Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Thursday, March 31, 2011

.::Sahabat Yang Dijanjikan Syurga::.

"kakak, jom kita main teka-teka nak tak?"
"dinas hendak main teka-teka apa ni? teka-teki ka??"
"bukanla, dinas nak kakak teka , dinaz soal. kiranya, akak jawab soalan dinas lah.
tadi masa dekat sekolah,waktu kelas agama, semua orang kena berdiri atas kerusi. ustazah kata,
siapa yang dapat jawab soalan, baru boleh duduk."
"oohh...ok.apa soalannya?"
"soalan pertama, apa nama masjid pertama yang didirikan?"
si kakak dengan yakin menjawab " urm.. Masjid Quba''
"betul!! soalan kedua, dalam 1 hari, berapa bilangan rakaat orang Islam kena solat?"
tersengih si kakak lalu menjawab "17 rakaat"
"betulll juga! seterusnya..sahabat Rasulullah yang dijanji syurga ada 10 orang kan?.cuba kakak sebutkan nama-namanya?"
si kakak dengan dahi berkerut cuba mengingat....mengimbas kembali buku sirah nabawi
yang pernah dibacanya dahulu. "eerr.. akak cuma ingat 5 ja lah dik...nanti lagi 5 akk jawab esok? hihi"
merona merah muka si kakak.hati si kakak berbisik, "haila... failed betul...macam mana boleh tak ingat nih.kena buka kitab balik ni...Astaughfirullah"
"hahaha...apalah kakak ni, itu pun tak ingat, tak aci-lah kalau tunggu esok. biar dinas bagitahu akak ja lah. lepas ni akak kena hafal tau...."




Saiyyidina Abu Bakar As Siddiq r.a. 
Khalifah Pertama, Teman Setia Yang Banyak Berkorban

Saiyyidina Talhah bin Ubaidillah r.a.
Shahid Yang Hidup

Saiyyidina Saad bin Abi Waqas r.a.
Pelempar Panah Pertama Pada Jalan Allah


Saiyyidina Zubair bin Al Awwam r.a.
Perajurit Allah Pengiring Rasulullah


Abdul Rahman bin Auf r.a.
Orang Yang Berniaga Dengan Allah



Saiyyidina Umar Al Khattab r.a.
Khalifah Kedua, Pintar Membezakan Antara Haq dan Batil

Saiyyidina Uthman bin Affan r.a.
Khalifah Ketiga, Keperibadian Yang Sampai Malaikat Berasa Malu

Saiyyidina Ali bin Abi Talib r.a.
Khalifah Keempat, Singa Allah Yang Dimuliakan Wajahnya Oleh Allah

Saiyyidina Abu Ubaidah Amir bin Al Jarrah r.a.
Orang Kepercayaan Ummat Ini

Saiyyidina Sai'd bin Zaid r.a.
Seorang Kekasih Kepada Allah Pengasih



p/s: merajinkan diri untuk menambah ilmu pengetahuan , membaca dan menghayati sirah nabawi agar dapat menambah kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w... :)

Tuesday, March 29, 2011

.::Di Persimpangan Aku Berdiri::.

Di Persimpangan Aku Berdiri


Munsyid : EdCoustic



Cukuplah...
kusimpan semua ceritaku
yang dulu

Tentangku...

tentang apapun yang membuatku
tiada bererti

Di Persimpangan aku...

berdiri
membisu
harus kuputuskan
kemanakah ku melangkah...

Reff : Jangan lagi
usikku meski aku tak tau     
kemana lagi aku berlari
kejar harapan
yang sempat mengelam
biarkanlah
kuhidup dengan nafas yang baru
nafas yang menyimpan kedamaian
di persimpangan
aku berdiri

Cukup Januari kemarin kutinggalkan

kelamku...
tentangku
dan masa lalu yang membuatku
tiada bererti

 

Monday, March 28, 2011

EGO,ego.com.my

egois...........

katamu apa yang kau impikan
segalanya kan pasti jadi kenyataan
setiap apa yang kau inginkan
sekelip mata dalam genggaman
nadamu berbaur keegoan
katamu kau tak perlukan teman
walaupun sendirian
walaupun kesunyian
kau punya segala kelebihan
bibirmu ketandusan senyuman
jeling pandangan hanyalah d ekor mata
atur langkah penuh keangkuhan
gerak gaya lambang kemegahan
kau terlupa apa yang kau ada
segalanya kurniaan yg esa
hanya seorg hamba
yang diuji imannya dgn kenikmatan dunia
bicara hatimu tentang sepi
sengaja tak pernah kau akui
bagaikan sang merak yang indah bulunya
namun tidak mampu terbang ke angkasa
hey sang merak
indah bulunya
tidak mampu terbang ke angkasa
andai dibiar keegoan merata hati dan perasaan
usah kau pertikaikan jiwamu
mengapa tiada rasa ketenangan
pernahkah terlintas di minda
ketika kau kesusahan
siapakah yang kan hadir menjadi pembantu
bicara hatimu tntg sepi
sengaja tak pernah kau akui
bagaikan sang merak yg indah bulunya
namun tidak mampu terbang ke angkasa
bukan ku sengaja
mencari silapmu
engkau ku rasakan
mampu menjadi saudara
sedarlah jasa baktimu diperlukan...
curahkan pada insan...
yang memerlukan....
munsyid:mestica


Assalamualaikum saudaraku.. alhamdulillah bertemu lagi dalam siaran pada kali ini...
(siaran menulis dan menaip...moga memberi manfaat, dan peringatan untuk diri ana sendiri juga perkongsian buat saudara se-Islam), insyaallah :)
Opening penulisan ini ana letakkan bait lagu dari kumpulan mestica-egois...
kenapa ana bubuh lagu tu ya? sebabnya ana tetiba ingat lagu ini ketika jari jemari ini menjalankan tugasnya untuk entry kali ini..http://www.emocutez.com
urm...apa agaknya yang kita faham mengenai egois ni .... selalunya orang mengaitkan bahawa lelaki ini sifat egoisnya lebih tinggi berbanding wanita... betui ka?? entahlah, itu pendapat orang ramai berdasarkan survey secara kasar...
Tapi saudaraku, pada pendapat ana lah kan.. sifat ego ini boleh jadi "barah" tak kira jantina.. ada juga wanita yang egoisnya agak tinggi,hampir menyamai lelaki..atau mungkin lebih dari seorang lelaki? seorang sahabat ana penah mengatakan.. "orang yang mempunyai sifat ego ini, takkan mengaku akan sifatnya itu... selalu sahaja hendak menang bila berkata-kata,  gemar menyalahkan orang lain http://www.emocutez.com, selalu menganggap diri sendiri saja yang betul, dan sukar menerima pandangan orang lain.." betui ka?? tepuk dada, tanyalah iman...
Wah... cuba kita check sama-sama, ada tak kita termasuk dalam kategori tu... kalau ada, sama-samalah kita koreksi diri kita sendiri...perbaiki kelemahan yang ada, tingkatkan keimanan kepada yg Esa. 
Pendapat ana, setiap orang ada sifat egois dalam diri, cuma tahap tinggi, sederhana atau rendah sahaja bezanya, dan cara bagaimana kita mengawal sifat egois itu sendiri...janganlah sampai ia memakan diri dan merosakkan diri kita...http://www.emocutez.com
ataupun lebih baik lagi jika sifat egois ini kita boleh buang jauh2 dari kamus hidup kita, Alhamdulillah jika begitu..
orang yang tinggi egoisnya takkan kemana...sedarlah hidup kita ini hanya persinggahan sementara, sebagai seorang hamba Allah, kita tidak boleh hidup menongkat langit... siapalah kita untuk hidup menyombong diri dengan kekuasaan dan pangkat yang ada...??
Tiada kita manusia membawa itu semua di akhirnya kita akan kembali mengadap yang Maha Esa...?
Segala pangkat, kekuasaan, harta dan segala-galanya yang bersifat keduniaan akan ditinggalkan...http://www.emocutez.com

Saudaraku, lebih buruk lagi jika kita sebagai hamba , ego terhadap khaliq kita ( Allah SWT).. sedihnya.. :(

Allah suruh tutup aurat, dia dedah aurat -sexy-maxi
Allah suruh jauhi zina, dia syok buat zina hingga ter-mengandung
Allah suruh monghormati ibu bapa, dia sepak-terajang-maki hamun
Allah suruh solat 5 waktu sehari semalam, dia sibuk dengan kerja sampai tak ingat solat
Allah larang main judi , dia nak-nak juga berjudi sebab 'bajet' boleh jadi kaya
http://www.emocutez.com

Masyaallah.. betapa masih ramai lagi manusia yang egois kan... yang akhirnya membawa kepada penderhakaan kepada tuhan yang menciptakan kita... Nauzubillah... jika beginilah perangai kita, Layakkah kita menjadi tetamu SYURGA ???
...(tidakkkk!!)http://www.emocutez.com
ayuh saudaraku, perbaikilah diri kita dan ajaklah orang lain,
selagi nadi masih berdenyut, nafas masih menghela.. kembalilah ke pangkal jalan...bertaubatlah kerana sesunguhnya,  Allah maha pengampun..
Saudaraku, Kematian tidak mengira usia tua atau muda...tiada appoinment bersama izrail, tiada kalender menyatakan tarikhnya, tiada jam loceng yang mengejutkan bila tiba waktu... 
berdoalah selalu, agar kita kembali kepadaNya dengan  husnul khatimah,
bukannya su'ul khatimah...
wallahua'lam...

p/s :buang sifat ego dan sombong kepada Allah





Friday, March 25, 2011

Ajaibnya Ukhuwwah....

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,Selawat dan salam buat Rasul junjungan mulia nabi Muhammad S.A.W.

Assalamualaikum sahabat sekalian... apa khabar iman? moga istiqomah dalam membina dan mencantikkannya.. :)
Alhamdulillah bertemu lagi dalam entry ana kali ini (tersenyum2 sambil menaip)
ish, kalau orang lain nampak ni, mesti dikatakan ana gila....hakikatnya,
memglah benar ana gila...tetapi tidaklah sampai tahap perlu di hantar ke tanjung rambutan... (:))http://www.emocutez.com
insyaallah, dalam entry ana kali ini, ana ingin kongsikan serba sedikit mengenai keajaiban ukhuwah
apa yang kalian faham ya agaknya?http://www.emocutez.com erm... mengikut definisi kamus aqal dan kefahaman hati,
keajaiban bermaqsud sesuatu perkara atau kejadian baik yang berlaku/terjadi secara tidak diduga.
Ukhuwah pula memberi maqsud suatu perhubungan/ikatan/ jalinan yang membentuk kasih sayang dan menyatukan hati-hati insan, lebih kurang macam persahabatan...
bagaimana ukhuwah terjadi? apabila hati-hati bertaut yg didasari kerana Allah
bagi ana, ukhuwah itu ada auranya trsendiri...ada powernya yang tersendiri...http://www.emocutez.com
tentu kalian semua pernah mengalaminya kan??
Saat pertama kali ana menjejakkan kaki ke bumi Perlis untuk sambung study, ana tiada siapa-siapa di sana
bak kata sahabat ana selalu "dah dak apa dah..hanya ada Allah dan Rasul". :)
diringkaskan cerita, usai solat maghrib di pusat Islam luqmanul hakim, ana ditegur oleh seorang pelajar perempuan dengan senyuman
manis terukir diraut wajahnya.http://www.emocutez.com

"Assalamualaikum.semester 1 ka"?
"walaikumsalam.ya kak. akak student sini gak ya?"
"ya. semester 2 baru. tak payah panggil akak.kita sebaya"
"eh, ya ka? mana tahu kita sebaya?"
"tu, kad matrik sementara adik ada nombor ic."
"oh ya. hihi.."tergelak kecil kami ketika itu..http://www.emocutez.com

selepas bertukar nama, ditakdirkan Allah pula kami dalam kos yang sama. kiranya ana ni junior lah. Apa lagi time tu fikir, boleh dapatkan tunjuk ajar dan nota-nota yang ada dari senior, kerana ana dimaklumkan, kos ini agak baru ditawarkan di sini memandangkan kami baru batch yang ke-2. Kemudian ana diperkenalkan dengan kawan-kawannya yang lain, dan bermulalah 1 ukhuwwah, mekar,dan semakin mekar di taman hati ana hingga hari ini... Tradisi memupuk ukhuwwah ini diteruskan hingga kami menamatkan pengajian... 
bila masuk ja adik-adik sementer 1, kami menjalankan operasi "skodeng-skodeng"http://www.emocutez.com adik-adik, membina jambatan hati, berkasih sayang, seterusnya berukhuwah dan sama-sama bekerja menggerakkan kerja-kerja
islam. Terbinalah 1 fikrah yang meyatukan hati-hati insan...Umpama sebuah keluarga yang sangat besar, bersama dengan ahli-ahlinya, umpama bersama keluarga sendiri, adik beradik sendiri, darah daging sendiri...
Semoga ia berterusan dari generasi ke generasi yang mendatang...Insyaallah..
Disamping berukhuwwah, makanan rohani terus diberikan oleh murabbi bagi meneruskan tarbiyyah bagi melahirkan generasi Rabbani yang sentiasa ghairah mengajarkan al-Quran dan memepelajarinya, melahirkan insan yang bersahsiah tinggi,berilmu, dan berkepimpinan dalam membangunkan Islam.
Barulah ana mengerti apa yang dikatakan ISLAM IS THE WAY OF LIFE.
Dan...apa yang paling penting, dalam musafir ana ke bumi 'Darul Sunnah' menemukan ana dengan NUR ILLAHI... tiada bahagia yang
ana akan kenangi hingga akhirnya hayat ana, melainkan kebahagiaan berada di sana... Subhanallah.
Rupa-rupanya, inilah yang dikatakan Tarbiyyah dari Allah. Setiap apa jua taqdirNya,pasti ada hikmah yang mengiringi.
Betapa cantiknya percaturan Allah buat diri ini...
Bila dikenang kembali saat itu.. menitislah airmata kerinduan.. :(http://www.emocutez.com
Indahnya ukhuwwah yang terbina di sana, membuatkan hati berasa sangat dekat dengan mereka.

Walaupun kini jauh di mata, namun dekat di hati itu pasti...
Kepada sahabat-sahabatku, terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku,
Bersahabat dengan kalian, membuatkan hati semakin mengingati Tuhan,
bersahabat dengan kalian, membuatkan hati disirami dengan kasih sayang
bersahabat dengan kalian, membuatkan hati merasa damai.

Ajaibnya ukhuwah,
Hebatnya Allah,
kerana DIA menciptakan ukhuwah
kerana DIA memberi rasa mawaddah
kerana DIA pemberi Rahmah..
Sahabatku,
tak luput ingatanku
duduk bersama dengan kalian,
makan setalam dengan kalian,
minum secawan dengan kalian,
bersuapan bersama kalian,
berjemaah bersama kalian,
berkongsi saat suka duka dengan kalian,
berbuka puasa bersama kalian,
berusrah bersama kalian,
beriadah bersama kalian.
Ya Allah,
masih adakah kesempatan kembali begitu?
Betapa indahnya saat itu...
saat dimana tautan hati terjalin kerana-MU
bertemu kerana Allah
berkasih sayang kerana Allah
Berpisah jua kerana Allah...



wallahua'lam