Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Friday, April 8, 2011

Si Wanita dan "P"

Seorang wanita ingin memperolehi lesen untuk membolehkannya memandu kereta di jalanraya. Ini bermakna si wanita itu perlu mendapatkan lesen kelas "D" bagi mencapai hajatnya itu. hal yang demikian diharapkan dapatlah nanti si wanita memanfaatkan lesen yang sedia ada dan membenarkannya memandu secara halal di jalanraya. si wanita mengambil masa untuk belajar memandu di litar dan juga jalanraya. si wanita belajar dengan penuh kesabaran dan ketekunan memandangkan kesukaran yang telah dilalui untuk mengumpulkan wang, mengahbiskan masa dan tenaga juga kerana "aimnya" untuk lulus dalam ujian memandu. sekurang-kurangnya hingga si wanita mendapat "P" untuk memandu . Untuk itu, si wanita terpaksa menumpang rumah si ibu saudara memandangkan rumah si ibu saudara amat berdekatan dengan sekolah memandu. Itulah sekolah memandu yang dicadangkan si ibu saudara buat anak saudaranya(si wanita). si anak saudara menerima cadangan si ibu saudara. dapatlah dikurangkan sedikit kos pembelajarannya nanti, memandangkan si wanita boleh berjalan kaki ke sekolah memandu tersebut.

Ditaqdirkan Allah SWT, pengajar si wanita tadi adalah seorang RIJAL. Allahuakbar! inilah ujian buat si wanita. Hati si wanita cuba ditenangkan seboleh mungkin agar si wanita dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajarannya.Tidak mahu memikir yang bukan-bukan. Konsenterasi dalam belajar memandu bisa tergugat.Si wanita sebolehnya tetap menjaga diri dan batas walaupun dalam pembelajaran, lebih-lebih lagi guru memandunya adalah si rijal. hand socknya ditarik menutup jemari bagi mengurangkan keluasan "sentuhan terpaksa" si pengajar dalam pemanduan si wanita yang kadangkala  bagai "ular dipalu".Al maklum,si wanita baru belajar memandu dan tidak pernah ada pengalaman memandu.


Namun menjaga diri bukanlah mudah dalam proses belajar si wanita itu. Adakalanya tangan si pengajar tersentuh tangan si wanita untuk memperbetulkan imbangan stereng si wanita. Tidak sempat mengelak kerana segala tindakan adalah drastik dalam keadaan kereta meluncur, keselamatan amatlah faktor utama dititikberatkan..fokus paling penting! Jika si wanita terkejut dan cepat melenting, alamatnya terpesonglah stereng. Memang ada sisa marah si wanita dalam hati,tanda protes! namun cuba digantinya dengan husnu zhon,  memandangkan dia dalam proses belajar.Yaa...Husnu zhon cuba ditanam subur! husnu zhon dengan Maha Berkuasa dan ciptaan Yang Maha Berkuasa bernama manusia a.k.a si pengajar. Masyaallah! "wahai Allah, peliharalah diri hamba.jauhkan diri hamba dari fitnah.hanya pada Engkau hamba memohan pertolongan dan perlindungan". doa si wanita dalam hati. Hati si wanita gundah tidak bertepi. Bimbang kemurkaan khaliqnya bertandang.Si wanita tidak mahu begitu. sebolehnya ingin dijaga pandangan CINTA HATINYA itu...harus si wanita memujuk rajuk hati lara, membuat pengaduan pada Yang Esa! Di keheningan malam, dalam tahajud cinta kepada BUAH HATINYA, senantiasa si wanita memohon keampunan dosa-dosa terpalit yang boleh menghitamkan hati, pohon perlindungan,naungan dan dipermudahkan urusan kehidupan si wanita.Disampaikan hajatnya kepada Cinta Hatinya agar diringankan beban perasaan yang ditanggung,diringankan segala kesukaran yang dihadapi,diganti dengan kesabaran,kekuatan dan kefahaman dalam menuntut ilmu pemanduan. Moga KEKASIHNYA merestui!
aaahhhh...lega sedikit hati si wanita selepas berdating dengan sang Kekasih. Sedikit hembusan ketenangan diperolehi..Alhamdulillah.


Sabar si wanita sedikit teruji apabila si wanita melakukan kesalahan dalam memasukkan gear. Si wanita tidak perasan sebenarnya atau mungkin kurang fokus. namun yang dipersalahkan adalah sehelai tudung yang dipakai si wanita.
"tulah...pakai tudung besar sangat.gear pun tak perasan" ujar si cikgu memandu dalam nada bergurau mungkin. Si wanita tersenyum tenang.berdiam lebih baik dari mencantas kata.hati si wanita sedikit tergores. "apalah salah tudung ini?""tak mengapalah, encik tidak mengerti...""sabarlah wahai hati.Allah bersamamu" bisik si wanita jauh di lubuk hati. Membara dalam hati si wanita untuk membuktikan bahawa  dia pun boleh lulus test jpj juga dan dapat memandu dengan baik di jalanraya.Insyaallah

Hari test pun tiba. Si wanita mengenakan pakaian hijau,tudung hijau. Mini Towel hijau kesayangannya dibawa sekali.dapatlah mengurangkan sedikit nerves si wanita dengan melihat warna hijau. Si wanita tekad ingin membuat yang terbaik. Dengan penuh kesabaran si wanita menunggu di dewan menunggu sejak 10.30 pagi. Dalam proses menunggu, dalam suasana yang agak riuh rendah ,si wanita lebih banyak berdiam dengan menenangkan hatinya dengan kalimat-kalimat suci. Si wanita tidak mengenali sesiapa di situ memandangkan itu bukan tempat mastautinnya. berhampiran tempat duduk si wanita ada seorang makcik muda(ujung30-an,awal40-an) asyik bercerita tentang pemanduan dan step-step yang betul untuk setiap chekpoint. Ibarat membuat revision sebelum exam. lagaknya seperti seorang pemandu cekap di jalanraya dan juga litar. Suaranya yang agak kuat membuatkan celotehnya boleh didengari orang sekeliling. Si wanita beristighfar..menjauhkan penyakit hati yang menghinggap! astaughfirullah...

Tiba giliran si wanita memandu bersama pegawai jpj bertugas.Jam di tangan si wanita menunjukkan 2.40pm. Dimulakan dengan Bismillah, si wanita memulakan pemanduan. Akhirnya, Dengan bantuan Allah Yang Maha Kuasa, si wanita tadi lulus ujian memandu jalanraya.syukur...hati si wanita girang. Si wanita pergi ke koperasi berhampiran membeli air bagi menghilangkan dahaga yang ditahan sejak sebelum ujian. Si wanita duduk di suatu sudut bangku batu. si wanita tidak perasan akan kehadiran si makcik yang banyak celotehnya di dewan menunggu tadi.Si makcik menyapa. "dik, lulus tak jalanraya dengan litar??" .Dengan senyuman si wanita menjawab "Alhamdulillah lulus. acik lulus?". Ringkas jawab makcik tadi "dua-dua tak lulus". Si makcik memberi lihat kertas ujian pemanduannya.warna biru dan pink.keduanya  ber-tanda "kandas" . Si wanita terdiam sebelum memberi kata semangat "takpa, acik boleh cuba lagi,Insyaallah". kemudian si makcik meminta diri pulang.
Si wanita menghantar mesej kepada cikgu pengajar mengucapkan "encik.saya lulus test.terima kasih kerana mengajar dengan penuh kesabaran."

Akhirnya, si wanita sudah punyai "P" bagi membolehkannya memandu di jalanraya. Syukur hati si wanita. Si wanita yakin, kejayaannya adalah kerana "RESTU" dan "KEIZINAN" Khaliqnya.
Allah telah menyelesaikan urusan si wanita. Alhamdulillah!
Didikan Allah dalam secebis kehidupan si wanita itu amatlah terkesan di hati si wanita sampai bila-bila.

-tamat-

**cerita tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak@individu samada yang hidup mahupun yang meninggal dunia.Yang buruk jadikan sempadan, Yang baik jadikan tauladan**
^_^

No comments:

Post a Comment