkat daripada Allah SWT, abang khuatir perkahwinanmu hanya akan bahagia didunia tetapi sensara di hari akhirat kelak disebabkan kejahillanmu dan kejahillah pasanganmu terhadap agama anutanmu.



Adikkku,



Setelah tiba malamnya, saat indah untuk kamu dan suamimu, maka pesanku wahai adikku, sebelum kamu bersama dengan suamimu maka gesalah kepada suamimu untuk menjadi imammu bagi mendirikan solat sunat pengantin sebanyak 2 rakaat. Dan kamu, adikku menjadi makmum dibelakang suamimu yang tercinta.


Janganlah kamu ambil ringan tentang perkara ini, kerana ulama'-ulama' muktabar menyatakan bertapa pentingnya solat sunat pengantin 2 rakaat supaya Allah SWT sentiasa memimpin kehidupan kamu berdua dijalan-NYA yang lurus dan sebagai benteng pertahanan keluargamu terhadap musuh-musuh yang mendengki kebahagiaanmu setelah kamu mendirikan mahligai kebahagiaan dengan suamimu yang tercinta.



Selepas itu, berdoalah kamu berdua kepada Allah SWT dengan doa memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk sentiasa memimpim kamu berdua, menjagai kamu berdua, merahmati kamu berdua, memberikan kepada kamu berdua zuriat yang soleh dan solehah, menjadikan kehidupan kemau berdua bahagia baik didunia dan di akhirat kelak. Semoga Allah SWT merahmatimu, wahai adikku, dan adik iparku.



Adikku,



Setelah itu, pohonlah kepada suamimu supaya meletakkan tangannya diatas ubun-ubunmu, dan mintalah kepada suamimu supaya mendoakan dengan doa berikut, "Ya Allah, aku bermohon setiap kebaikkan yang ada kepada diri isteriku ini, dan aku bermohon dijauhkan setiap kejahatan yang ada didalam diri isteriku ini". Doa ini, adalah untuk suamimu supaya kamu sentiasa ditakdirkan Allah SWT untuk sentiasa berkelakuan baik dan sopan dengan suamimu kelak.



Adikku,



Apabila masanya telah tiba untuk kamu bermesra-mesra dengan suamimu, maka sebelum kamu dan suamimu memulakan pelayaran, bacakanlah doa berikut, "Ya Allah, peliharakan zuriat kami daripada sampukkan syaitan yang direjam, dan jadikan keturunan kami orang-orang yang soleh dan orang-orang yang sentiasa patuh kepada perintah-MU". InsyaAllah, sekiranya daripada hubungan intimmu dengan suamimu itu ditakdirkan mendapat zuriat, maka Allah SWT akan melindungi anak berkenaan daripada sampukkan syaitan selama-lamanya dan moga dengan berkat doa kamu, zuriat dan keturunan kamu adalah terdiri daripada soleh dan solehah.



Adikku,



Setelah kamu berkahwin dengan suamimu, maka ketahuilah wahai adikku, putuslah tanggungjawabku, tanggungjawab ayah dan ibu terhadapmu dan berpindahlah tanggungjawab itu kepada suamimu. MAKA, janganlah kamu langgari perintah suamimu selagimana perintah tersebut tidak menlanggari perintah Allah SWT. INGATLAH ADIKKU! Sekiranya suamimu membuat kebaikkan di jalan Allah SWT maka pahala yang diperolehinya akan sampai kepadamu walaupun kamu tidak melakukannya, tetapi sekiranya kamu melakukan kebaikkan, hanya kamu sahaja yang memperolehi pahala tersebut dan kamu tidak berkongsi dengan suamimu.



TETAPI, sekiranya kamu melakukan kejahatan dan maksiat, maka dosa-dosa yang kamu lakukan akan dikongsi bersama-sama dengan suamimu dan sekiranya suamimu melakukan kejahatan dan maksiat, sesungguhnya hanya dia seorang sahaja yang mananggung dosa tersebut dan tidak akan berkongsi dengan kamu.



Adikku,



Taatlah kamu kepada suamimu selagimana taatmu itu tidak menyebabkan Allah SWT murka kepadamu. Taatlah selagimana suamimu tidak menyuruhmu berjalan di jalan keburukan dan kemaksiatan. Bersabarlah mengharungi rumah tangga bersama suamimu walaupun ditakdirkan Allah SWT, suamimu bukan orang yang beriman kepada Allah SWT. Dan sekiranya kamu bersabar dengan suamimu itu, maka semoga Allah SWT mengurniakan pahala sabar kepadamu sebesar pahala kesabaran Asiah isteri kepada firaun laknaktullah. Sejahat manapun firaun yang mengaku dirinya tuhan, Asiah, seorang isteri yang solehah yang beriman kepada Allah SWT tidak meninggalkan suaminya sehinggalah suaminya mati dihukum oleh Allah SWT tenggelam didalam belahan lautan.



Adikku,



Sentiasalah kamu dan suamimu saling ingat-mengingati diantara satu sama lain untuk sentiasa melaksanakan ibadah kepada Allah SWT. INGATLAH! Rasulullah SWT telahpun bersabda, "Sekiranya seseorang isteri atau suami yang menggerakkan pasangannya untuk bangun bersolat, maka aku mendoakan kebahagiaan mereka kepada Allah SWT". Tidakkah adik tidak mahu mendapatkan doa Rasulullah SAW, insan maksum yang doanya tidak ditolak oleh Allah SWT? Maka salinglah kamu dan suamimu ingat-mengingati tentang hal ibadah kepada Allah SWT, supaya dengan perbuatanmu itu dapatlah kamu berkat doa Nabi Muhammad SAW.



Adikku,



Setakat ini sahajalah surat abang. Abang menulis di sini kerana abang tidak tahu samada panjang atau pendek kehidupan yang diberikan Allah SWT kepada abang. Adikku, ambillah pesan abang ini, dan abang akan terus berpesan-pesan kepada kamu wahai adik kesayanganku sehinggalah Allah SWT mentakdirkan abang pergi dari dunia yang fana ini. Somoga adik memahami isi surat yang tidak seberapa ini.


Sekian,

No comments:

Post a Comment