SYURGA adalah untuk lelaki dan wanita yang beriman, taat kepada semua perintah Alah SWT, mencintai Allah dan Rasulullah saw melebihi segala-galanya di dunia ini.
Rasulullah saw menerangkan, tiga wanita yang akan bersama-samanya di syurga ialah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis berikut:
1. Daripada Aishah ra: Aku tidak berasa cemburu kepada mana-mana isteri Rasulullah saw sebagaimana aku mencemburui Khadijah ra, meskipun beliau telah meninggal dunia ketika Baginda mengahwiniku. Aku selalu mendengar Rasulullah saw menyebut hal Khadijah, dan Allah SWT telah memberitahu Baginda bahawa Allah telah membina sebuah istana bernama Qasab (yang diperbuat daripada batu permata dan mutiara di syurga), dan apabila Baginda menyembelih kambing, Baginda akan mengirimkan bahagian-bahagian kambing itu kepada rakan Khadijah. (Hadis al-Bukhari)
Daripada Ismail RA berkata, aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa, Adakah Rasulullah memberi naungan kepada Khadijah?Beliau menjawab, Ya, iaitu istana Qasab di syurga di mana keadaannya sangat menyelesakan dan mendamaikan sekali.(Hadis riwayat al-Bukhari).
Daripada Abu Hurairah berkata,Jibrail as datang kepada Rasulullah saw dan berkata, Wahai Rasulullah! Ini Khadijah datang menemuimu dengan membawa sup daging (atau makanan dan minuman). Apabila dia mendekatimu, sampaikan salam Tuhannya (Allah) kepadanya dan dariku, dan berilah naungan sebuah istana Qasab di syurga yang di dalamnya sangat indah dan menggembirakan. (Hadis al-Bukhari).
2. Daripada Ata bin Abi Rabah. Berkata Abbas kepadaku,Mahukah aku tunjukkan seorang wanita syurga kepadamu? Kataku,Ya.Dia berkata,Wanita hitam ini datang menemui Rasulullah saw dan berkata,Ya Rasulullah, aku menghidap sejenis sawan yang menyebabkan auratku terbuka, doakanlah untukku ya Rasulullah. Rasulullah berkata kepadanya,
Wanita itu berkata,Aku akan terus bersabar.Dan dia menambah,Tetapi auratku akan terdedah kerananya, jadi mintalah kepada Allah untukku agar auratku terpelihara. Rasulullah pun mendoakannya untuk itu..
3. Daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah saw bersabda,Aku melihat diriku (di dalam mimpi) memasuki syurga, dan berhenti! Aku melihat ar-Rumaisa, isteri kepada Abu Talhah. (Hadis riyawat al-Bukhari)
Cuba kita renungkan daripada ketiga-tiga contoh wanita syurga ini. Bagaimana mereka boleh terpilih menjadi ahli syurga, bagaimana cara kehidupan mereka, kelakuan, cara mereka bercakap, berpakaian dan sebagainya yang sepatutnya menjadi contoh kepada semua wanita yang mahukan balasan syurga. Jelesnya ana!
Ibrah story
Wanita berkulit hitam yang disebut di dalam hadis di atas tidak diketahui namanya, dari mana asalnya. Cuma yang diketahui adalah amalannya, keimanannya, sifat malunya, harga dirinya, kebimbangannya mengenai auratnya yang terdedah apabila diserang penyakit sawan yang dihidapinya dan itulah yang membawanya menjadi ahli syurga.
Beliau ini menghidapi penyakit dan dia datang kepada Rasulullah saw minta didoakan penyakitnya sembuh. Dia tahu, kuasa penyembuhan adalah daripada as-Shaafee hanyalah Allah SWT. Dan Allah mengabulkan setiap doa Rasulullah saw.
Bagaimanapun, dia memilih untuk tetap sabar dan menderita di dunia untuk mendapatkan ganjaran syurga.
Ingatlah, iman+penderitaan+sabar adalah syurga balasannya. Dia redha menahan penyakit yang dideritainya itu semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT dan tidak sekali-kali menjadikan alasan penyakitnya untuk melanggar perintah Allah SWT iaitu membiarkan auratnya terbuka sewenang-wenangnya.
Begitu juga dengan wanita Muslim lain yang mungkin terpaksa berdepan dengan cabaran hidup dengan cara yang lain. Tidak kira siapa kita, sekiranya kita tetap pada jalan Allah, kita akan berhadapan dengan pelbagai
Seorang yang mengenali Allah dan Rasul-Nya, tidak akan ragu-ragu mengikut segala perintah-Nya. Dia akan terus mengharungi cabaran, cubaan dan rintangan atas nama Allah dan Rasul-Nya, semata-mata kerana rasa taat, kasih dan penuh yakin pertolongan dari Allah akan tiba.
Seorang wanita Muslim wajib memakai tudung dan pakaian yang menutup aurat.
Wanita yang disebut dalam ketiga-tiga hadis di atas ialah contoh wanita yang menghambakan diri kepada Allah SWT, beriman dengan sebenar-benarnya, ikhlas, muslimah, taat kepada Allah SWT dan Rasulullah saw, bijak dan berfikiran jauh.
Jika wanita Muslim hari ini mahukan balasan syurga, contohilah Khadijah, wanita berkulit hitam dan ar-Rumaisa.
Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…
p/s : renung-renugkan dan selamat beramal... ^_^
wassalam..
No comments:
Post a Comment