Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Saturday, September 25, 2010

.:Golongan Wanita Ramai Di Neraka???:.



Assalamualaikum Wbt...
Bersyukur ke hadratNya kerana memberikan ana kelapangan masa untuk berkongsi "sesuatu" dengan pembaca sekalian... perkongsian artikel ini lebih tepat lagi adalah untuk peringatan kepada diri sendiri dan kaum-kaum hawa yang seagama... 
Wahai sekalian sahabatku....

marilah kita renungi pesanan junjungan Nabi Muhammad saw kepada kita dan sedaya upaya kita cuba untuk tidak menjadi bahan bakar?

"Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api."  Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w. :

1. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan (seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.)

2. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)

3. Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)

4. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)

5.Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama (iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.)
*********************************************************************************************************
Renungan Bersama...

Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.


Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.


Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.




p/s : Mari sama-sama kita renungkan dan selamat beramal... :)

Tuesday, September 21, 2010

.:: Wajah Suci Itu..::.


Wajah Suci Itu...

Munsyid : Mestica

Wajah suci itu tidak berdosa
Mengapa dia dibiar begitu saja
Sedih pilu menatap rupanya
Kaku terdampar di lembah hina

Apa dosanya si kecil itu
Belum sempat dia memanggil ibu
Sampai hati engkau dizalimi
Oleh mereka yang tiada simpati

Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati
Dimanakah nilai ehsan insani
Apa dosanya si kecil itu

Kerana kasih tersasar tujuan hidup
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan
Buntu tiada jalan penyelesaian
Lalu si anak dibuang di jalanan
(Mengapa tiada simpati dan kasihan)

Sayu hati melihat nasib dirimu
Bagai tiada nilainya di sisi
Wajah sucimu telah dinodai
Namun lahirnya ada nilainya
Di sisi Allah engkau mulia
bagai kain putih kau tiada dosa
Bertaubatlah mereka yang hina ...

Monday, September 20, 2010

.:: Cinta Seorang Wanita::.

Dengarkan...

1st time upload video... agak 'berjanggut' juga ya nak tunggu..namun Alhamdulillah... berjaya juga upload...
sudi-sudi kanlah dengar... moga ada manfaat...Insyaallah ^_^

.::Salam Lebaran 1431::.

Assalamualaikum... Alhamdulillah dengan Rahmat dan Kasih sayangNya bertemu lagi di medan ini... Sedar tak sedar , Ramadhan yang penuh barokah telahpun meninggalkan kita... Syawal menjengah pula... Rasa- rasanya, masih belum terlewat untuk ana mengucapkan salam Aidifitri buat semua... kemaafan dipinta andai diri berbuat salah, samada secara sedar atau pun tidak, sembunyi atau nyata...
Semoga amal kita sepanjang Ramadhan yang lalu diterima Allah... Insyaallah...



Berlalu Ramadhan fajar Syawal menjelang
Muslimin muslimat menyambut Hari Raya
Takbir dilaungkan, Tahmid dibacakan
Sebulan puasa telah disempurnakan...

Warna warni semusim Ramadhan dan Aidifitri 1431H....
Parit imam,Batu Pahat, ziarah raya keluarga sahabat..
Parit Raja, Batu Pahat, ziarah raya di rumah tok ngah dan nek ngah..
nek ngah bersama cicit...
keluarga paktan dan cik ina..

keluarga mak teh dan cik din..
keluarga maksu dan cik sam...
Sk Attoiyyibah Padang Halban, Changlun, iftar jamaie
Pusat Islam Ptss, memasak bubur lambuk
sahabat menjalankan proses membungkus bubur lambuk..
chef memasukkan bahan-bahan dan rempah ratus yang bersesuaian
Kolej komuniti arau, iftar jamaie
Bubur lambuk yang sedang disejukkan sebelum diedarkan..
Benut, Iftar jamaie bersama KPIJ... muslimin sedang memasak bubur lambuk istimewa..
Wajah-wajah saudara di Palastine...
UUM sintok, Iftar Jamaie bersama mahasiswa zon utara
Sedang mengisi bubur lambuk untuk diedar kepada sekitar 200 rumah..
Banquet Hotel, Pauh Inn perlis, Iftar jamaie bersama anak-anak yatim dengan kerjasama MuslimAid Malaysia
Banyak lagi gambar yang tak di upload, hanya sekadar bingkisan aktiviti semusim yang lalu... harap tidak berkecil hati... :)

Insyaallah, jumpa lagi di lain waktu...
syukran... :)