Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Monday, January 30, 2012

Bertudung VS Free Hair


Assalamualaikum,

Sahabat semua, entry kali ni sekadar perkongsian untuk peringatan diri sendiri dan rakan-rakan yang dikasihi..

Pernahkah kita dengar orang cakap macam ni,
"Walaupun saya tak pakai tudung tapi hati saya baik ".
ataupun cakap macam ni,
" Alah pakai tudung pun belum tentu baik. Tengoklah berkepit dengan jantan bukan muhrim".

Benar setiap orang mempunya hak masing-masing untuk mengutarakan pendapat, menjalani kehidupan sebagaimana keselesaan mengikut pilihan, namun kadangkala kita terleka dalam dunia ciptaan kita sendiri... iaitu, hidup mengikut kehendak diri, bukan KEHENDAK ALLAH... mari kita ikuti perbualan dibawah yang mana ana share dari blog seorang ustaz yang amat dikagumi ramai(Ustaz Pahrol Juoi) :


Anak Muda: Tidak semestinya wanita yang menutup aurat itu baik.
Saya kenal beberapa orang wanita yang menutup aurat… perangai mereka ada   yang lebih buruk berbanding wanita yang tidak menutup aurat.
Ustaz: Sebenarnya, apa yang cuba awak sampaikan?
Anak Muda: Saya nak tegaskan bahawa wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat.
Ustaz: Justeru, wanita yang jahat itu ialah wanita yang menutup aurat?
Anak Muda: Er, er, bukan begitu. Maksud saya, baik atau buruknya perangai seseorang wanita tidakbergantung pada pakaiannya, samada dia menutup aurat atau tidak. 
Ustaz: Apa ukuran awak tentang nilai kebaikan seorang wanita?
Anak Muda: Jujur, terus-terang, pemurah, lemah-lembut….
Ustaz: Itu sahaja?
Anak Muda: Ya. Pada ustaz pula apa ukurannya?

Ustaz: Kita hanya manusia. Akal kita terbatas. Ukuran dan penilaian kita juga pasti terbatas. Jika 
             diserahkan kepada manusia mentafsir apa itu kebaikan, akan celaru dibuatnya.
Anak Muda: Mengapa?
Ustaz: Kerana setiap manusia ada jalan berfikirnya sendiri. Saya bimbang nilai kebaikan akan 
             menjadi suatu yang relatif dan subjektif, padahal kebaikan itu juga seperti kebenaran… ia 
             suatu yang objektif dan mutlak.
Anak Muda: Habis, untuk apa kita diberi akal? Kita harus rasional dan logik!.
Ustaz:  akal perlu tunduk kepada penciptanya, Allah. Fikiran mesti merujuk kepada Al Quran dan 
             Hadis. Itu kan lebih tepat… Ilmu kita terbatas, ilmu Allah Maha Luas.
Anak Muda: Jadi akal kita untuk apa?
Ustaz: Untuk memikirkan apa hikmah kebaikan yang telah ditentukan Allah dan bagaimana 
             melaksanakannya dalam kehidupan. 
Anak Muda: Ertinya akal kita terikat?
Ustaz: Akal kita bebas, tetapi dalam lingkungan syariat. Sama seperti bumi yang sedang ligat 
            berpusing ini… tetapi tetap pada paksinya.

Anak Muda: Bukankah agama ini untuk orang yang berakal?
Ustaz: Betul. Tetapi tidak semua perkara dapat dicapai oleh akal. Lebih-lebih lagi perkara-perkara 
            yang ghaib, tidak akan terjangkau oleh akal. Syurga, Neraka, Titian Sirat, Mahsyar misalnya, 
            wajib dipercayai dan diyakini tanpa perlu dilogik-logikkan lagi. Itulah iman.
Anak Muda: Ah, jauh kita menyimpang. Bukankah tadi kita berbincang tentang wanita yang baik? 
Saya ulangi, wanita yang baik tidak semestinya menutup aurat, betulkan?
Ustaz: Separuh betul. 
Kalau dia wanita yang jujur, terus-terang, pemurah dan lemah lembut… ya dia ‘baik’ di 
             sudut itu. Tetapi jika dia mendedahkan auratnya, dia telah melanggar perintah Allah di sudut 
             yang lain. Dia tidak baik’ di sudut berpakaian, kerana hukum menutup aurat telah termaktub 
             dalam Al Quran.
Anak Muda: Tetapi dia jujur, amanah…
Ustaz: Orang yang baik menurut Islam ialah orang yang baik hubungannya dengan Allah dan 
             manusia. Menutup aurat perintah Allah, namun percayalah jika benar-benar hatinya baik, 
             insyaAllah lambat laun dia akan menutup aurat juga.
Anak Muda: Apa hujah ustaz? Pengalaman? Fikiran atau telahan?

Ustaz: Masih merujuk kepada Al Hadis.
Anak Muda: Hadis yang mana?
Ustaz: Hadis riwayat Bukhari mengisahkan seorang wanita pelacur berbangsa Yahudi yang telah 
            memberi  minum seekor anjing yang kehausan. Atas sebab sifat belas kasihannya itu dia 
            mendapat hidayah lalu menjadi wanita yang solehah.
Anak Muda: Apa kaitan cerita itu dengan subjek yang kita bincangkan ini?

Ustaz: Secara tidak langsung  itu menunjukkan bagaimana jika hati seseorang mempunyai sifat-sifat 
            baik seperti kasih sayang, belas kasihan dan pemurah, sekalipun kepada anjing, itu boleh 
            menjadi sebab Allah kurniakan hidayah untuk dia beriman seterusnya menjadi wanita 
            solehah.
Anak Muda: Maksud ustaz?
Ustaz: Jika seorang wanita itu benar-benar baik hatinya insya-Allah lambat laun dia akan menutup 
             aurat walaupun sebelumnya tidak menutup aurat.
Anak Muda: Oh, begitu. Kenapa ya?
Ustaz: Allah menilai pada hati. Jika hati itu baik,  lambat laun hal-hal luaran pasti mengikutnya jadi 
baik.
Anak Muda: Apa pula pendapat ustaz tentang wanita yang menutup aurat tetapi akhlak dan perangainya buruk? 
Ustaz: Bab aurat dia telah selamat. Alhamdulillah, kewajiban menutup aurat telah dipatuhinya. Apa 
            yang tinggal… dia perlu membaiki akhlak dan perangainya. Dia perlu terus berusaha.
Anak Muda: Jika ada berpura-pura? Menutup aurat hanya untuk menunjuk-nunjuk atau sekadar 
tuntutan fesyen dan trend? 
Ustaz: Hati manusia kita tidak tahu. Kita tidak tahu hati wanita yang menutup aurat tu jahat atau 
           tidak, samalah seperti kita tidak tahu samada hati wanita yang tidak menutup aurat itu baik 
           atau tidak. Soal hati hak Allah… 
Anak Muda: Tetapi katalah hati wanita yang menutup aurat itu benar-benar jahat…
Ustaz: Jika hatinya benar-benar jahat… lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.
Anak Muda: Mengapa?
Ustaz: Menutup aurat adalah pakaian wanita yang solehah. Wanita yang jahat tidak akan mampu memakai pakaian wanita solehah.
Anak Muda: Patutlah saya lihat ada wanita yang dulunya memakai tudung labuh, tapi     kemudiannya tudungnya semakin singkat, lama kelamaan mula memakai seluar ketat, kemudian 
berubah kepada memakai baju T sendat… lama-kelamaan bertudung ala kadar   sahaja.
Ustaz: Perubahan luaran gambaran perubahan hati. Yang tidak menutup aurat… akhirnya 
            perlahan-lahan meningkat untuk menutup aurat kerana hatinya beransur jadi baik. 
            Sebaliknya, yang menutup aurat…secara beransur-ansur akan mendedahkan auratnya jika 
           kualiti hatinya semakin merosot.
Anak Muda: Siapa wanita yang paling baik?
Ustaz: Tentulah isteri-isteri dan anak-anak nabi Muhammad s.a.w.
Anak Muda: Bagaimana pakaian mereka?
Ustaz: Tentu sahaja mereka menutup aurat. Dan mereka juga pasti memiliki hati yang baik.
Anak Muda: Wanita yang baik mesti menutup aurat?
Ustaz: Ya.
Anak Muda: Wanita yang jahat mesti mendedah aurat?
Ustaz: Tidak semestinya, kerana ada wanita yang berhati baik tetapi belum menutup aurat kerana 
             mungkin dia sedang berusaha untuk mengatasi halangan-halangan luaran dan dalamannya 
             untuk menutup aurat.
Anak Muda: Apa yang boleh kita katakan kepada wanita begitu?
Ustaz: Dia sedang berusaha menjadi wanita yang baik.
Anak Muda: Bagaimana pula dengan wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangainya? 
Wajarkah mereka mendedahkan aurat supaya tidak hipokrit. 
Ustaz: Perangai yang buruk bukan alasan mendedahkan aurat. Bagi mereka ini, tuntutan menutup 
             aurat sudah ditegakkan, alhamdulilah. Tinggal satu lagi, tuntutan memperbaiki akhlak… itu 
             sahaja yang perlu dilaksanakan. Satu selesai, tinggal lagi satu. Namun bayangkan jika 
             disamping perangai buruk, mereka juga turut mendedahkan aurat … Itu lebih buruk lagi. 
             Dua perkara tak selesai, bab aurat dan bab perangai!
Anak Muda: Jadi apa kita nak kata tentang wanita yang menutup aurat tetapi buruk perangai ni?
Ustaz: Wallahua’lam. Boleh jadi mereka juga sedang berusaha mengatasi halangan dalaman dan 
             luarannya untuk memperbaiki perangainya. Dan nauzubillah, boleh jadi juga iman mereka 
             sedang merosot sehingga menjejaskan akhlak mereka… yang lama kelamaan jika tidak 
             diatasi  akan menyebabkan mereka kembali mendedahkan aurat! 

Anak Muda  itu tersenyum.

Anak Muda: Saya tahu apa yang saya akan lakukan sekarang…

Ustaz berkata dalam hatinya, " Kenapa? Mengapa? Punya kekasih tidak bertudung tetapi baik hatinya? Atau dikecewakan oleh wanita bertudung tetapi buruk perangainya?"


Soalan akhir itu tidak terluahkan oleh ustaz. Disimpan sahaja di dalam hati. Biarlah anak muda ini belajar dari pengalamannya… insyaAllah esok apabila dia mengalaminya sendiri, dia akan ingat satu persatu apa yang didengarnya pada hari ini!

  credit to:genta-rasa.com

p/s : ** jangan ada pula yang akan menyebut "saya akan pakai tudung bila sampai seru nanti"
bagaimana jika seru "kematian" menjengah lebih dahulu ? sempatkah hendak undur waktu?
andai ada niat berubah, usah TANGGUH! laksanakanlah! ..Insyaallah, DIA akan bantu :) biarlah perubahan itu sedikit demi sedikit,tetapi istiqomah (berterusan).. Moga kita semua diterima Allah untuk  menjadi tetamu syurga.. ~

Sunday, January 29, 2012

PENGORBANAN...


Assalamualaikum Wbt..

Didoakan moga semua pembaca yang sudi singgah ke teratak ini sihat wal afiah hendaknya..
Hari ini ana sekadar mahu share sebuah lirik dari kumpulan Mawaddah tajuknya Pengorbanan.
Overall lirik ini mengisahkan suka duka hidup 'BERMADU' . Teringat pula masa 1st time ana dengar lagu ni dalam laptop sahabat:

ifah: woit, echa, awat buka lagu ni ulang2 kali?
echa : err.... nape kak? best la lgu ni.. lirik dia tu... sempoi sangat..
ifah: apa yang sempoi? mesej dia agak berat tau, tentang hidup bermadu..hihi.. echa minat ka?
echa: err.. kak ifah ni.. kesitu pula.. ana tahulah ni berkaitan hidup bermadu..tapi soal realitinya... ana sendiri tidak tahu qada qadar di hadapan.. biarlah Allah tentukan..
ifah: hihi... akak sendiri ni pun tak mampu echa ooii... namun..tu lah kan... qada qadar di tanganNya...

**kalian pula bagaimana?


Ingin ku katakan wahai tuhan
bukankah keranaMu ku berada di atas landasan ini
hidup diantara pergiliran
nikmat dan ujian
nikmat melatih rasa syukur
ujian melatih rasa sabar

Suka dan duka pada batasNYa
gembira di akhirat untuk selama lamanya
harga syurga bukan 
segunung emas
tetapi tangisan hati takutkan Allah(wahai tuhan..)

Tuhan...
kalau bukan keranaMu 
untuk apa ku lakukan semua ini
setiap kali ku menghadapMu kuulangkan sumpah dan janji
hidup dan mati adalah untukMu
sudilah membantu dalam mujahadahku
agar ku berjaya menempuhnya...
agar dengannya terbinalah empayar Islam...(diabad ini)

Kalau kau mampu menempuhnya..
sungguh kau telah berjaya terhadap nafsumu
kalau kau mampu berkongsi suamimu..
sungguh engkau benar cintakan Allah
harga syurga bukan segunung emas
tetapi tangisan hati takutkan ALLAH...


Friday, January 13, 2012

KALAU DAH MARAH !


kalau dah marah..
semuanya jadi parah,
hati parah, emosi parah,

kalau dah marah..
yang betul jadi salah
yang salah semakin salah,

kalau dah marah..
buat apa pun susah,
kacau bilau hati si gundah..

kalau dah marah..
mulut lincah sumpah seranah,
hati luka jadi bernanah..

kalau dah marah..
muka putih jadi merah,
hati lembut jadi merekah

kalau dah marah..
semua barang nak disepah
syaitan menggila masuk menerjah

Masyaallah..
itulah jadi kalau dah marah
api menyala membara merah

Wahai member ingatlah..
kalau dah marah jangan gelabah
bawa bertenang hilangkan lelah
basahi lidah dengan zikrullah
hati kan tenang tiada resah
insyaallah,
akan terkawal si ammarah..



Thursday, January 12, 2012

Hari Kelahiran Sahabat 12/1/2012




Teristimewa didekikasikan ucapan ini buat sahabat tercinta, Nurul Afifah bt Mohamad Rosalan yang menyambut hari kelahiran ke-24 nya pada hari ini.. semoga dilanjutkan usia dalam iman, murah rezeki dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.. uhibbifillah

p/s Moga persahabatan ini dalam redhaNYa...:)

Wednesday, January 11, 2012

Cincin Untuk Aisyah


Hari ini genap dua tahun perkenalan ku dengan seorang puteri bernama Aisyah.Perkenalan kami bermula dengan tulisan,melalui tulisan aku dan dia bercinta,melalui tulisan aku peroleh semangat darinya.Aisyah ku anggap seperti puteri khayalan dalam hidupku.Tidak pernah ku bersua-muka dengannya walaupun sekali.Namun, kata-kata yang sering ditulisnya membuktikan kepadaku bahawa Aisyah adalah seorang wanita yang baik budi perkertinya. Bahasanya yang indah menyebabkan aku tertarik padanya.


" Kawan Wan tu nama apa?kalau boleh ibu nak berkenalanlah dengan dia "


" Nama dia Aisyah "


" Dia orang kelantan jugak bu, keluarga dia tinggal dekat tanah merah "


" Oo..orang kelantan,bila Wan nak bawa Aisyah datang ke rumah kita "


Aku hanya tersenyum setibanya soalan itu di tanya ibu kesayanganku.Aku sendiri tidak pernah bersua muka dengan Aisyah,bagaimana untuk aku ingin mengundangnya ke teratak ibuku ini. Umurku semakin lama semakin meningkat,begitu juga aisyah.Rasa dihati ingin menjadikan Aisyah sebagai teman hidup ku sehidup semati.


Sejurus pertanyaan yang diwar-warkan ibuku petang tadi,fikiranku mula memikirkan cara lain untuk berhubung dengan puteri khayalanku.Terdetik di hati aku ini untuk meminta number telefonnya.


" Aku mesti beranikan diri untuk meminta number telefon aisyah" suara hatiku mula berbicara.
Melalui yahoo messenger aku mem "buzz" Aisyah.


Wan : Assalamulaikum.


Aisyah: Waalaikum salam.


Wan : Aisyah sehat?


Aisyah: Alhamdulillah.sehat,wan macam mana?


Wan : Alhamdulillah wan pun sehat.


Aisyah! wan ada hajat ni.


Aisyah: Apa dia hajat wan hari ini?


Wan : Wan nak mintak number telefon aisyah boleh tak?


Aisyah: Hurm,untuk ape?


Wan : wan berkenalan dengan aisyah dah lebih kurang 2 tahun,Wan ingat nak lebih kenali aisyah.Sebelum ni pun wan dah bagi tahu yang wan suka kan aisyah.


Aisyah: ni number aisyah 011-98888888.


Wan : ok terima kasih aisyah,Insyallah, nanti wan call yer.


Aisyah: wan,kita sambung lain kali,aisyah ada kerja sikit sekarang.


Wan : okey,nanti kita sambung lagi yer.Assalamualaikum.


Aisyah: waalaikum salam.


Akhirnya aku berjaya untuk mendapatkan number telefon aisyah,hati ini bagaikan menari-nari keriangan.Selepas 2 tahun perkenalan,hari ini baru ku dapat peluang untuk berbicara dengan aisyah melalui percakapan.Namun bukan niat ku untuk bergayut siang malam bersamanya tetapi hanya sekadar untuk lebih mengenali dirinya.


**************************


Sudah seminggu berlalu,namun number yang diminta masih lagi belum di hubungi,aku merasa segan dan malu untuk menelefon kerana kami tidak pernah bercakap melalui telefon.Aku berasa bingung dan hairan dengan keadaan ku yang sebegini.Kenapa diri ini menjadi gementar untuk menelefon aisyah.


" kalau aku tak telefon,macam mana aku nak kenal aisyah? " Kata suara hati ku yang merayu-rayu supaya membuat panggilan.


Jari-jari ku mula memetik punat yang berada di telefon bimbit ku,perasaan gemuruh mula mendatangi dan menyelubungi fikiranku.


"tut tut…tut tut..".


" Assalamulaikum.Boleh saya bercakap dengan aisyah "
" waalaikum salam, ya, ni aisyah yang bercakap ni,siapa ni? "
" ni wan".Jawab aku dengan suara sedikit gagap.
" oh wan,kenapa wan baru telefon?
" hahaha,wan sebenarnya segan nak telefon aisyah,mana la tahu aisyah tak jawab panggilan wan".Gementer ku mula lenyap setibanya aisyah menerima panggilan ku dengan baik.


Walaupun kami mula berhubung melalui telefon namun kami tetap menggunakan yahoo messegger sebagai penghubunng kerana di situlah bermula cinta kami.Hidup ku makin ceria dan sentiasa gembira selalu.Sesekali aku menulis puisi dan menghantarnya kepada aisyah.Begitu juga sebaliknya,aisyah akan membalas dengan bait-bait cinta indah kepada ku.


Cinta yang datang bagaikan bulan
Menjadi teman dimalam hari
Bintang dilangit ku jadikan pedoman
Agar cinta kita tetap bersemi




Cinta kita tidak pernah berkata-kata
serta tidak pula mempunyai suara
hanya pena menjadi tukang kata
penghibur tika duka dan lara




*********************


Makin lama makin sayang,walaupun sudah 4 bulan kami berhubung melalui telefon namun baru hari ini terdetik di hati ku untuk bertemu dengan puteri khayalan ku.Aku membuat permohonan kepada aisyah untuk bertemu dengannya.Aisyah meletakkan beberapa syarat kepada ku jika ingin bertemu dengannya.


" Pertama,kalau wan nak jumpa aisyah boleh,tapi kena la datang rumah aisyah ".
" Kedua,wan kena berkenalan dengan ibu dan ayah aisyah ".
" Ketiga,wan kena makan malam dengan keluarga aisyah ".


" wan setuju.Insyallah wan akan jumpa malam jumaat ni " kata ku kepada aisyah.


Aku sememangnya ingin berjumpa dengan keluarga aisyah lebih mengenali aisyah.Sesekali bermain di minda ku menanyakan siapakah aisyah sebenarnya.Bagaimana latar belakang keluarganya,adakah dia orang dari golongan hartawan atau sebaliknya.Jika aisyah berketuran hartawan mungkin aku dan dia tidak sekufu,namun pemikiran kuno ku tidak tolak mentah-mentah oleh jiwa sanubari ku.Sekarang ini bukan lagi zaman dua darjat,zaman sekarang orang lebih mendahuluikan agama dari segala-galanya.


**********************


Aku tiba di hadapan rumah aisyah berdasarkan alamat yang diberikan kepada ku.Alangkah terkejutnya aku,rumahnya besar bagaikan istana khayalan di penuhi dengan kereta-kerata mewah dan megah.Terpajak dua orang pengawal keselamtan bagaikan patung hidup.


" Ish,aku silap alamat ke ni " Bisik hati ini sejurus melihat keadaan rumah yang sebegitu rupa.


Tiba-tiba keluar seorang gadis berpakaian serba putih serta mukanya di tutupi dengan purdah yang berkilauan datang menghampiriku.Mata ku terkebil-kebil melihatnya.


" Assalamualaikum "
" walaikum salam. Wan ke ni " tanya gadis itu.
" ya, saya wan, kawan aisyah "
" saya aisyah, jemput masuk "


Kaki aku seperti disimen menjadi kaku,langkah ku berat untuk menjijakkan kaki ke dalam rumahnya.Namun tetapku gagahi untuk memasuki kedalamnya.Aku melalui singgah sana yang indah dan dipersilakan duduk di atas sofa mewah yang sungguh empuk.


Aisyah memperkenalkan aku dengan ibu dan ayahnya.kami mula berbicara dan mengenali antara satu sama lain.Kemudian aku dihidangkan dengan makanan yang sungguh lazat.Ketika makan ayahnya bertanya :


" bila nak masuk meminang? "


Aku tersentak mendengar persoalan itu.Aku cuma tersenyum tanpa jawapan.Melihat keadaan keluarga aisyah yang kaya-raya adakah layak bagi ku.Aku cuma anak seorang ibu tunggal yang hidup dengan menorah getah.




**************************


Selesai makan aisyah meminta izin dari ibu dan ayahnya untuk berbual seketika dengan aku. Perbualan kami malam ini di saksikan oleh bulan dan bintang yang menerangi kegelapan di angkasa raya. Angin-angin sepoi bahasa bermula bermain dimuka kami berdua.


" Wan,kalau wan rasa nk pinang aisyah,wan cuma kena sediakan sebentuk cincin je untuk aisyah"


" Sebentuk cincin je " hati ku tertanya-tanya


" Pasal wang urusan perkahwinan keluarga aisyah boleh uruskan,aisyah tahu macam mana keadaan keluarga wan,aisyah sayangkan wan "


Mulianya hati aisyah terhadapku,hanya sebentuk cincin di mintanya sebagai mahar perkahwinan.Aku berjanji dengan aisyah akan meminangnya pada minggu hadapan dengan membawa sebentuk cincin untuknya.


*************************


Hari perkahwinan aku sudah tiba dan segala persiapan sudah pun tersedia.Hati ku gementar untuk berjabat tangan dengan tok kadi untuk mengakad nikahku.


" bila kata tunai kamu jawab yer "


" Okey tok "


" Aku nikahkan di kau syazwan bin hasan dengan aisyah binti abu dengan mas kawin 80 ringgit tunai "


" Aku terima nikahnya dengan mas kawin sebanyak tersebut "


Akhirnya menikah juga aku,tibalah masa untuk melihat wajah permaisuri ku.Jantungku berdebar-debar menantikan aisyah.Aku menghampiri aisyah dan meminta izin daripadanya :


" aisyah,boleh wan buka purdah aisyah "


Tiba-tiba aku merasa satu hentakkan di kepala ku.Terasa bagai bumi ini terbelah dua.


" woiii,bangun la,asyik nak membuta je,tak ada kerja lain ke engkau nie " Pekikan ibu ku setelah disikunya kepadaku sehingga benjol


" ish,kacau la ibu ni,sikit lagi nak habis mimpi ni,rugi la "


" Banyak kau punya rugi,getah tu sapa nak toreh,yang tu lagi rugi,bangun!!!! "


**************************


Begitulah kisah cincin untuk aisyah.Sebenarnya aisyah ni anak tok penghulu kampong aku. Ayahnya tolak pinangan aku sebab aku nak bagi cincin belah rotan je kat anak dia.Aisyah no hal, setuju je,ayah dia yang lebih-lebih pulak.


" mana class anak aku dapat cincin belah rotan " kata tok penghulu


Hurm.Aisyah~aisyah..


Cincin ini tetap untuk aisyah~

**************************end********************************************************************************************

P/s: masa jalan-jalan men-skodeng(betui ka word ni?) terbaca entry sorang penulis ni.. credit to : sufieteam
minta izin copy juz to share with myself ^_^ Moga Allah mengizinkannya suatu hari nanti..~ cincin ini tetap untuk aisyah

Bukit Katil Vs Nilai

Assalamualaikum Wbt,

Alhamdulillah Allah izin untuk menulis kali ini..(eh.. bukan menulis, tapi menaip.. :p).

Thank You Allah... itu yang mampu terucap pabila dapat kesempatan untuk bercuti Jumaat hingga Isnin yang lalu. Kesempatan yang ada digunakan sebaik mungkin untuk menziarah keluarga paktan di Nilai dan pada hari jumaat pagi bergerak pula ke Melaka(umah maksu menaiki bas Transnasional. Syukran jiddan to Rafidah sebab sudi hantaq ke KTM Nilai. :)


Best sangat dapat berjumpa dengan semua sepupu perempuan yang sangat comel dan lincah, cuma Allah tak izin untuk mengambil gambaq mereka kerana bateri hp yang dah nazak(err..budak-budak kata bateri kong),Charger pula tertinggal di ofis..huhu.
Melayan kerenah mereka memanglah tak membuatkan kejemu-an walaupun sedikit..hihi .Semuanya jenis banyak mulut dan rapat dengan ana Semuanya ana anggap mcm adik sendiri... Almaklum, tiada adik perempuan ^_^ .

~ Amna Afiqah
~Dynaz Aqilah
~Dynaz Allysha
~Zarith Isyaireen

Biasalah, kalau anak sedara datang umah, maksu memang akan memasak, macam-macam yang dihidang, dapat juga melampiaskan rasa rindu masakan arwah bonda. Alhamdulillah. :)


"busu, air sirap ada??" soal si anak sedara
"ada tu dalam peti ais, dah tau sangat kau tu kalau datang sini mesti cari air sirap" jawab si maksu
"hihi... alaa... dah macam kewajipan la busu... air sirap busu ter-BEST in the world la.."- anak sedara
"pandai la koo..nama pun sirap, sama ja rasa dia" -maksu 
"eeeeiiiiii... tak sama laa busu... busu punya buatan sirap ada ummph! ngeee....nyum3"

Begitulah si anak sedara yang rapat dengan maksunya... paling best dapat masak cekodok bilis yang da lama sangat tak makan.. huk3

Kuali yang sudah panas dengan minyak akan dimasukkan cekodok ke dalamnya sebentar lagi... (err.. ala-ala masterchef gitu..)

"oooittt kak, apalah masukkan tepung tu guna sudu, gunalah tangan" si maksu menegur
"aalaa... sama ja kan.. bulat-bulat juga, masuk perut juga" si anak sedara menjawab. Bukannya apa, mudah dan tak perlu cuci-cuci tangan untuk menyambil buat kerja lain. huhu
"pakai tangan la lagi banyak hikmahnya.. esok-esok da kawen perut suami kena jaga, air tangan isteri tu kan lebih berkat tau. " maksu menasihat.
"eerrrr.... yalah.. nanti kalu da kawen akk pakai tangan la masak cekodok. ni kan nak makan sendiri..hihi" sengih si anak sedara.
" jangan nak mengada, tak payah tunggu kawen, buat dari sekarang" ujar maksu garang (saja wat suara garang)
" yalahhhhh.. baikkkk puan ayu..." si anak sedara sami'na wa atho'na.

Da siap masak.. masa untuk membedal... cicah sambal kicap superb buatan maksu.. memanglah soodap :) . Ayaq teh-o minuman sampingnya.  Alhamdulillah.


Hari Sabtu pi jalan-jalan dengan maksu n dynaz n allysha n zarith.Depa teringin nak makan Domino hasil belanja dari...( errrrr....agak2 sapa?) .. Alhamdulliah di izin rezeki yang diberinya, dapatlah belanja depa makan Domino.~ Bahagia :)

Malam harinya mengajar Dynaz membaca Alquran dan Allysha iqra'. Terang betul hati budak-budak tu.. cepat belajar n faham.Mereka berdua memang maksu hantaq ke kelas mengaji bersama seorang ustazah . Alhamdulillah. 

"kakak, mama cakap akak nak balik esok ea? " soal dynaz
"ha ahh.. akak kena balik esok sebab hari selasa akak da kerja" 
"aallllllaaaaa... akak duduk la lama lagi kat rumah dynaz, esok dynaz sekolah, nanti tak dapatla jumpa kakak" dynaz buat muka sedih. Kasihan pula melihatnya.
" tak pa... akak balik dulu, nanti akak datang lagi ea? " pujukku.
"bila nak datang lagi tu? minggu depan?" soalnya petah
" tak lah... insyaallah nanti kalu akak dapat cuti lagi, akak datang umah dynaz ya? "
"kakak janji tau.... tak tipu dynaz kan" ujarnya
" ye lahh.. akak janji.. dynaz belajar rajin-rajin tau.. nanti akak datang lagi.." (promise dgn muka serius) ngee

Masa untuk balik, kembali bekerja... pagi Isnin maksu hantaq ke Melaka Sentral . Bas pukul 1000 pagi. Tiba di Nilai, sahabat tercinta Rafidah menjemput.. Alhamdulillah, bahagia..



p/s Terima Kasih Ya Allah atas kurniaan Kesempatan Bahagia ini..

Sunday, January 1, 2012

1.1.2012

Assalamualaikum Wbt....

Ya Allah... bersawangnya blog ana nih.... menjenguk agak kerap tetapi nak menghap-date sungguh masa itu amat mencemburui ...Alhamdulillah, hari ini 1.1.2012 ... sudah menjejak usia baru.. tak da azam baru masihi sebab azam dah pasang sejak tahun hijrah lagi... hihi..


Dengan ini ana ingin membuat sedikit ucapan (ceeewwahhhhh, mcm dalam segmen kat radio pula...) Selamat Tahun Baru buat semua umat manusia... moga pertambahan usia. pelanjutan yang Allah beri ini, dimanfaatkan sebaiknya... Hargailah !

Hingga jumpa lagi, insyaallah ^_^