Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Wednesday, December 26, 2012

Walimah Nur Afiqah Mat Akhir

Assalamualaikum Wbt,

Hai semua :)

Hari ni ana just nak tulis entry untuk berkongsi kegembiraan buat sahabat tercinta yang telah menamatkan zaman kebujangannya pada 30 November 2012. Rasanya masih belum terlalu terlewat untuk mengucapkan..

Iqa masa majlis akad nikah dirumahnya, sungai petani, kedah.

SELAMAT PENGANTIN BARU !!
to
Encik Soleh : Zulkifli
Puan Solehah : Nur Afiqah

buat pasangan yang ana kira memang secocok sekali!!

Moga Allah Memberkati hingga ke akhirnya.. :)

Majlis perkahwinan sekitar sebelah pengantin perempuan berlangsung sangat meriah dalam suasana kesederhanaan. Pasangan mempelai memperkenaan persalinan rona ungu (macam review dalam majalah pengantin pula..hehe) dengan tudung warna sedondon.

Iqa dilahirkan kat Melaka tapi dibesarkan di sungai petani, Kedah.
Zauj dia pula kalu tak silap orang batang kali selangor.

Kat bawah ni ada sedikit majlis resepsi sebelah lelaki yang tak sempat ana hadiri di selangor haritu..



comelnya kawan kita ni. :)

outdoor shooting ^_^

bagai pinang dibelah-belah  ^_^
Apa pun ana doakan yang terbaik untuk si manis iqa dan encik suami.. ^_^

Barakallah!
May Allah Bless.

salam bahagia~aisyah



Rasulullah Saw bersabda kepada Ali Ra: "Wahai Ali, ada tiga perkara yang janganlah kamu tunda-tunda pelaksanaannya, iaitu solat apabila tiba waktunya, jenazah bila sudah siap penguburannya, dan wanita (gadis atau janda) bila menemukan laki-laki sepadan yang meminangnya. " (HR. Ahmad)


Tuesday, December 25, 2012

MERLIN MAGIC??

Assalamualaikum Wbt,


Hai semua,
Ni nak tanya, korang sume pernah tengok cerita  MERLIN tak?? tak kira lah kat astro ataupun TV3.
Seriously, dari yang asalnya dari sebuah novel, manjadi drama bersiri pula..

Adik ana, azam pun suka sangat tengok Merlin ni .. hari ni masa ana wat blogWalking, tetiba terbaca 1 entry tentang si Merlin neh. Menarik pula untuk ana kongsi bersama pembaca maya sekalian (ehh.. ada ke orang baca belog ana neh? hehe..takpa, niat berkongsi saja..) Actually, entri dia agak panjang la.. kena banyak bersabar dalam memulakan pembacaan yer.. credit to penulis blog ammar..

Alkisah bermula si misteri Merlin..



Mungkin satu kebetulan yang dirancang oleh Allah SWT, satu manuskrip lama telah ditemui dan dihimpun didalam teks Inggeris kuno dengan judul The Didot Perceval Anon yang ditulis pada kurun ke-14. Teks ini dipercayai sebagai teks awal yang menjelaskan kisah manusia misteri yang wataknya hampir sama dengan penampilan Dajjal.

Teks-teks lama ini jelas menceritakan mengenai Dajjal yang lahir tanpa bapa, hasil pencatuman benih manusia dengan syaitan, dikenali sebagai anak istimewa, kekal muda, panjang usianya, mempengaruhi sejarah tamadun bangsa Eropah, pembina binaan misteri, seorang dukun agung, bersembunyi di dimensi hibernasi dan akhirmya dikatakan akan kembali untuk memerintah dunia di penghujung zaman. Berikut ditemui kata-kata manusia misteri itu yang tercatat di dalam The Didot Perceval Anon :

“Oleh kerana saya tidak dikenali, maka saya akan tetap kekal begini, biarlah sejarah mencatatkan sedemikian dan saya tetap di dalam dunia misteri di mana saya tidak akan menampilkan diri.”
Siapakah manusia misteri ini? Watak lelaki misteri ini terpahat di dalam hampir semua lagenda Eropah namun tidak ramai yang mengenalinya. Ya, dialah Merlin The Shaman.

“Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dia dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang, tampil di dunia dan memukau setiap manusia dengan kemahiran magik dan kedukunannya. Kemudian dia dapat mengubah arah perjalanan dunia sebelum dia pergi ke suatu tempat yang jauh tetapi mesej suaranya masih dapat didengari kita.”

Dari mana perkataan ini diperolehi? Susunan ayatnya amat sesuai dengan watak Dajjal. Teks diatas ini dipetik dari teks Inggeris lama yang ditulis pada abad ke-14. Apakah mungkin ia satu kebetulan? Mustahil. Apakah ada alasan lain untuk menghuraikannya? Ketika dunia Islam sibuk mencari Dajjal yang bertubuh besar dan bermata satu, apakah mungkin dia tampil dengan bentuk penyamaran yang mengubah fizikal tubuh dan wajahnya melalui kuasa sihir dan kesaktiannya? Dajjal lahir menerusi pencatuman benih antara manusia dan syaitan.{1} Oleh itu, untuk mengubah penampilannya adalah sesuatu yang tidak mustahil. Dia dapat melakukan penyamaran seperti iblis dan jin yang diberi kuasa untuk merubah bentuk menjadi orang tua, wanita dan budak kecil. Sesuai dengan satu hadith Nabi SAW menyebut bahawa “makhluk halus ini boleh menyerupai apa sahaja tetapi tidak menakutkan.”

John Matthews dalam tulisannya, Merlin : Sharman, Prophet, Magician mengatakan :
“Merlin sungguh mewarisi tradisi purba dan merupakan anak yang istimewa. Di dalam senarai perkara yang dinyatakan, dia dilahirkan dengan pencatuman benih dari alam dunia dan langit, dibesarkan secara rahsia, memiliki keupayaan untuk mengalahkan segala cabaran yang mendatang,”Merlin a.k.a Dajjal ??

Merlin dikatakan bertanggungjawap mendirikan bongkah-bongkah batu Stonehenge, guru kepada King Athur dan perencana zaman keemasan England dan turut merencana kebangkitan rakyat Anglo-Saxon. Dia seolah-olah memuliakan satu bangsa yang hina. Dia dikenali sebagai seorang tua yang hidup dengan penuh magik dan sakti. Ada ketikanya dia diangkat menjadi prophet di kalangan mereka. Watak Merlin mempunyai pengaruh yang besar di dalam sejarah konspirasi zaman baru atau apa yang dikenali sebagai New World dan New Age; ia saling berhubungan. Dia memilih Britain sebagai tapak pelancaran sebuah ‘penipuan agung’.
jangan tengok lama-lama. Seram sejuk nanti!

Kisah Merlin sememangnya membayangi sejarah Britain. Sejarah hidup Merlin dipenuhi dengan misteri. Jika ada yang mengatakan bahawa ia (kisah Merlin) hanya sekadar epik Britain, ketahuilah, bahawa terdapat bukti nyata bahawa merlin ini hidup dan bergaul dengan manusia.

Kira-kira ratusan teks dan karya mengenai riwayat hidupnya ditulis untuk membuktikan bahawa Merlin benar-benar wujud.

Merlin dan King Arthur
Merlin, tukang sihir dan penasihat kepada King Arthur digambarkan sebagai seorang tua berambut panjang, berjanggut dan bermisai. Ciri ini sama seperti gambaran Quetzalcoatl dan Jesus. Merlin yang dikatakan pandai menggunakan sihir, juga dikatakan sebagai guru atau mentor kepada King Arthur.
Ketika zaman pemerintahan King Arthur, England dikatakan berada di puncak kegemilangan. King Arthur, pedang Excalibur, the Round Table, Lancelot dan Guinevere bukan sekadar epik England tetapi adalah hikayat sejarah yang dikenali umum.

Perincian Karekter Merlin
Dalam satu karya Powys, John Cowper, bertajuk The Merlin of Porius, dinyatakan bahawa Merlin adalah seorang manusia yang huge dan slow earth-man.
“Merlin dari Porius adalah sebahagian manusia dan sebahagian tuhan, bertubuh besar, berjalan dengan amat perlahan dan menggemari kehijauan hutan dan bukit adalah karekter Merlin pada suatu ketika dahulu, dia mengabdikan dirinya untuk mendirikan zaman keemasan untuk menyiapkan kemunculan kembali ke bumi, zaman Satum/Cromos, di mana tuhan merestuinya sebagai avatar yang sebenar.”
Saiz tubuh Merlin yang besar dari saiz manusia biasa disebut di dalam petikan di atas seolah-olah merujuk kepada kata Tamim ad-Dari ; Dajjal seperti gergasi, cekap menangkap isyarat kata, cepat menyampaikan ilmu, luas kefahamannya, dan tidak sabar di dalam urusan dunia. Oleh kerana itu, huraian di atas amat sesuai dengan apa yang disebutkan oleh Tamim ad-Dari.
Berdasarkan kod-kod yang ditinggalkan (pada binaan-binaan), Merlin juga memberi mesej bahawa dia akan kembali di akhir zaman.

Merlin Akan Muncul di Akhir Zaman
Sheikh Imran Nazar Hosein, penulis buku Jerusalem In The Quran pernah mengatakan bahawa di negara inilah (Britain) Dajjal akan menebarkan penipuannya. benarlah kata-katanya bahawa di sinilah Dajjal akan memulakan perancangan kemunculannya (di akhir zaman).
“Nabi Muhammad SAW telah mengingatkan kita tentang perlepasan Dajjal sewaktu hayat baginda. Baginda meneruskan dengan berkata apabila Dajjal dibebaskan ke dunia ini, dia akan hidup di muka bumi ini selama 40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti semunggu dan hari-hari seterusnya seperti hari-hari kita."

Analisis yang terkandung di dalam buku ini memberi hujah bahawa, apabila Dajjal berada pada hari yang seperti setahun, British merupakan tanah jajahannya. Dan apabila Dajjal berada pada hari yang seperti sebulan, Amerika Syarikat menjadi tanah pemerintahannya. Dan akhirnya apabila Dajjal berada pada hari yang seperti seminggu, dia pergi balik semula ke tanah suci Israel.”

John Matthews dalam Merlin Sharman, Prophet Magician pula menyebut ;
“Merlin tidak akan mati bahkan dia tidak akan menzahirkan dirinya yang sebenar dan hanya akan muncul pada akhir zaman…”{3}

Bacalah dengan hati yang terang. Kisah Merlin bukanlah sebuah epik dan bukan dogma atau propaganda Barat. Ia adalah sebuah sejarah aneh yang telah tertulis. Lipatan sejarah silam ini mengesahkan bahawa Merlin memang pernah hidup hidup bersama bangsa Eropah dan kemudian pergi tetapi tidak disebut sebagai sebagai mati. Kini, dia dinantikan sebagai raja yang akan kembali ke dunia. Kajilah sejarah kejatuhan pemerintahan khalifah Turki Uthmaniyah dan pembinaan negara Zionis.

Wallahu'lam.

baca dengan hati,
nilai dengan ilmu.

Dari Buraidah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidakkah engkau semua suka saya beritahu perihal Dajjal,yaitu yang belum pernah diberitahukan oleh seseorang Nabipun kepada kaumnya. Sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah matanya dan sesungguhnya ia datang dengan sesuatu sebagai perumpamaan syurga dan neraka. Maka yang ia katakan bahwa itu adalah syurga, sebenarnya adalah neraka." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Mahu kupasan lebih lagi??? jom singgah ziarah kat blog bawah ni. Banyak ilmu boleh dapat. Click saja! perkongsian PERCUMA ^_^

Read more: http://cahayamukmin.blogspot.com/2010/06/hadith-tentang-dajjal.html#ixzz2G3txVpb5

salam bahagia ~aisyah

Tuesday, December 18, 2012

oppsss! HARI ISTIMEWA ~:@

Assalamualaikum Wbt..


bushhhhh...bushhhh...bushhhh!!

ERK !!! bersawangnya blog ana nehhhhh!!

Rindu menggebunyaa nak menulis semulaaa! Allah....

Insyaallah , dengan izin Allah beri, moga ana bole terus menulis, dan mencoret sesuatu yang bermanfaat pada dinding belog ana ini.. Kalau tak dapat banyak, sedikit pun jadilah..
Insyaallah!  (wahh..azam baru gittew).


18 DISEMBER 2012

Hari ini hari kelahiran abah terchenta hati ana..

SELAMAT HARI LAHIR ABAH!!!
MOGA ALLAH MEMBERKATI USIAMU
DAN DIMURAHKAN REZEKIMU..
SAYANG ABAH ^_^

Sedikit mengenai abah terchenta :

~sangat bertanggungjawab
~penyayang
~sentiasa ambil berat
~**tak garang

ehh, kenapa pulaa ada tanda * kat statement terakhir tu?? sebab.. hehe.. selalunya kalau isi borang- borang , yang tanda * tu means wajib isi @ terms and condition apply kan?? 
tapi kat sini membawa maksud abah memang tak garang..tapi tegas :D
itulah abah ana.. :)

Sekian dahulu untuk coretan pertama selepas menyembunyi idea terperam beberapa bulan lamanya..

dengan ini, ana ingin mengisytiharkan kepada teratak virtual ana, I'm BACK MY DEAR!

salam bahagia~ aisyah