Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Thursday, May 27, 2010

Lapang Hati

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
Assalamualaikum Wbt...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, dengan izinNya, ana dan sahabat- sahabat lain berjaya menamatkan imtihan kami semalam (26.5.2010).... Rasa lapang sangat hati neh....
Terima Kasih Ya Allah kerana membantu kami sepanjang imtihan ini.

Pelbagai jenis ragam dan kerenah pelajar2 di hostel ni.... biasalah, nama pun imtihan, sedikit sebanyak pasti ada rasa tertekan , risau, takut dan macam2 lagi lah.... bagi ana, solat hajat adalah penawar paling mujarab bagi memohon ketenangan hati . namun ada juga ana lihat antara mereka-mereka  yang menjerit tengah malam, pasang lagu kuat2, ataupun jenis study sambil tengok movie... ada pula yang jenis study senyap a.k.a dalam keadaan yang penuh tenang tanpa sebarang bunyian... erm... macam2 ragam... semua ni pasti ana takkan dapat lihat lpas habis study...

Alhamdulillah, imtihan pun da habis. bekerja keras, iringi doa dan tawakkal... moga Result nanti menjadi 'penyejuk mata' ana, penyenang hati keluarga..amin....

Tiba masanya untuk pulang ke kampung halaman, merehatkan jiwa dan minda, merindui keluarga d sana....  bas ana malam ni pukul 8.15 dari kangar. semoga perjalanan nnti lancar dan selamat semuanya...
insyaallah, bertemu lagi sem hadapan ya.... pastinya lebih mencabar fizikal dan mental... memerlukan semangat yg tinggi...

Kepada kawan2, adik2 semua, selamat bercuti ya... jaga diri elok-elok...semoga kalian dalam peliharaanNya selalu...

**ingatlah...  Di mana- mana pun kita, kita membawa Islam, dan Islam adalah pakaian kita.... :) 





Wednesday, May 5, 2010

IMTIHAN ku




Assalamualaikum Wbt...


Segala puji bagi Allah, pemilik sekalian alam... Jadual exam dah keluar !
yang tak bestnya... ana tengok penyusunan jadual yang memg tak best... paper yg agak tough dijalankan 'straight' 3 hari berturut-turut.... 


SELASA
18/5/2010
COMPUTER ARCHITECTURE

RABU
19/5/2010
SERVER MANAGEMENT

KHAMIS
20/5/2010
SWITCHING &ROUTING

RABU
26/5/2010
CYCBERPRENEURSHIP


Ya Rabb.... permudahkanlah urusan kami.....
caiyyok3 wahai diri !!
>> seandainya bonda ada lagi... pasti bonda akan busy menelefon memberi kata2 semangat.... :( namun bonda jgn risau,walaupun dirimu tiada d sisi... Insyaallah, segala harapan bonda untuk melihat anakanda berjaya d sini akan anakanda usahakan sehabis mampu... bonda... ana merinduimu......  
**********************************************************************************
Ana nak share sebuah puisi yang duduknya di dalam sebuah folder dalam  partition 'D' dalam pc ni... ^-^
ana tak pasti dapat dari sumber mana... sbb banyak sumber yang dibaca dari internet... ataupun mungkin juga ana dapat dari shere folder  sahabat-sahabat...
Sekadar peringatan untuk diri ana yang sering lemah, dan untuk kawan2 juga... selamat membaca.. ^_^


Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku...


Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan
siap aku di depan Tuhan ku...


Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku...


Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berlegar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku...


Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siap aku di depan Tuhan ku...


kini aku menjadi tertanya-tanya 
sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing pada mentari dan juga bintang-bintang...

Sunday, May 2, 2010

Tanda-tandanya Sudah Ada! Bersediakah Aku???




HAMPIRNYA HARI KIAMAT .....
Meski ia adalah Rahsia Allah, pelbagai tanda-tandanya telah diperlihatkan bagi mereka-mereka yang mahu berfikir.
Bagi yang tidak mahu berfikir, akan teruslah dengan kelalaian menikmati keindahan dan kenikmatan dunia fatamorgana.
Sedarlah ! Bumi semakin tua, masa yang berlalu tidak akan kembali lagi!
Gunakan kesempatan yang masih diberi, moga kita takkan menyesal.
Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan yang beriman dan yang beramal Soleh.
Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, melainkan nasihat kepada kebenaran dan kesabaran.
Ingatlah kesempatan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara iaitu
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati...

apakah Hari Kiamat itu?

hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan Bumi dan kebangkitan semula. Kiamat berasal dari perkataan Bahasa Arab iaitu قيام yang bermaksud bangkit atau bangun. Ia merupakan satu kepercayaan dalam agama Ibrahim, termasuk Yahudi, Kristian dan Islam.

-dipetik dari WikiMelayu-

Antara nama-namanya yang disebut dalam Al Quran termasuklah :

Rumi (transliterasi)

Arab

Terjemahan

Yawm al-Qiyāma

يوم القيامة

Hari kebangkitan

al-Sā'a

الساعة

Waktu

Yawm al-Akhīr

يوم الآخر

Hari Akhir

Yawm al-Dīn

يوم الدين

Hari akhir (agama)

Yawm al-Fal

يوم الفصل

Hari keputusan

Yawm al-isāb

يوم الحساب

Hari perhitungan

Yawm al-Fat

يوم الفتح

Hari pengadilan

Yawm al-Talāq

يوم التلاق

Hari perpisahan

Yawm al-Jam'(i)

يوم الجمع

Hari pengumpulan

Yawm al-Khulūd

يوم الخلود

Hari kekekalan

Yawm al-Khurūj

يوم الخروج

Hari Keluar

Yawm al-Ba'th

يوم البعث

Hari Kebangkitan

Yawm al-asra

يوم الحسرة

Hari penyesalan

Yawm al-Tanād

يوم التناد

Hari pemanggilan

Yawm al-Āzifa

يوم الآزفة

Hari mendekat

Yawm al-Taghābun

يوم التغابن

Hari terbukanya aib

Yawm al-Wa'īd

يوم الوعيد

Yawm al-Aīm

اليوم العظيم

Hari agung

al-Yawm al-Masyhūd

اليوم المشهود

Hari penyaksian

al-Qāri’a

القارعة

Bencana yang menggetarkan

al-Ghāsyia

الغاشية

Bencana yang tak tertahankan

al-ākhkha

الصاخة

Bencana yang memilukan

al-Tāmma al-Kubrā

الطامة الكبرى

Bencana yang melanda

al-āqqa

الحاقة

Kebenaran besar

al-Wāqi'a

الواقعة

Peristiwa besar


Antara tanda-tanda kehampirannya.......

1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." -Sahih Bukhari-

2. Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -Sahih Muslim-http://www.emocutez.com

3. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." -Abu Hurairah r.a-http://www.emocutez.com

4. Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian muzik dan penyanyi-penyanyi wanita" -Ibnu Majah-http://www.emocutez.com

5. Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" -Riwayat Nasai.-http://www.emocutez.com

6. Munculnya kekejian.
Memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga merupakan perbuatan yang tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, iaitu memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -Riwayat Ahmad dan Hakim-http://www.emocutez.com

7. Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." -Riwayat Ahmad-

8. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah duniaakan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani-http://www.emocutez.com

9. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -Riwayat Ahmad-

10. Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari Kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." -Riwayat Thabrani-

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" -Sahih Muslim-

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" -Riwayat Ahmad-http://www.emocutez.com

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari Kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai- sungai." -Sahih Muslim-

Sama-sama kita renungkan, beringat dan mempersiapkan diri selagi Allah masih memberi peluang dan ruang kehidupan ini......
http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

Wallaua’lam…