Bahagian:2
"Jangan pendam sorang-sorang, nanti meletup susah.." tersenyun kelat humaira mendengar kata kak safiahnya itu...berat helaan nafas nalurinya. tiada siapa tahu. Kalau boleh, tidak mahu diceritakan perkara yang ingin diluputkan terus dari hatinya itu.Bimbang sungguh hatinya tertusuk duri kasih manusia berstatus 'adam'.sungguh! hati manusia itu rapuh..
akhirnya humaira mengalah dan membuka cerita...
**********************************************************************************************************
akhirnya humaira mengalah dan membuka cerita...
**********************************************************************************************************
Tiga pasang mata bertumpu padanya. Mendengar penuh khusyuk, sesekali zinnirah berdehem tanda mengusik,"ehem-ehem", sepantas itu juga humaira memiat lembut telinga zinnirah yang terselindung disebalik hijab hitam yang dipakai zinnirah. Memang zinnirah seorang sahabat yang "kuat mengusik". Umurnya yang sudah mencecah 27 tahun tidak menghalang "hobinya" itu. Sifatnya yang sentiasa ceria,ramah dan mengambil berat sahabat yang lain amat disenangi humaira,safiah dan arifah, juga rakan sekelas yang lain. Tidak hairanlah jika dia dilantik menjadi "penolong kelas" mereka. dan tidak hairan juga kalau ada yang mengatakan dia baru berusia 23 tahun! mengapa? sebab wajahnya yang kelihatan muda dari usia, mungkin kerana suka tersenyum! Jika mahu meminta pendapat juga, dia tidak lokek untuk berkongsi fikrah...itulah Zinnirah.
".....err...sekian, terima kasih kerana sudi mendengar.." humaira menamatkan ceritanya dengan ending yang memeng biasa digunakan iaitu "sekian, terima kasih". sunyi seketika suasana. yang kedengaran hanya cicip burung yang keluar mencari rezeki di awal pagi. humaira menghela nafas halus . humaira tenang menunggu buah kata dari sahabat-sahabatnya.
Arifah insan pertama yang memberi respon selepas humaira menamatkan ceritanya. "tadi dalam cerita kamu ada sebut ,sekarang ini
kamu sedang memperbaiki hati kamu? jadi, kamu sudah tak admire dia selepas dia tamat pengajian kat sini?"
humaira tersenyum sebelum menjawab tenang,
"bohong lah kak ifa kalau ana kata 100% hati ana dah takda perasaan admire pada dia walaupun dia dah tamat pengajiannya
di sini, kerana rasa suka itu fitrah bukan?tapi ana sedang bergelumang dalam mujahadah, mencuba dengan sepenuh hati ana agar belajar untuk redha dengan apa jua ketentuanNya. Ana sendiri tidak pasti adakah dia yang Allah taqdirkan untuk menjadi zauj ana kelak. Jadinya, lebih mudah jika segalanya ana serahkan pada yang Esa. Hati ana sendiri perlukan ketenangan dan ana tak pernah gusar dengan keputusan Allah kerana kita adalah hambaNya, sudah pasti dia lebih tahu yang terbaik buat kita..."
zinnirah pula bersuara
" alhamdulillah jika itu yang adik akak pegang, keyakinan kepada Allah adalah paling penting
perlu diterapkan dalam hidup kita. Benar perasaan suka itu fitrah, namun kita perlulah mengawal perasaan
itu supaya ia tidak menjadi fitnah kepada diri kita sendiri. Berapa ramai manusia di luar sana yang tersalah langkah
dalam menyalurkan kasih dan cinta pada pasangan yang belum halal buatnya? nauzubillah... humaira, yakinlah, perempuan yang
baik adalah untuk alrijal yang baik juga...itu janji Allah."
"bohong lah kak ifa kalau ana kata 100% hati ana dah takda perasaan admire pada dia walaupun dia dah tamat pengajiannya
di sini, kerana rasa suka itu fitrah bukan?tapi ana sedang bergelumang dalam mujahadah, mencuba dengan sepenuh hati ana agar belajar untuk redha dengan apa jua ketentuanNya. Ana sendiri tidak pasti adakah dia yang Allah taqdirkan untuk menjadi zauj ana kelak. Jadinya, lebih mudah jika segalanya ana serahkan pada yang Esa. Hati ana sendiri perlukan ketenangan dan ana tak pernah gusar dengan keputusan Allah kerana kita adalah hambaNya, sudah pasti dia lebih tahu yang terbaik buat kita..."
zinnirah pula bersuara
" alhamdulillah jika itu yang adik akak pegang, keyakinan kepada Allah adalah paling penting
perlu diterapkan dalam hidup kita. Benar perasaan suka itu fitrah, namun kita perlulah mengawal perasaan
itu supaya ia tidak menjadi fitnah kepada diri kita sendiri. Berapa ramai manusia di luar sana yang tersalah langkah
dalam menyalurkan kasih dan cinta pada pasangan yang belum halal buatnya? nauzubillah... humaira, yakinlah, perempuan yang
baik adalah untuk alrijal yang baik juga...itu janji Allah."
"ya kak....ana faham...hurm... dengar cerita dia sedang buat master di negara timur tengah, manalah tahu sudah ada pilihan sendiri yang berkenan di hati, entah-entah sudah berkahwin kan kak..." ujar humaira sambil menundukkan wajahnya ke lantai simen bolajaring.
Safiah menambah, "haii, bunyi mcm orang kecewa ja ??...mujahadah itu pahit..sabarlah dik, mana lah tahu memang jodoh kamu dengan dia..kalau dah jodoh, insyaallah dipermudahkan jalanmu..kalaupun bukan, redholah dengan ketentuanNya..istikhorahlah".
"ish, bukan kecewa lah kak... ana cakap dari lubuk hati... asid dalam hati ana ini...Alhamdulillah sedikit demi sedikit menjadi natural semula...macam ana bagi tahu tadi, ana dalam mujahadah. Menguruskan hati memang bukan mudah, dari itu ana memerlukan pertolongan Allah, Alhamdulillah sedikit demi sedikit, ana dah mula redha."
Munajatnya pada yang esa tidak berpenghujung, istikhorahnya berpanjangan, memohon petunjuk yang terbaik dalam haluan hidupnya.
"ya..dan benar apa yang diperkatakan kak safiah kamu tu maira. Allah lebih Maha Mengetahui... kadangkala apa yang kita rancang itu, tidak semestinya berlaku kerana DIA tidak mengehendaki begitu..sesungguhnya perancangan Allah itu yang lebih sempurna..boleh
jadi apa yang kita rasa baik, sebenarnya buruk bagi kita, dan yang kita rasa buruk itu, sebenarnya baik bagi kita.."arifah menyambung kata.
" betul betul betul.."
itulah treadmark safiah meniru gaya animasi
upin ipin yang menjadi kegilaan kanak-kanak masa kini.
".....dan, akak yakin, adik akak ni mampu untuk menguruskan hati sendiri, adik akak ni kan kuat semangat orangnya, berbudi bahasa, solehah, pasti Allah memberikan zaujan yang begitu juga..." Usik safiah dalam nada bergurau sambil tersengih macam kerang busuk.
Safiah amat maklum humaira memang tidak suka dipuji. Berkali-kali Humaira memaklumkan!! Pasti ada padah yang akan diterima andai ada yang menoreh kata!! Kata Humaira, pujian semacam itu mampu merosakkan hatinya. Melemahkan imannya yang jauh bagai langit dan bumi! tidak setanding pun dengan mujahidah-mujahidah di zaman Rasulullah.
"hish kak fia!!!! sudah-sudah le tu mengusik ana!! nak kena ni." ujar humaira kegeraman sambil jemarinya pantas memicit-micit hidung roomatenya itu hingga memerah menahan nafas sebelum melepaskannya.
"hish kamu berdua ni, sudah la tu bergurau... jom kita p kafe? beli ayaq teh 'laici dengan epok-epok nak?" ujar zinnirah.
mendengar sahaja nama epok-epok, humaira bingkas bangun sambil berkata "jom-jommm!!!", memang tidak boleh ditahan tahan lagi apabila mendengar nama epok-epok,kuih kegemarannya.
"hambuihh, berkobar2 adik manis kita ni kalau dengar nama epok-epok, esok-esok kalau da kawen, kena belajar buat tu,
jangan tau makan ja.." arifah mengomel. Teringat dia pada kali pertama mendengar nama 'epok-epok' ditutur humairah, lantas dia bertanya. Namun jawapan humaira yang bersahaja membuat dia ingin tergelak pada waktu itu.
jangan tau makan ja.." arifah mengomel. Teringat dia pada kali pertama mendengar nama 'epok-epok' ditutur humairah, lantas dia bertanya. Namun jawapan humaira yang bersahaja membuat dia ingin tergelak pada waktu itu.
"Epok-epok tu.....merupakan nama saintifik bagi karipap, karipap tu pula dalam bahasa jawa disebut currypuff, is that understood?hihi"
"ello cik arifah, jangan pandang ana sebelah mata tau, ingat ana tak tau ka buat epok-epok? nanti kalau akak betunang,
ana buatkan sedulang hantaran epok2 buat akak, tak pun ana buat "epok-epok junjung" menggantikan "sireh junjung" khas
buat cik siti arifah. Mau kak?hikhik"
ana buatkan sedulang hantaran epok2 buat akak, tak pun ana buat "epok-epok junjung" menggantikan "sireh junjung" khas
buat cik siti arifah. Mau kak?hikhik"
Masing-masing tergelak kecil dengan lawak bersahaja humaira itu sambil berjalan menuju ke kafe.
"Tapi kan maira, boleh kak irah tau tak, kenapa kamu admire pada imam muda tu ea?? akak tengok dia biasa-biasa ja??" soal zinnirah ingin mengorek jawapan.
"hurm...sebab dia pakai kopiah ka?" safiah serkap jarang.
"........atau sebab muka soleh dia? ke..sebab janggut pemanis muka dia?" arifah menambah rencah.
"....... atau sebab suara dia sedap melagukan azan? tak pun sebab dia pandai bernasyid?" zinnirah pula mencelah.
"ataupun sebab dia selalu mengimamkan solat di masjid kita ni?? hihi..tak pun sebab dia penah masuk dalam mimpi kamu??" sambung safiah sambil berkerut-kerut dahi menunggu jawapan.
Seloroh arifah,zinnirah dan safiah menyebabkan humaira mengetap bibir, menahan pecah ketawanya.
"ewah-ewah...ada-ada saja kalian ni... ke situ pula dia. banyak songeh betul nak tahu, macam polis pencen..hihi... biarlah rahsia ya kakak-ku sekalian... yang tu,ana tak boleh cerita...insyaallah, ana akan cerita pada dia ja....itu pun, andai ada jodoh kelak.."
"Alahh.. berahsia pulak. bagi tahu terus kan senang". rungut zinnirah tidak puas hati.
"entah. itu pun nak berahsia...adooyai ." ulas safiah sambil menghela nafas berat
"alaaa......kalau maira bagitahu, nanti akak belanja epok-epok.?" Arifah memancing jawapan dari humaira dengan kuih kegemaran sahabatnya itu.
humaira buat muka "dono" . muka tak bersalah. muka tiada perasaan.
arifah membuat muka seposen bila humaira tak mahu menjawab persoalannya.
"maafkan ana... biarlah itu menjadi rahsia!" bisik hatinya.
*************************************************************************************************************************
Sedang humaira mengulangkaji pelajaran untuk test-nya esok harinya, telefon berbunyi. tertera nama di skrin "abah". dengan riang hati humaira menjawab panggilan abah tersayang. selepas berbalas salam, dia berbual mesra dengan abahnya. seperti kebiasaannya, abah humaira akan menefon sekurangnya sebulan sekali untuk bertanyakan khabarnya di kampus. Humaira memang rapat dengan abahnya. lebih lagi selepas pemergian bonda tersayang. Abah , tempat dia bergantung kasih dalam kehidupan. Selepas meletakkan telefon. humaira merenung jauh ke luar tingkap dari meja studinya. Gelap pekat malam tenggelam dek kerana cahaya bulan yang menyimbah. di dongakkan kepalanya ke dada langit, mencari bintang malam. Siti Safiah yang terlihat sahabatnya termenung menyapa dari belakang. menyentuh lembut bahu humaira.
"jauh merenung? ada masalah ka dik? tadi kak fia tengok happy ja berborak dengan abah?"
" err..tak da apa lah kak..cuma... abah tanya, bila ana boleh balik kampung lepas habis final nanti." ujar humaira sedikit bergetar nadanya dek kerana sedikit terkejut disapa tiba-tiba.
"itu ja ka? lain-lain?" tanya safiah.
" err..tak da apa lah kak..cuma... abah tanya, bila ana boleh balik kampung lepas habis final nanti." ujar humaira sedikit bergetar nadanya dek kerana sedikit terkejut disapa tiba-tiba.
"itu ja ka? lain-lain?" tanya safiah.
Humaira menarik lembut tangan safiah menuju ke katil sambil duduk untuk memberitahu safiah sesuatu.
"kak.... urm... akak ingat tak fakhrullah? yang ana pernah cerita kat akak tu"?
"fakrullah yang kamu kata datang merisik kamu tahun lepas?" tanya safiah ingin kepastian.
"ya kak.. dia baru habiskan masternya di UM."
"oh ya? Alhamdulillah..."
".....bulan lepas..abah ada bagi tahu, keluarganya merisik untuk kali ke-2 kak. Ana minta tangguh jawapan sampai habis final nanti."
Tersenyum-senyum safiah mendengar jawapan humaira yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri sebelum mencetus usikan.
"wahh..wahhh..senyap-senyap ja ea...habis itu, apa keputusan kamu?"
..bersambung...
**********************************************************************************
No comments:
Post a Comment