Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Wednesday, November 2, 2011

::Qiblatku Kaabah::


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi  gambarnya ada.."

"Buka-lah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ya la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."




DAN APABILA DIKATAKAN KEPADA MEREKA, "SUJUDLAH KEPADA YANG MAHA PENGASIH", MEREKA MENJAWAB, "SIAPAKAH YANG MAHA PENGASIH ITU? APAKAH KAMI HARUS SUJUD KEPADA ALLAH YANG ENGKAU  (MUHAMMAD) PERINTAHKAN KEPADA KAMI (BERSUJUD KEPADANYA)?" DAN MEREKA MAKIN JAUH LARI (DARI KEBENARAN). [AL FURQAN:60]

Tuesday, November 1, 2011

::Jika Terakhir Buatku::

Assalamualaikum..:)

Selamat pagi kawan-kawan...harini ana sekadar nak share sebuah lirik yang sangat best... mengingatkan pada kematian yang pada bila-bila saja boleh datang menjemput... =.=


Oh Tuhan..
Hamba-Mu ini kekeliruan..
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu..

Oh Tuhan..

Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi

Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas..
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan

Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanMu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku...

Oh Tuhan

Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan..

Rahmat kasihMu Tuhan

Ampunan-Mu ku damba..
 
 
Album : Nota Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

Lagu : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Lirik : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit : Munif Ahmad
Muzik : Eddie Slam
Gitar : Eddie Marzuki
Vokal : Saujana
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn Bhd