Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Sunday, June 12, 2011

Nur Kasih Humaira

Bahagian 3:



".....dan jawapannya bukan berpihak pada ana kak.. kak, ana percayakan kata hati ana, moga ini satu petunjuk dariNya.."
walaupun abahnya sangat berkenan dengan fakrullah yang juga teman sepermainan sewaktu humaira kecil, dia tahu, dia harus memberitahu segera jawapan istikhorahnya , agar kedudukan lebih jelas bagi kedua-dua pihak.
"insyaallah, kamu bagi tahu abah kamu dengan jujur, akak rasa dia boleh terima."safiah memberikan kekuatan buat sahabat baiknya.

 

bersaksi cinta diatas cinta
dalam alunan tasbihku ini
menerka hati yang tersembunyi
berteman di malam sunyi penuh doa
sebut namaMu terukir merdu,
tertulis dalam sajadah cinta
tetapkan pilihan sebagai teman
kekal abadi hingga akhir zaman
istikhoroh cinta memanggilku
memohon petunjukMu
satu nama teman setia
naluriku berkata
di penantian luahan rasa, teguh satu pilihan...


******************************************************************************

Rintihan di sepertiga malam.dari seorang hamba yang dhoif
kerana mengenang segala dosa. moga mandapat keampunan dari illahi
.

Waktu sunyi sebegini,disaat enaknya manusia dalam ulit mimpi nan indah, humaira lebih gemar berdating dan berchatting secara online dengan khaliqnya.
Permohonan, pengaduan dan rintihan seorang hamba yang sentiasa mengharapkan keampunan dan suluhaan cahaya sepanjang hidupnya hingga dia kembali kepada Yang Maha Kuasa kelak.

Menagalir airmata dalam tadahan doa buat yang Esa, tatkala memanggil nama tuhanNya, Allah....Allah...Allah...
bergetar seluruh jiwa raganya dengan satu nama itu.

Hiba merundung hati si mawar mengenang sejak akhir-akhir yang mendatang dalam hidupnya, dia diuji dengan pilihan teman hidup, apakah seruan dari ilahi buatnya sudah tiba? jauh di lubuk hatinya bukan menolak fitrah, namun dia memang benar-benar belum bersedia untuk melangkah ke alam yang satu itu. Allah masih belum membuka si pintu hati. Cintanya buat Allah dan Rasul masih belum cukup, belum puas dia mencurah bakti pada deen yang amat dicintai, ilmunya juga masih belum cukup untuk mengemudi satu bahtera yang dipanggil 'rumahtangga'. Gerun hatinya memikirkan satu amanah yang sarat dengan 'tanggungjawab' itu.

"asif, risikan perjuangan ini tiba terlebih dahulu dari risikan insan..sudah lama ana 'jatuh hati' padanya, belum puas ana 'bercinta' dengannya..."
"kalau begitu, kamu nak terus, terusan berseorang dalam perjuangan? bukankah kehadiran zauj akan lebih menguatkan?"
"tidak ana menafikan itu wahai sahabatku jannah rafidah, dan bukan juga ana menolak fitrah..... cuma ana, belum bersedia, mungkin juga Allah masih belum buka pintu hati ana ini."
"Ramai kawan-kawan kita sudah kahwin di usia muda dan mereka bahgia. Semua itu untuk mengelakkan fitnah dan lebih menjaga diri. ana tidak nampak sebarang halangan untuk terus berbakti dalam deen yang kita kasihi ini walaupun sudah berumahtangga, malah semakin kuat dengan sokongan seorang suami. kehidupan pun lebih terurus. Insyaallah"
" ana tidak menolak kata-katamu itu sahabatku, insyaallah, masanya akan tiba jua kelak cuma buat masa ini, cukuplah cinta Allah dan Rasul yang bertakhta di sanubari. Semoga zauj ana kelak redha menerima ana seadanya dan redha juga menjadi rijal ke-3 yang ana kasihi."
" haaah? rijal ke-3? yang pertama dan kedua siapa? kamu pernah......"
belum pun sempat jannah rafidah membuat spekulasi yang bukan, tuntas Humaira membalas  "... ish, tentulah Rasulullah dan abah ana yang pertama dan kedua... hihi"
"hish, kamu ni, sempat aja bergurau," sepantas kilat jemari jannah rafidah mencubit manja bahu sahabat tercinta.
"aduiiiii...huhuhu..sakiit" sudah lama dia tidak kena cubit begitu.
Jannah Rafidah menyambung kata,"......ataupun kamu masih setia menanti si imam muda yang kamu admire masa study tu eh? "
sedikit tersentap hati humaira mendengar lontaran kata sahabat baik yang sudah dianggap seperti adik beradik sendiri itu. Jauh di lubuk hatinya, sebenarnya masih terus berdoa dan berdoa pada khaliqnya agar dihadirkan seorang suami mithali. Dia kah? Humaira tidak tahu. Biarlah siapa pun nanti, dia tidak gusar dengan keputusan Robbnya.
"tidak..bukan begitu Idah, usah dikenang kisah lama, mungkin dia sudah menjadi tunangan orang, atau suami kepada seseorang, cukuplah ana katakan, belum tiba masanya...hati ana ini milik Allah, kunci kepada hati ini juga ada pada Allah, jika Allah belum izin, maka dengan apa cara sekalipun, tetap tidak akan berlaku, walaupun manusia itu berkehendak. insyaallah, jangan bimbang, ada lah nanti percaturan yang lebih baik. Dia maha mengetahui"
"Humaira..memang jodoh itu Allah yang menentukan, namun kita sebagai manusia kena berusaha untuk mendapat yang terbaik. Yusuf Fakrullah, yang ibu-ibu di kampung ini sangatlah berebut untuk dijadikan menantu, idaman gadis-gadis disini untuk dijadikan suami, kamu tolak sedangkan kamu tahu dia amat suka kan kamu sejak sekolah lagi. peribadinya sahaja sudah cukup membuat orang  memberi tafsiran dia seorang lelaki yang baik."

Tidak habis-habis dengan yusuf fakrullah, sahabatnya itu berhajat sangat melihat humaira walimah dengan anak ketua kampung yang sangat terkenal dengan kesolehannya itu.
"idah, ini bukan soal 'suka', 'baik'@ 'cinta'.. bukan itu ukurannya.. Telah ana melakukan istikhorah berpanjangan untuk mendapat petunjukNya yang sohih.. dan ana redha.. ana harap kamu faham.. ini adalah keputusan dari Allah, bukan dari ana semata. Tidak ana mementingkan diri sendiri dengan mengenepikanNya. Siapalah ana untuk melawan taqdir?"

Yusuf Fakrullah, pernah menjadi orang yang sangat mencuri perhatian Jannah Rafidah ketika di zaman persekolahan, namun kalau sudah bukan jodoh, tetap tidak akan bersatu. Jannah Rafidah kini sudah menjadi isteri kepada Muhammad Hafiz Khusyairi, seorang guru besar di sebuah sekolah agama. Bukan humaira tidak tahu, sahabat baiknya itu amat sukakan kemerduan suara Fakrullah mengalun ayat-ayat suci Al-Quran,ringan tulang dan sangat menghormati orang tua. Sebab itu dia disenangi penduduk kampung termasuklah abahnya sendiri. Hatinya bersyukur tatkala memberikan jawapan kepada abahnya tempohari, abah memahami dan menerima dengan redha.
 " abah terima keputusan akak...insyaallah akan abah sampaikan pada pakcik ahmad dan makcik rubiah , abah doakan moga puteri abah ini bertemu jodoh yang baik-baik."


Ya Allah, banyak sekali impianku,
namun dosa yang menggunung membuatkan hamba malu bermohon padaMU,
Ya robb...
Engkau amat suka hambaMu yang berdoa padaMu
hamba akan terus memohon padaMu,
moga Engkau meredhai impianku
sebagai perancangan yang telah Engkau taqdirkan untukku
dan moga hamba sentiasa redha
dengan suratanMu
walaupun ia bercanggah dari keinginan hamba,
kerana Engkau yang mencipta diriku,
pasti Engkau lebih tahu YANG TERBAIK buatku.

******************************************************************************
******************************************************************************
******************************************************************************


Bunyi lagu nur kasih dari telefon bimbit humaira sedikit menyentak ingatannya pada kisah tiga tahun lalu, waktu menginjak kedewasaan,zaman study-nya. Tertera nama kak anisah, kakak angkatnya. Hatinya berdebar.
Humaira tahu apa yang diinginkan kakak angkatnya itu.
Humaira menjawab panggilan.
"assalamualaikum kak.."
"walaikumsalam maira. sihat?"

“alhamdulillah kak, ana sihat ja.. baby dan mumy baby sihat ka?”
“hihi..pandai kamu melawak..Alhamdulillah sihat semuanya.. khabar amirul tak mau tanya?”

sedikit terkelu humaira mendengar nama amirul.
"Errr, ya, amirul sihat kak?"
"Alhamdulillah, semua baik-baik saja..humaira, macam mana dengan lamaran akak hari tu? akak tunggu mesej maira tapi dekat sebulan maira tak mesej akak...sibuk dengan kerja ya.."
"dusshhh,,,straight to the point ja soalan kak anis ni.. aduhh mahu jawab bagaimana ya..." monolog humaira dalam hati. Patutlah saat dia ziarah ke rumah kak anisah, dia sungguh tidak selesa dengan pandangan Amirul. Rupa-rupanya ada ‘udang disebalik mee’
"maira?? ai senyap ja? belum ada jawapan lagi ka? tak baik biar orang menanti tau... dijanjinya 2 minggu nak bagi jawapan, ni dekat
sebulan dah maira, due date akak 2 bulan lagi tau.. karang tak dapat tengok maira  menikah.hihi"
anisah berseloroh.
"hish akak ni, kesitu pula..urm..insyaallah, ana dah bersedia memberikan jawapan..ana minta maaf lewat memberikan jawapannya akak."
"Ya Allah, berilah hambaMu ini kekuatan" bisik humaira
"akak, sebenarnya ana sudah pun membuat keputusan dalam tempoh 2 minggu yang ana minta, cuma ana tak sampai hati nak
meluahkan pada akak.. ana harap, apa pun keputusan yang akan ana bagitahu ini, kita semua akan sama-sama redha..insyaallah.."

"hish...berdebar lah pula hati akak ni maira, mcm akak mula2 di-ijabkabul dulu..hihi..ok, apa keputusan maira? insyaallah akak
terima seadanya."
hati maira berbisik lagi "ceria ja kak anis ni, padahal..dia akan dimadukan...hati aku pula yang gundah memikirkan jawapan lamaran yang mau diberikan.. moga-moga dia boleh terima".
"kak anis..akak memang seorang yang kuat hati...beruntung amirul mempunyai isteri seperti akak, akak baik sangat..ana faham niat
akak untuk menjadikan ana sebahagian ahli keluarga akak sangat murni, akak sanggup melamar ana untuk suami akak sendiri, Amirul.
Cuma, ana minta maaf kerana ana tidak mampu untuk menjadi isteri kedua amirul. Akak dan amirul, sudah ana anggap seperti abang dan kakak ana sendiri..tidak mungkin perasaan itu berubah kak, hormatnya ana pada kalian, seperti saudara sendiri, sayangnya ana pada kalian, seperti darah daging sendiri. Anak-anak akak, dah macam adik2 ana sendiri, ana tidak mampu menunaikan
hasrat akak...ana minta maaf kak.."
Kedengaran keluhan halus dihujung talian sana...”Humaira sudah fikirkan masak-masak?"
“Ya kak...”
“ tak mengapalah maira,bukan senang juga bagi maira yang masih bujang untuk
hidup bermadu. Akak lah orang paling bahagia andai maira terima amirul.namun akak juga hormati keputusan kamu itu..
insyaallah, akak akan sampaikan pada amirul nanti.."

sebak humaira mendengar jawapan pasrah kakak angkatnya itu.
"kak,ana tak mampu, ana tak kuat macam akak.. ana harap,
kita masih boleh jadi macam dulu-dulu kan.. macam keluarga...."

"hish.. takkan lah sebab maira tolak lamaran amirul,kita jadi bermusuhan. akak terima seadanya. mungkin bukan jodoh kamu dengan
amirul.siapalah akak untuk melawan taqdirNya.. semoga kamu mendapat jodoh yang terbaik buat kamu."
"insyaallah kak.. terima kasih kerana memahami dan menerima keputusan ana.."
"ya... bila-bila senang, jenguk-jenguk lah akak ya.. baby akak ni insyaallah perempuan, kalau maira nak letak nama apa ya??"
"ohh.. akak belum pilih nama lagi ka... abi-nya kan ada?"

"dulu masa anak pertama, abi-nya dah bagi nama, kali ini, umi-nya lah pula, ada cadangan tak maira?"
"urm... apa ya ... nur ain insyirah? ok tak kak?"
"sedap juga nama tu...nanti akak tanya pendapat mirul.akak kena letak fone ni, nak mandikan najwa..insyaallah nanti kita bual
lagi ya, assalamualaikum."
******************************************************************************

Semilir angin petang menyapa lembut wajah humaira. Sudah dua hari dia tiba di bumi Perlis ini. Bercuti sambil menziarahi keluarga angkat yang amat dirinduinya. Bertemu abah dan ibu, juga sahabat sejati, Ummu Faridah.
Terasa damai jiwanya seketika, meninggalkan hiruk pikuk kota yang tak pernah lekang dari kunjungan jutaan manusia.
Sengaja dia memandu sendirian pergi ke sawah padi nan menghijau. tidak jauh dari rumah abah dan ibu. Ingin mencuri sedikit ketenangan dengan melihat kehijauan  yang manjadi hamparan bumi. melihat burung yang berkicau beterbangan bebas, tiada gangguan, di latari dengan gunung-ganang yang menjadi tempat persembunyian si mata hari memberi keredupan suasana.
Sawah padi yang beralun mengikut sapaan angin seolah mengajaknya menyanyi lagu zikir, memuji kebesaran Allah.
Sungguh indah!

bunyi mesej dari telefon bimbitnya , tertera nama Ummu Faridah,
"salam. enti ada di mana tu?"
segera humaira membalas.
"di sawah padi. awat enti?"
Ummu Fridah memang sedia maklum, sahabatnya itu gemar melihat sawah padi. Hingga pernah di usiknya Humaira agar mencari calon orang utara. Humaira hanya tersenyum.
"ish ish... patutlah tiba-tiba hilang, ibu suruh balik, makan goreng pisang panas dengan ayaq teh yang enti suka tu,"
" teh starawberi ka? bestnya.. insyaallah, tapi bagi ana 20 minit ea, nak dating dengan sawah padi sat..hihi"
lucu Ummu Faridah membaca mesej sahabatnya itu.Tersengih.

******************************************************************************

Sebelum humaira melelapkan matanya, sempat dia mendengar Ummu Faridah mengingatkan tentang aktiviti mereka esok hari , untuk pergi ke USM bagi mengikuti Seminar Sahsiah  Dan Pemantapan Aqidah Muslim. Ummu Faridah masih ingat tatkala dia mengajak humaira ke program tersebut, sahabatnya itu sungguh exited kerana sudah lama tidak 'join' program sebegitu katanya.
"Esok kita akan gerak pagi, pukui 7.30.Program mula pukui 10 pagi sampai 5petang. Enti, penceramahnya mantop tau. Salah seorangnya mesti enti kenai, senior kita dulu masa study. Enti nak tau siapa dak?"
Senyap sunyi tanpa respond seperti yang Ummu faridah jangkakan dari humaira.
"...enti? dengaq dak? cuba enti teka siapa?" Senyap lagi tiada respond.
"..takkan dah tidoq kot?" Ummu faridah menggumam.
Ummu Faridah bangkit untuk menjengah ke katil atas pembaringan Humaira. Dia tidur di bahagian bawah katil dua tingkat itu.
"looorrrr.... tidoq dah.. patut la senyap saja..letih sangat agaknya." Ummu Faridah bercakap sendiri. Dia memperbetulkan selimut humaira  sebelum kembali ke perbaringannya.

Bersambung...
******************************************************************************

Saturday, June 4, 2011

.:Salam Sejahtera:.

Nilai, 2Rejab10.53pm


Assalamualaikum Wbt.


Menemui pengembara dan pembaca blog sekalian, moga kita semua berada dalam rahmatNya.
Kekok benar rasanya ketika jemari menyusun langkah tari pada keypad notebook ini ( macam kenai ja ayat ini). Mungkin kerana sudah lama tidak menaip panjang sambil melontar kata yang datang dari sanubari milik ilahi.


Alhamdulillah, syukur tidak terhingga pada hari ini, Allah memberikan kesempatan dan ruang waktu untuk ana mencoretkan sesuatu dalam ziarah ana ke teratak KALAM JIWA HAMBA ini. Ramai juga sahabat bertanyakan bila mahu muncul semula untuk update blog ini. Ana sekadar mampu mengatakan "Insyaallah". Segala apa yang ada pada kita adalah milikNya, begitu juga dengan 'kelapangan waktu', Dia yang memberi. :)


Kepada adik-adik @ sahabat maya yang mengikuti kisah cerpen ana yang tidak seberapa dalam Nur Kasih Humaira dan asyik bertanyakan sambungannya, Insyaallah, dalam minggu hadapan ana bawakan sambungannya. Ada di dalam simpanan memory laptop yang satu lagi nun di sana. Moga Allah izin pengeposannya di dalam entry akan datang.


Lamanya ana tidak berkunjung ke teratak kalam jiwa hamba ini tidak bermakna ana melupakan teratak ini. Banyak perkara yang ingin ana kongsikan bersama sahabat maya yang sudi berkunjung ke sini, moga Allah izinkan niat ana yang satu itu, Insyaallah.


'Kehidupan baru' yang Allah berikan kepada ana di sini ,  merupakan satu 'chapter' yang sangat mencabar . Ana mengharapkan doa sahabat sekalian agar terus istiqamah dalam haluan ini. Ya Allah, bantulah hamba..


Salam perjuangan.
Assalamualaikum
^_^

.::Cinta Agung::.


********************

Aku tahu Engkau Tuhanku
Adalah cinta agung
Akupun mahu mencintai-Mu
Aku tahu mencintai-Mu amat perlu
Dia kemuncak daripada
segala kebahagiaan
Aku berusaha kearah itu
Tapi cintaku pada-Mu Tuhan
selalu terganggu
Oh banyak..yang datang menganggu
Nafsuku dan syaitan terkutuk
Dunia mempersona menggamit selalu
Diwaktu itu
Lupa ku pada Mu
Cintaku..jauh sekali
Sekali sekala
Datang juga
Walaupun sedikit
Terasa indahnya
Kemudian lupa lagi
Adakalanya lupa ku pada Mu berpanjangan sekali
Kemudian sekali sekala
sedar kembali Engkau Cinta Agung
Engkau patut dicintai
Selepas itu ku lupa lagi
Begitu cinta ku kepadamu Tuhan
dengan kelalaian silih berganti
Oh Tuhan…
Dengan hati yang sedih ini
Tolonglah aku dengan rahmat-Mu
Bantulah aku mencintai-Mu
agar cinta yang palsu
terbunuh sendiri
itulah harapanku
pada-Mu…

munsyid:mawaddah
********************