Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Wednesday, November 2, 2011

::Qiblatku Kaabah::


"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?"

"Oh.... itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah"

"Baitullah tu apa?" ...

"Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah"

"Allah ada dalam tu?"

"Tak....."

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?"

"Yang saya sembah bukannya bangunan tu.."

"Kamu sembah apa?"

"Saya sembah Allah swt"

"Jadi, kenapa sembah bangunan tu?"

"Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah.."

"Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la.."

"Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?"

"Pernah...... selalu.."

"Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?"

"Tengok perlawanan bola la.."

"Di mana?"

"Dalam tv la.."

"Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.."

"Memanglah tak ada.. tapi  gambarnya ada.."

"Buka-lah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."

"So..?"

"Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?"

"Tak.. aku tengok perlawanan bola la melaui tv tu.."

"Peliknya.."

"Sebab apa pulak pelik?"

"Ya la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat.."

"Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya.."

"Hurm.. jadi tak peliklah ni..?"

"Ya.. tak pelik.."

"Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah.."




DAN APABILA DIKATAKAN KEPADA MEREKA, "SUJUDLAH KEPADA YANG MAHA PENGASIH", MEREKA MENJAWAB, "SIAPAKAH YANG MAHA PENGASIH ITU? APAKAH KAMI HARUS SUJUD KEPADA ALLAH YANG ENGKAU  (MUHAMMAD) PERINTAHKAN KEPADA KAMI (BERSUJUD KEPADANYA)?" DAN MEREKA MAKIN JAUH LARI (DARI KEBENARAN). [AL FURQAN:60]

Tuesday, November 1, 2011

::Jika Terakhir Buatku::

Assalamualaikum..:)

Selamat pagi kawan-kawan...harini ana sekadar nak share sebuah lirik yang sangat best... mengingatkan pada kematian yang pada bila-bila saja boleh datang menjemput... =.=


Oh Tuhan..
Hamba-Mu ini kekeliruan..
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu..

Oh Tuhan..

Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering airmataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi

Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas..
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan

Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanMu
Hadirkan damai
Sebelum di hujung nafasku...

Oh Tuhan

Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku meniti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi
Janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan..

Rahmat kasihMu Tuhan

Ampunan-Mu ku damba..
 
 
Album : Nota Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

Lagu : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Lirik : Putra Aiman & Mustaqim (Hijjaz Records Publishing)
Penerbit : Munif Ahmad
Muzik : Eddie Slam
Gitar : Eddie Marzuki
Vokal : Saujana
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn Bhd

Monday, October 31, 2011

.::Bingkisan Rindu::.

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dengan keizinanNya jua dapatlah ana menjejak rindu pada kalam jiwa hamba ini. Sudah lama tidak mencoret "sesuatu" pada muka dinding teratak ini. Meski dalam kesibukan tugas seharian, niat tetap ada untuk meng'update' blog ini, cuma keizinanNya atas Allah jua. Moga DIA terus memberikan kekuatan dan rezeki untuk ketemu lagi.. ^_^ . Salam Rindu...

Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!

Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!

Hinalah mereka!,
Hinalah mereka yang bertudung labuh!,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh!.

Hinalah mereka!,
Bertudung labuh hipokrit!,
Bertudung labuh hodoh!,
Bertudung labuh ketinggalan zaman!.

Herdiklah mereka!,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah!,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri!,
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.

Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan!,
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama!.
Stereotapsi sana sini!,
Teruskanlah!, mereka hanya ikhlas kerana Allah!.

Mereka sanggup!, sanggup berpanasan!,
Dikala teriknya matahari!,
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram!.
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya!.

Perlilah mereka!,
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman!,
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!.

Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!.

Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia!.
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.

Hai mereka yang bertudung labuh,
Jagalah akhlak mu! jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
Janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.

Hai mereka yang bertudung labuh!
Islam itu datangnya asing!,
Kembalinya pun asing!,
Beruntunglah kau saat kau diasingkan!,
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga!

Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!,
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia!.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji....

Thursday, September 22, 2011

.::Nota Kehidupan::.

21/9/2011-selasa

Hari ni doctor bagi mc lagi.. 1 hari... meminta supaya aku berehat a.k.a merehatkan diri... Allah... tiba-tiba sahaja bangkit pagi mendapat sakit kepala n bisa urat..
*****************************************************
16/9/2011-jumaat

Hari ini depa kata hari 1 Malaysia..yang bestnya hari ini "bos bagi cuti"..... Alhamdulillah... bolela aku merehatkan diri n berjalan-jalan bersama sahabat tersayang.. :) ~ rafidah. Beliau nak balik kajang ( ke rumah kakaknya sebab bondanya baru sampai dari batu pahat). Di petang yang hening, aku mengajak sahabat ke pasar malam berhampiran . Aku bagi tahu pada sahabat tu.. mengidam ayam gunting .. ^_^ sesampainya di sana, kami disergah oleh seorang rijal, tiba2 sahaja menyebut " assalamualaikum ya ****ah !! ana Fahrin!! ?" - terus sahaja beliau menyanyi lagu ayat-ayat cinta. Terkejut a.k.a  tergamam sesaat kami di situ sebelum berlalu dengan berkerut2 muka sambil menahan bunga tawa.. " Eh fidah, macm mana org tadi tahu nama ana?"
sahabat menjawab sambil krenyih " entahlah..tapi mcm kenai rijal tuu.. tapi tak tahu lah pula namanya fahrin ka apa.. ". kami biarkan persoalan itu berlalu sebelum aku dapat menyelesaikan teka teki tersebut dan memberitahu sahabatku.. hihi..
Magrib kian menghampir.. guruh mula kedengaran.. kilat melintas-lintas di awan gelap, angin bertiup agak kuat.. sahabatku yang mengidam char kue tiaw singgah di satu gerai.. gerai terakhir... lalu meng-oder char kue tiaw kerang- harga RM3.. Sementara aku meminta diri untuk ke motor bagi menyusun barang dan memarkir berhampiran gerai tersebut... Dipendekkan cerita.. dalam perjalanan pulang.. TIBA-TIBA (suspen)..........................................................................................................................................................
!!!!!!!!!!bbbbbbaaaaaaaaaaaammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!??
Seketika dunia menjadi gelap dan mata terasa ingin lena.................................. selenanya..................................
~baru ganti~
motor da perbaik, Alhamdulillah
aku memejamkan mata...akal seolah tidak mampu untuk memikirkan yang lain...  namunn sayup-sayup terdengar jeritan suara perempuan memanggil nama... pada mulanya aku gagal mentafsir .. untuk memberi response juga tidak mampu.. mungkin kerana terkejut dek hentakan yg kuat.. tubuhku terasa digoncang kuat..aku mendengar suara ituu lagi mmgil namaku menyuruh bangun..bangunn... aku sedikit terkejut.. "eh.. suara fidah..." lalu merespond.. "ya... sedar..." aku membuka mata dengan perlahan-lahan bila mendengar suara orang ramai.."dikk... ok tak ni??? kaki mcm mana???tangan patah tak??? boleh bangun tak? boleh gerak tak??" soalan bertubi tak mampu aku jawab semua melainkan 1-2 soalan saja..  dalam keadaan sedikit pusing dan terpinga-pinga aku bertanyakan pd sahabat... "ada langgar apa-apa ka tadi??" sahabatku memberitahu, "tak langgar apa, jaket terbelit di roda, masuk rantai.." masyaallah.. patutlah...tiba-tiba hilang kawalan tadi... mujur tiada kenderaan lain di belakang... Alhamdulillah...
~hendle bengkok~
Char kue tiaw bertaburan di jalan... sekilas ku lihat ada serpihan kaca di jalan,, barangkali cermin motor pecah..biarlah.. aku tak mampu berfikir lebih lagi dalam keadaan tak stabil begitu..
Aku tidak sempat mengucap terima kasih pada insan yang mengangkat motorku ke tepi dan .. ku lihat  "hubbyku" KCN4249 tersadai di situ.. fidah kata..dia da ucap trima kasih kat oarang-orang yang tolong.. Alhamdulillah,,, Allah hadirkan insan-insan untuk bantu di saat musibah berlaku... syukur tak terhingga..
Seorang wanita india menawarkan untuk menghantar pulang ke rumah memandangkan kami 1 taman.. beliau meng-ofer utuk hantaq ke klinik namun kami menolak baik... kerana jika ke klinik, sudah tentulah solat magrib akan terabai begitu sahaja... dalam sisa waktu yang berbaki... dalam kepayahan kesakitan. solat yang wajib di tunaikan.. alhamdulillah masih sempat...
jaket sahabat~tinggal kenangan..
Allahhh.... ujian kesakitan mendatang.... aku dan sahabat menempuh dengan sabar... ku memandang wajah sahabat penuh kasihan.. dia juga mengalami luka-luka dan lebam-lebam...namun kegagahannya untuk menyedarkan aku di atas jalanraya itu, membuat hatiku lebih sayu...TERIMA KASIH SAHABATKU!!!! malam itu, Allah hadirkan lagi insan, siti zarina, sahabat lama yang studi di usim untuk menghantar kami ke klinik, namun klinik banyaknya yg tutup.. cuti 1 malaysia katakan... setelah meronda, Alhamdulillah, ada juga farmasi melayu-islam yang buka.., kami mndapatkan rawatan perubatan d situ.. pharmasist siap melawak lagi, katanya.. "tak mengapalah dik, hari ni kan 1 Malaysia.. adik akan ingat hari ni sepanjang idup adik.." aku dan sahabat hanya mampu tersenyum...
Kasihan sahabatku.. jaketnya terpaksa digunting2 utk memisahkannya dari rantai roda.. pakcikku, Mohamad Sufian, menjadi hero malam itu.. membawa pulang hubbyku yang tersadai di tepi jalan...
Luka yang ada, kami cuci sendiri... bisa-bisa semakin terasa.. Allah jua lah tempat bergantung harap menyembuh luka... Sesungguhnya ujian ini lebih mendekatkan hamba dengan Khaliqnya.. ujian, tanda Allah sayang, ujian tanda Allah kasih, ujian terselit hikmah, ujian menguji iman...

Sahabatku mengingatkan :

Antara sebab kenapa Allah uji kita dengan masalah atau musibah :
1- Menghapus dosa-dosa
2- Melihat martabat atau ketinggian iman seseorang
3- Allah tidak akan uji hambaNya bukan dengan kemampuannya (Al-Baqarah : 286)

Bersyukurlah jika anda yg terpilih..
 
Allah.. sejuk benar hati mendengar kata-kata sahabatku ini... Sungguh Engkau Ya Allah.. Maha Mengetahui atas setiap sesuatu di atas muka bumi ini... tiada daya seorang hamba melawan taqdir yang tersurat.. pasti mengiring hikmah... dan tersirat itu... hanyalah dalam pengetahuanMu... dengan "kun fa yakun.." jadilah, maka terjadilah...
*************************************************************************************************************
19/9/2011-isnin
Aku merenung gunting yang digunakan untuk menggunting jaket yang terselit di roda.. gunting merah inilah yang selalu aku gunakan untuk menjahit tudung... hajatku ingin mnjahit sehelai tudung malam ini walaupun tanganku masih belum pulih sepenuhnya...lenguh terasa..ku gagahkn jua untuk meneruskan niatku... aku memulakan ukuran dan menggunting bahagian yang tidak diperlukan..eh.. "gunting ini sudah tidak tajam lagi" bisikku... tak mengapalah.. gunting yang tumpul boleh dibeli... tapi nilai persahabatan yang Allah beri.. tak boleh dibeli... :)
 Musibah ini...akan memberi 1001 kenangan dalam kamus hidupku, dan sahabatku, rafidah...

Sekadar perkongsian...

Monday, September 12, 2011

.::InnaLillah::.

Assalamualaikum...

11 sept 11

Hari ini lena teasa panjang... hujan rahmat membasahi bumi nilai ini.. bangkit dari lena yang panjang lantas membaca doa :

اَلْحَمْدُ ِللهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَمَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
alhamdulillahil ladzi ahyana ba’da ma amatana wailaihin nusyur
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan aku kembali setelah mematikan aku dan kepada Allah akan bangkit

 Tersenyum panjang ana... bermimpi ketemu bonda yang sangat dirindui...Allah...... pastinya lebih indah andai waktu itu benar-benar hadir...

Lalu ana menjenguk pula ke muka handset untuk melihat waktu..ada mesej diterima, berita kembalinya ke Rahmatullah ayahanda kepada seorang sahabat. Dalam pukul 10 pagi pula ana mendapat 1 lagi berita kematian yang disampaikan oleh seorang sahibah, ayahanda tercinta kepada murabbi(ust Sharihan Shahidan) meniggal dunia. Entah mengapa sebak melanda diri..lalu airmata menitis.. jemari menggigil untuk 4ward kan mesej kepada sahabat dan sahibah yang lainnya.. ana sangat sensitif dengan berita 'kematian'. Moga Allah menempatkan allahyarham bersama para solohin..

Artikel di bawah ana selitkan sebagai simpanan kisah dalam Kalam Jiwa Hamba ini. ana copy dari blog seorang sahabat:

***********************************************************************************

TERKINI : Tragedi Van Pelajar MATRI dihempap pokok, 3 meninggal

Sunday, September 11, 2011


Keadaan Van yang dinaiki mereka selepas tragedi.


Keadaan Van setelah pihak bomba berjaya mengeluarkan kesemua mangsa-mangsa yang terlibat.

Pagi ini, saya menerima berita yang mengejutkan dari Utara Perlis. Tragedi kemalangan yang menyayat hati. Sebuah van yang memuatkan seramai 9 orang termasuk pelajar-pelajar Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) ranap teruk dihempap sebatang pokok di hadapan Kilang Gula Chuping pada jam 9.15 pagi tadi.

Menurut sumber berita, kesemua pelajar yang dibawa oleh Encik Shahidan Bin Ali yang merupakan pemandu van tersebut - dalam perjalanan ke kawasan tersebut untuk melakukan tugasan kajian tempatan anjuran pihak sekolah. Sumber Utusan Online.

Sedikit maklumat berkenaan mangsa-mangsa yang terlibat.

Senarai nama sahabat yang terlibat kemalangan:

1. Shahidan Bin Ali – Pemandu- Meninggal,
2. Muhd Izzat Bin Ismail -Tingkatan 5 - Meninggal,
3. Hazman Bakhtiar Bin Shahrizan - Tingkatan 2 - Meninggal,
4. Muhd Ahnaf Bin Anisoffian - Tingkatan 2, Cedera Parah.
5. Muhd Shauqi Bin Salahuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
6. Muhd Iqbal Bin Aminuddin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
7. Muhd Faris Mustaqim Bin Nazri - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
8. Muhd Zalfadhli Bin Rodi - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,
9. Omar Mokhtar Bon Shirin - Tingkatan 2 - Cedera Ringan,



Innalillahi wa’inna ilaihi raji’un. Saya mengucapkan takziah bagi keluarga mangsa, dan mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali-’Imran: 185)

Semoga musibah yang menimpa ini membuatkan kita kembali menginsafi bahawa setiap daripada kita dari Allah SWT dan kita akan kembali kepada-Nya.
credit to : http://brohamzah.blogspot.com
***********************************************************************************
p/s : kita semua pasti menyusul.... cuma tidak tahu bila Izrail datang menjemput... :(

Sunday, September 4, 2011

::Kembara Mardhatillah::

Dalam kelam aku bersujud
dalam airmata aku meminta
kepadaMu Tuhan aku berharap
berikanku haruman maghfirahMu
bantulah aku dalam menuju padaMu..
tiada daya aku tanpa izin dariMU..

Ya Allah...
aku tahu bukan mudah
untukku melawan hawa nafsu
indahnya dunia membutakan mata hati
lalu aku hanyut dalam realiti

hakikatnya...perlu aku mencari
sebuah mutiara di dasar iman
tidak akan aku perolehi
jika terusanku menodai
sekeping hati...

kembara ini perlukan  mujahadah
kembara ini perlukan istiqamah
justeru aku meminta padaMu Tuhan
Bantulah aku yang dalam pencarian

biar payah
biar susah
tetap aku melangkah
walau dalam duri mehnah...
demi kembara mardhatillah..

Sunday, August 21, 2011

LailatulQadr, Sahabat + Teh strawberry

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, harini telah genap 21 ramadhan... bersyukur kepadaNya kerana masih memberikan kita semua peluang untuk mengharungi bahtera Ramadhan yang penuh dengan barokah ini... nahh... dalam sedar mahupun tidak, kita sudah sampai ke 10 malam terakhir Ramadhan.. Ya Allah..terasa begitu cepat Ramadhan meninggalkan kita...


Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” 

Apa itu Lailatul qadr?

1. Malam Lailatul qadar adalah satu malam yang paling istimewa yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Ia merupakan satu malam yang penuh rahmat dan nikmat yang paling besar daripada Allah S.W.T.
 
2. Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam yang kesepuluh akhir bulan Ramadhan iaitu dengan mengerjakan sembahyang terawih, membaca Quran, berzikir dan sebagainya kerana sesungguhnya Allah S.W.T. akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam tersebut.
 
3. Lailatul Qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan dari-Nya.

4. Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah sahaja yang mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat dari kalangan hamba-hambanya yang dikehendakinya.
                                                                                                                              (source by:JAKIM)

Sebenarnya, ini meupakan kali pertama entri ana menggabungkan tiga perkara sekaligus untuk ana nukilkan di teratak kalam jiwa hamba ini... sekadar sedikit perkongsian buat diri ana sendiri juga pen-ziarah di sini.. :)

20 OGOS 2011

Ada apa dengan tarikh tu?
hari kelahiran sahabat tercinta Nur Farida Hanis bt Zabidi ..
Wahai sahabat, SELAMAT HARI LAHIR !!
Allah telah mentaqdirkan persahabatan ini terjalin atas satu ikatan mawaddah..
Ana sayang sahabat ana...
Terima kasih wahai enti kerana sudi menjadi sahabat ana..
Sehingga kini, ana masih tidak melupakan hidangan istimewa enti buat ana..
yaa... TEH STRAWBERRY... :)

ia sangat memberi ukiran memori terindah dalam hidup ana..
boleh kan enti bancuhkannya untuk ana lagi?  :)
Terima kasih Ya Allah kerana melahirkan dia untuk menjadi sahabat
kepada insan ini...
dia...
sahabat yang bukan sahaja mendampingi tika suka, malah tika duka juga berkongsi airmata..
Ya Allah, Engkau lanjutkanlah usia sahabatku ini dalam iman, limpahinya dengan rezeki yang halal, peliharanya dalam lembayung RahmatMu, dan hadirkan kekuatan untuk dia menempuh mehnah kehidupan dalam membawa agamaMu...
Wahai sahabatku,
Semoga ukhuwah yang terjalin keranaNya ini berkekalan hingga ke akhirnya...
bersahabat sehingga ke syurga...
uhibbukfillah...



sahabat...
dalam kabur.. tercari-cari cahaya
akhirnya... ku temui
sinar ceria di raut wajahmu..
andainya alam ini mampu berkata-kata
pastilah pujian buat dirimu..
di waktu itu aku lah yang bertuah
punya sahabat sepertimu..

Thursday, August 11, 2011

<::Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan::>



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua 

Assalamualaikum..

Alhamdulillah diberi kesempatan olehNya untuk singgah ke teratak kalam jiwa hamba ini..http://www.emocutez.com Belum terlambat rasanya untuk ana mengucapkan SALAM RAMADHAN kepada pegunjung yang sudi singgah di sini.
Syukur juga kehadrat Illahi kerana akhirnya dapatlah kita menjejakkan usia/ merasai lagi / berada dalam bulan yang pernuh berkat ini.. AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN... 
http://www.emocutez.com
Hari ini sudah  9 Ramadhan . Bagaimana Ramadhan kita pada tahun ini? Moga lebih baik dari tahun sebelumnya. Bulan Ramadhan juga digelar bulan PESTA IBADAH .... kerana segala amal kebaikan yamg kita lakukan pada bulan ini , pahalanya menjadi berlipat kali ganda... bulan lenturan nafsu dan hati. Teringat ana pada kata-kata seorang sahibah " bulan ramadhan merupakan madrasah untuk setiap orang mukmin yang beriman...pada bulan inilah  biasanya hatihttp://www.emocutez.com kita akan menjadi lembut, lebih lunak untuk mempertingkat ibadah... ringan badan nak melakukan solat-solat sunat, ringan tangan ambil Al Quran untuk baca, bersedeqah dan berinfaq, ringan lidah untuk sentiasa berzikir, ringan hati untuk sentiasa mengingatinya, ringan kaki melangkah ke masjid untuk solat tarawih, ringan mata untuk mengeluarkan airmata lantaran mengingati dosa dan kesusahan orang lain."

SUBHANALLAH! lihatlah betapa Allah itu MAHA KAYA, MAHA PEMURAH !

Manakala bagi orang-orang munafiq pula, mereka berasa sangat gelisah dengan kehadiran bulan ramadhanhttp://www.emocutez.com ini kerana tidak boleh makan dan minum , perlu tahan diri untuk merokok, perlu tahan diri dari melakukan maksiat, perlu bangun awal pagi untuk bersahur, itu semua amat menyusahkan bagi mereka! mereka tidak memandang BULAN RAMADHAN ini sebagai medan untuk LATIHAN dan  RAWATAN Hati, Iman juga Nafsu . Alangkah ruginya bagi orang-orang yang hanya membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja sedangkan di dalam bulan ini terdapat jutaan Rahmat Tuhan. Rebutlah sebelum terlambat . Tiada siapa yang tahu jika RAMADHAN ini adalah RAMADHAN terakhir buat kita...
http://www.emocutez.com

Apabila sebut mengenai solat tarawih, ana sangat sedih melihat satu suasana apabila ada lelaki-lelaki yang berkumpul diluar masjid dan menghisap rokok sebelum masuk untuk bersolat tarawih, bukan saja golongan pakcik-pakcik, malah, anak muda juga ada. Entah mengapa hati ana jadi sedih, hanya mampu mendoakan agar pintu hati mereka terbuka untuk berubah.

Sebelum menamatkan penulisan pada kali ini, ana ingin berkongsi sedikit mengenai kelebihan orang yang berpuasa dan membaca Alquran :
Abdullah Bin Umar RA meriwayatkan bahawa rasulullah SAW Bersabda:

"PUASA DAN ALQURAN AKAN MEMBERI SYAFAAT PADA HARI KIAMAT. KELAK PUASA AKAN BERKATA :
"TUHANKU,AKU TELAH MNEHALANGINYA RARIPADA MAKAN DAN MINUMDAN SYAHWAT DI SIANG HARI, MAKA BERILAH AKU KEIZINAN UNTUK MEMBERI SYAFAAT KEPADANYA."
MANAKALA ALQURAN PULA BERKATA:
"TUHANKU,AKU TELAH MENGHALANGNYA DARIPADA TIDUR DI MALAM HARI, BERILAH KEIZINAN PADAKU UNTUK MEMBERI SYAFAAT KEPADANYA."
MAKA ALLAH S.W.T MENERIMA SYAFAAT PUASA DAN ALQURAN LALU ORANG YANG EMPUNYA DIRI ITU DIMASUKKAN KE SYURGA ."

(HADITH RIWAYAT AHMAD &AT THABRANI)

Sunday, July 24, 2011

.: 8 Pesan Saidina Ali Bin Abi Talib ::.

1) Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyuk

2)Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

3) Tiada kebaikan bagi pembaca Al Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya

4) Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'.

5) Tiada kebaikan mengambil teman tenpa saling sayang-menyayangi

6) Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

7) Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi  keikhlasan

8) Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.

Saturday, July 23, 2011

.::HambaMu::.

Assalamualaikum.  Memenuhi permintaan seorang adik... :)

Friday, July 15, 2011

::Istikharah Cinta::

Assalamualaikum...

Sekadar ingin share vid ini... terima kasih kepada sahabatku, rafidah.. :)


Nur Kasih Humaira (Last Part) :)

Humaira dan Ummu Faridah mengenakan persalinan jubah hitam yang amat digemari mereka semenjak dahulu lagi. Mudah dikenakan dengan warna tudung yang sedondon mahupun warna yang lain. Ringkas, sederhana dan kemas. Imej muslimah tetap menjadi pilihan mereka, tidak kira sederas mana pun arus kemodenan mendatang yang semakin melenyapkan identiti seorang muslimah itu sendiri, dengan kemunculan pelbagai jenis fesyen terkini hingga mewujudkan istilah  'muslimah ranggi'. Biarlah orang hendak kata kolot, atau tidak up-to-date, mereka tetap selesa begitu.

Orang ramai mula memenuhi dewan . Humaira dan Ummu Faridah mengambil tempat duduk di bahagian yang terhadapan. Syukur masih ada yang kosong.
Sudah lazimnya mereka gemar duduk di bahagian hadapan agar lebih fokus mendengar penyampaian penceramah.
Ramai juga sahibah-sahibah yang datang yang mereka kenali kerana pernah mengikuti program bersama-sama. Ukhuwah yang terjalin masih mekar di hati meskipun masing-masing sudah bertebaran di muka bumi Allah dengan kehidupan masing-masing.

" enti, ana nak ke toilet sat.. enti tolong jaga beg ya." ujar humaira
"ok. ok. cepat sikit tau, kalau ikut tentatif ni, penceramah dah nak masuk dewan."
Selepas beberapa minit, Humaira kembali masuk ke dalam dewan. Mengambil tempat duduknya.
Ummu Faridah menyiku sahabatnya.

" enti, cuba tengok penceramah di hadapan itu. enti kenai dak yang tengah tu?"
Humaira megalih pandangannya sekilas kepada yang dimaksudkan sahabatnya. Dahinya berkerut cuba mengingat sesuatu. jantungnya berdebar tiba-tiba. Segera Humaira menunduk wajah.
"macam kenai...." humaira menjawab dalam perlahan ,nada berbisik .
" bukan 'macam kenai', memang kenai la.. itu kan senior kita masa study dulu,yang depa dok sebut-sebut imam muda tu..
Mujahid Ali Saifullah"
"ya..." ringkas humaira membalas kata sahabatnya. Hatinya menyebut satu nama... 'Allah...' mengapa dia berdebar, dia tidak tahu. Apakah ini satu ujian tuhan. 'Ya Allah, kuatkan hati hamba'.
"enti pernah admire dia juga kan?"
"err.. itu kisah lama. biasa-biasa ja sekarang."
"kalau dia melamar, enti terima dak?" Ummu Faridah menyakat.
"merapu ja enti ni.."
" enti agak-agak, dia dah kahwin belum?"
"ishh, banyak soal-lah enti ni. Majlis dah mula. Nanti-nanti ja ana jawab ,ok."

Kupasan demi kupasan yang diberikan oleh dua orang penceramah jemputan, di catat humaira dengan baik di dalam buku nota kesayangannya. Buku nota yang dibuatnya sendiri menggunakan bahan terpakai. dibawa kemana sahaja di dalam begnya untuk memudahkan dia menulis mahupun membaca kembali ilmu-ilmu  yang diperoleh melalui program-program yang disertainya, ceramah mahupun tazkirah yang didengarinya dari pelbagai sumber.
Lebih kurang jam 5.00 petang, program selesai.

Keluar sahaja dari dewan, Humaira bertembung dengan seorang sahibah yang ingin sangat ditemuinya. Anna Khaulah! Seorang pensyarah, penulis buku, dan penulis blog yang amat dikaguminya. Mereka sering berhubung di alam maya. Terasa sangat rapat walaupun tidak pernah bersua muka. itulah ukhuwah! Hanya gambar dan perbualan melalui sms,menjadi penghubung. Humaira merupakan pengunjung setia blognya , membaca hasil penulisan beliau banyak memberikan motivasi dan inspirasi kepadanya. Dia juga amat mengagumi wanita berniqob seperti Anna Khaulah. Sungguh, dia tertarik dengan akhlak beliau. Sungguh rendah hati dan lembut dalam berbicara.

Humaira lantas meluru kepada insan itu sambil menarik tangan Ummu Faridah .
"Assalamualaikum.... ustazah Khaulah, ana, humaira. "  Humaira berdiri di sisi Anna Khaulah.
" Ya Allah, Humaira, tak sangka jumpa kamu di sini."  mereka bersalaman mesra.
"Sudah berapa kali akak cakap, jangan panggil ustazah, paggil 'kakak' atau 'kak khaulah' saja." 
" hihi, ana faham, saja mengusik kak Khaulah."
"macam mana kamu boleh datang ke sini?" tanya Anna Khaulah.
"sebelum tu, ana perkenalkan, ini sahabat ana, Ummu Faridah. ana sedang bercuti sambil ziarah keluarga sahabat ana ni di perlis.
kebetulan ada program di USM. Sahabat ana ni yang mengajak ke mari. Tak sangka rezeki berjumpa kak khaulah."
" ya ka. Kalu macam tu, jemputlah datang ke rumah akak, kita makan-makan dahulu, boleh kenal dengan keluarga akak." Anna Khaulah mempelawa.
" tak mengapa kak, lagipun, kami sudah janji dengan ibu untuk balik hari ini. sebab esok, ana sudah nak balik ke KL. Insyaallah, lain kali ya kak."
" tak mengapa lah kalau macam tu, lainkali kalau datang Pulau Pinang, bagi tahu akak ya. Sekarang akak menetap di sini, mengikut zauj akak. Tapi keluarga akak masih ada di Kedah".
" oh ya ka.. indahnya percaturan Allah. Macam mimpi ja jumpa akak di sini..."
belum sempat humaira menghabiskan ayatnya, satu suara memanggil Anna Khaulah.
" kak khaulah,  abang Solihin sudah tunggu di kereta ." tiga pasang mata bertumpu kepada  satu suara.
Mujahid Ali Saifullah!
" Ya dik? dia tak pergi makan dahulu?"
" Adam sudah tidur, katanya tadi mahu terus balik. Telefon akak tak dapat."
"Masyaallah, akak 'silent' telefon tadi sejak dari dalam dewan."
 Humaira dan Ummu Faridah hanya mendengar saja patah bicara dua orang di hadapan mereka dengan  tanda tanya.
"oh ya, dik, ini kawan akak, humaira dan ini, faridah."
"humaira, faridah, ini adik akak, Mujahid Ali Saifullah."
Keduanya hanya menunduk sedikit tanda hormat.
"Ya Allah.. dia adik kak khaulah.... !" 


*************************************************************************************************************************************************
Bagaikan permata di celahan kaca
kerdipnya sukar untuk dibezakan
kepadamu tuhan, ku pasrah harapan,
moga tak tersalah pilihan
nur kasihmu mendamai di kalbu,
jernih setulus tadahan doaku
rahmati daku dan permintaan ku
untuk bertemu di dalam restu...
kurniakan, daku serikandi
penyejuk dimata,penawar di hati
di dunia dialah penyeri
di syurga menanti, dia bidadari
kekasih sejati , teman yang berbudi
kasihnya bukan keterpaksaan
bukan jua, kerana keduniaan
mekar hidup disiram nur kasih
Ya Allah kurniakanlah kami isteri dan zuriat yang soleh
sebagai penyejuk mata..
ditanganMu tuhan ku sandar impian,
penentu jodoh pertemuan                                                         
seandai dirinya tercipta untukku
relaku menjadi miliknya..


"enti, best kan lagu nur kasih ni.. lama dah album ni keluaq tapi tak jemu mendengar sampai sekarang" dendangan lagu-lagu nasyid di ikim.fm menjadi halwa telinga dua sahabat baik itu sepanjang perjalanan pulang ke perlis.
"best.. ana suka.. " tersenyum humaira. teringat kata-kata roomatenya, safiah semasa time study dulu apabila humaira menyatakan minatnya pada lagu ini.
*****************************************************************************************************************************
"eleaaa... akak tahu, kamu minat lagu ni sebab sama dengan nama kamu kan..ecece.."
"urm... mungkin...tapi lebih tepat, sebab teringat sangat kat abah dan  umi yang beri nama ana... hihi"
"kenapa pula teringat kat abah? bukan kah ini lagu doa, pengharapan kepada Allah untuk teman hidup yang soleh?"
"ya betul , cuma abah pernah bagi tahu, abah dan umi minat pada lagu ini . Tak terlintas ada bait lagu indah macam ini , ada iras nama ana, hihi."

#####################################################################
"abah, kenapa abah bubuh nama kakak Nur Kasih Humaira?"
abah tersenyum lebar . Angin sepoi bahasa mendamaikan suasana petang di kampung batu pahat.
Humaira bersama abahnya berehat di pangkin dibawah pokok yang redup selepas beriadah bermain badminton bersama-sama. Adik-adiknya pula bermain layang-layang di padang berhampiran rumah mereka.
"kenapa? kakak tak suka nama tu?" abah menyoal semula.
"eh suka sangat..saja nak tahu..boleh kan bah"
wajah tua abah dihiasi segaris senyuman.
" 'nur' bermaksud cahaya, moga menjadi doa buat anak abah agar dilimpahi cahaya sepanjang hidup, 'kasih' supaya anak abah menjadi seorang yang penuh dengan kasih sayang, humaira pula bermaksud kemerahan, juga merupakan panggilan manja Rasulullah kepada isteri baginda, Saidatina A'ishah, semoga anak abah ini menjadi wanita solehah, manja juga abah tengok."
"abaahhhh, ada saja nak mengusik akak. manja dengan abah ja takpa kan..." humaira memegang lengan abahnya.
".. nanti kalau kakak dah berkahwin, tak manja dah dengan abah.." nada sedih abah mahu mengusik puterinya yang seorang itu.
"..eeeiii, tak danya bah.. tak moh kawen boleh kan bah..nak jaga abah dengan adik-adik ja.."
"esok-esok kalau abah dah tak da, siapa pula yang akan jaga kakak?.."
####################################################################
Suara Ummu Faridah memecah ingatan humaira pada abahnya.
"enti, ana rasa macam mimpi saja kita jumpa dengan Mujahid yang sudah bertahun tak pernah nampak depan mata . Tak sangka sudah jadi ustaz sekarang, ustaz Mujahid. Tak sangka pula dia masih kenai kita junior dia masa study dulu, satu persatuan pula. Lepastu kak Anna Khaulah pula adalah kakaknya. Sahabat yang enti sangat kagumi. kak khaulah tak pernah cerita mengenai keluarga dia ka kat enti?"
Panjang lebar Ummu Faridah berceloteh.
                                                                                                                                                                               "ada juga sikit-sikit..enti, kan ana sedang memandu ni, tak menyempat nak soal di rumah?"
" hihihi... alaa.. ana tanya ja... berseri-seri wajah ustaz mujahid tu kan? enti masih suka dia lagi?"
"ya Allah.. enti ini..ada-ada ja nak pekena ana." merona merah muka humaira.
"elea enti... haa.. kan tu muka sudah merah...elea... ada hati lah tu.."
"memanglah ana ada hati, kalau tidak, tak hidup lah ana, tak da lah ana sebelah enti ni.."
"ishhh, main-main, ketuk sat g baru tau"
"tak payah tunggu 'sat gi',  'la ni' pun buleh..hihi"
Tawa halus dua sekawan memenuhi ruang kereta.
"orang nk pekena dia, orang pula yang 'terkena'" rungut Ummu Faridah dalam sisa tawanya.
************************************************************************************************************************************************
Jam menunjukkan 3.30 pagi. Humaira masih belum mampu melelapkan matanya. Mungkin kerana sudah terlelap selepas waktu Maghrib tadi. Matanya jadi kurang mengantuk. Humaira bangkit dari pembaringan. Membersihkan diri sebelum bertemu kekasih tercinta. Selesai ber'cinta', dia mengaji pula . Sungguh damai hati waktu sunyi begini. Humaira lihat jam dinding di dalam biliknya, 5.15pagi. Tergerak hatinya untuk membuka laptop dan mencari e-mail seseorang.

Humaira membelek peti inbox emailnya. Dicari email kak Anna Khaulah yang tiba di dalam inboxnya hampir dua bulan yang lalu. Belum berbalas.

##############################################################
Assalamualaikum. humaira sihat?                                                                          #
Moga dalam limpahan rahmatNya jua.                                                                  #
Apa khabar iman? Moga Allah masih memberi kemanisannya...insyaAllah             #
Humaira, sudah difikirkankah perkara yang kami sekeluarga hajatkan?                  #
Umi dan abi sudah bertanya..?                                                                              #
Apabila kamu sudah bersedia, balaslah email akak ini.                                           #
                                                                                                                            #
Yang menanti penuh sabar,                                                                                    #
-Anna Khaulah Sekeluarga-                                                                                  #
###############################################################

Seandainya dunia tiada warna
Tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
KudratNya ku agungi
namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti..
Hanyalah cintaNya
yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji naluri....
Moga tak diuji
asyik cinta duniawi
mengharap teguh redha ilahi
kerana segala kurnia hadirnya hanya pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan bahagia...

*****************************************************************************************************************************

Sayup azan subuh mengejutkan humaira yang terlena di hadapan laptopnya.
"astaughfirullah.." humaira memandang muka jam. 5.45 pagi.
Lantas dia mengambil wudhu' untuk menunaikan solat subuh. Usai berdoa, humaira teringat akan mimpi dalam lenanya tadi
yang sebentar cuma. Siapakah rijal yang leka membaca Al-Quran di suatu sudut itu? membuat hatinya damai..
"Subhanallah"...hatinya berdebar... percik peluh di dahi disapu. Dipejamkan matanya seetika lalu beristighfar.
airmatanya mengalir...
"Ya Allah...mungkinkah ini petanda..."





-Tamat-



p/s : cerita di aas hanyalah rekaan semata, tiada kaitan samada yang hidup mahupun meninggal dunia...

Sunday, June 12, 2011

Nur Kasih Humaira

Bahagian 3:



".....dan jawapannya bukan berpihak pada ana kak.. kak, ana percayakan kata hati ana, moga ini satu petunjuk dariNya.."
walaupun abahnya sangat berkenan dengan fakrullah yang juga teman sepermainan sewaktu humaira kecil, dia tahu, dia harus memberitahu segera jawapan istikhorahnya , agar kedudukan lebih jelas bagi kedua-dua pihak.
"insyaallah, kamu bagi tahu abah kamu dengan jujur, akak rasa dia boleh terima."safiah memberikan kekuatan buat sahabat baiknya.

 

bersaksi cinta diatas cinta
dalam alunan tasbihku ini
menerka hati yang tersembunyi
berteman di malam sunyi penuh doa
sebut namaMu terukir merdu,
tertulis dalam sajadah cinta
tetapkan pilihan sebagai teman
kekal abadi hingga akhir zaman
istikhoroh cinta memanggilku
memohon petunjukMu
satu nama teman setia
naluriku berkata
di penantian luahan rasa, teguh satu pilihan...


******************************************************************************

Rintihan di sepertiga malam.dari seorang hamba yang dhoif
kerana mengenang segala dosa. moga mandapat keampunan dari illahi
.

Waktu sunyi sebegini,disaat enaknya manusia dalam ulit mimpi nan indah, humaira lebih gemar berdating dan berchatting secara online dengan khaliqnya.
Permohonan, pengaduan dan rintihan seorang hamba yang sentiasa mengharapkan keampunan dan suluhaan cahaya sepanjang hidupnya hingga dia kembali kepada Yang Maha Kuasa kelak.

Menagalir airmata dalam tadahan doa buat yang Esa, tatkala memanggil nama tuhanNya, Allah....Allah...Allah...
bergetar seluruh jiwa raganya dengan satu nama itu.

Hiba merundung hati si mawar mengenang sejak akhir-akhir yang mendatang dalam hidupnya, dia diuji dengan pilihan teman hidup, apakah seruan dari ilahi buatnya sudah tiba? jauh di lubuk hatinya bukan menolak fitrah, namun dia memang benar-benar belum bersedia untuk melangkah ke alam yang satu itu. Allah masih belum membuka si pintu hati. Cintanya buat Allah dan Rasul masih belum cukup, belum puas dia mencurah bakti pada deen yang amat dicintai, ilmunya juga masih belum cukup untuk mengemudi satu bahtera yang dipanggil 'rumahtangga'. Gerun hatinya memikirkan satu amanah yang sarat dengan 'tanggungjawab' itu.

"asif, risikan perjuangan ini tiba terlebih dahulu dari risikan insan..sudah lama ana 'jatuh hati' padanya, belum puas ana 'bercinta' dengannya..."
"kalau begitu, kamu nak terus, terusan berseorang dalam perjuangan? bukankah kehadiran zauj akan lebih menguatkan?"
"tidak ana menafikan itu wahai sahabatku jannah rafidah, dan bukan juga ana menolak fitrah..... cuma ana, belum bersedia, mungkin juga Allah masih belum buka pintu hati ana ini."
"Ramai kawan-kawan kita sudah kahwin di usia muda dan mereka bahgia. Semua itu untuk mengelakkan fitnah dan lebih menjaga diri. ana tidak nampak sebarang halangan untuk terus berbakti dalam deen yang kita kasihi ini walaupun sudah berumahtangga, malah semakin kuat dengan sokongan seorang suami. kehidupan pun lebih terurus. Insyaallah"
" ana tidak menolak kata-katamu itu sahabatku, insyaallah, masanya akan tiba jua kelak cuma buat masa ini, cukuplah cinta Allah dan Rasul yang bertakhta di sanubari. Semoga zauj ana kelak redha menerima ana seadanya dan redha juga menjadi rijal ke-3 yang ana kasihi."
" haaah? rijal ke-3? yang pertama dan kedua siapa? kamu pernah......"
belum pun sempat jannah rafidah membuat spekulasi yang bukan, tuntas Humaira membalas  "... ish, tentulah Rasulullah dan abah ana yang pertama dan kedua... hihi"
"hish, kamu ni, sempat aja bergurau," sepantas kilat jemari jannah rafidah mencubit manja bahu sahabat tercinta.
"aduiiiii...huhuhu..sakiit" sudah lama dia tidak kena cubit begitu.
Jannah Rafidah menyambung kata,"......ataupun kamu masih setia menanti si imam muda yang kamu admire masa study tu eh? "
sedikit tersentap hati humaira mendengar lontaran kata sahabat baik yang sudah dianggap seperti adik beradik sendiri itu. Jauh di lubuk hatinya, sebenarnya masih terus berdoa dan berdoa pada khaliqnya agar dihadirkan seorang suami mithali. Dia kah? Humaira tidak tahu. Biarlah siapa pun nanti, dia tidak gusar dengan keputusan Robbnya.
"tidak..bukan begitu Idah, usah dikenang kisah lama, mungkin dia sudah menjadi tunangan orang, atau suami kepada seseorang, cukuplah ana katakan, belum tiba masanya...hati ana ini milik Allah, kunci kepada hati ini juga ada pada Allah, jika Allah belum izin, maka dengan apa cara sekalipun, tetap tidak akan berlaku, walaupun manusia itu berkehendak. insyaallah, jangan bimbang, ada lah nanti percaturan yang lebih baik. Dia maha mengetahui"
"Humaira..memang jodoh itu Allah yang menentukan, namun kita sebagai manusia kena berusaha untuk mendapat yang terbaik. Yusuf Fakrullah, yang ibu-ibu di kampung ini sangatlah berebut untuk dijadikan menantu, idaman gadis-gadis disini untuk dijadikan suami, kamu tolak sedangkan kamu tahu dia amat suka kan kamu sejak sekolah lagi. peribadinya sahaja sudah cukup membuat orang  memberi tafsiran dia seorang lelaki yang baik."

Tidak habis-habis dengan yusuf fakrullah, sahabatnya itu berhajat sangat melihat humaira walimah dengan anak ketua kampung yang sangat terkenal dengan kesolehannya itu.
"idah, ini bukan soal 'suka', 'baik'@ 'cinta'.. bukan itu ukurannya.. Telah ana melakukan istikhorah berpanjangan untuk mendapat petunjukNya yang sohih.. dan ana redha.. ana harap kamu faham.. ini adalah keputusan dari Allah, bukan dari ana semata. Tidak ana mementingkan diri sendiri dengan mengenepikanNya. Siapalah ana untuk melawan taqdir?"

Yusuf Fakrullah, pernah menjadi orang yang sangat mencuri perhatian Jannah Rafidah ketika di zaman persekolahan, namun kalau sudah bukan jodoh, tetap tidak akan bersatu. Jannah Rafidah kini sudah menjadi isteri kepada Muhammad Hafiz Khusyairi, seorang guru besar di sebuah sekolah agama. Bukan humaira tidak tahu, sahabat baiknya itu amat sukakan kemerduan suara Fakrullah mengalun ayat-ayat suci Al-Quran,ringan tulang dan sangat menghormati orang tua. Sebab itu dia disenangi penduduk kampung termasuklah abahnya sendiri. Hatinya bersyukur tatkala memberikan jawapan kepada abahnya tempohari, abah memahami dan menerima dengan redha.
 " abah terima keputusan akak...insyaallah akan abah sampaikan pada pakcik ahmad dan makcik rubiah , abah doakan moga puteri abah ini bertemu jodoh yang baik-baik."


Ya Allah, banyak sekali impianku,
namun dosa yang menggunung membuatkan hamba malu bermohon padaMU,
Ya robb...
Engkau amat suka hambaMu yang berdoa padaMu
hamba akan terus memohon padaMu,
moga Engkau meredhai impianku
sebagai perancangan yang telah Engkau taqdirkan untukku
dan moga hamba sentiasa redha
dengan suratanMu
walaupun ia bercanggah dari keinginan hamba,
kerana Engkau yang mencipta diriku,
pasti Engkau lebih tahu YANG TERBAIK buatku.

******************************************************************************
******************************************************************************
******************************************************************************


Bunyi lagu nur kasih dari telefon bimbit humaira sedikit menyentak ingatannya pada kisah tiga tahun lalu, waktu menginjak kedewasaan,zaman study-nya. Tertera nama kak anisah, kakak angkatnya. Hatinya berdebar.
Humaira tahu apa yang diinginkan kakak angkatnya itu.
Humaira menjawab panggilan.
"assalamualaikum kak.."
"walaikumsalam maira. sihat?"

“alhamdulillah kak, ana sihat ja.. baby dan mumy baby sihat ka?”
“hihi..pandai kamu melawak..Alhamdulillah sihat semuanya.. khabar amirul tak mau tanya?”

sedikit terkelu humaira mendengar nama amirul.
"Errr, ya, amirul sihat kak?"
"Alhamdulillah, semua baik-baik saja..humaira, macam mana dengan lamaran akak hari tu? akak tunggu mesej maira tapi dekat sebulan maira tak mesej akak...sibuk dengan kerja ya.."
"dusshhh,,,straight to the point ja soalan kak anis ni.. aduhh mahu jawab bagaimana ya..." monolog humaira dalam hati. Patutlah saat dia ziarah ke rumah kak anisah, dia sungguh tidak selesa dengan pandangan Amirul. Rupa-rupanya ada ‘udang disebalik mee’
"maira?? ai senyap ja? belum ada jawapan lagi ka? tak baik biar orang menanti tau... dijanjinya 2 minggu nak bagi jawapan, ni dekat
sebulan dah maira, due date akak 2 bulan lagi tau.. karang tak dapat tengok maira  menikah.hihi"
anisah berseloroh.
"hish akak ni, kesitu pula..urm..insyaallah, ana dah bersedia memberikan jawapan..ana minta maaf lewat memberikan jawapannya akak."
"Ya Allah, berilah hambaMu ini kekuatan" bisik humaira
"akak, sebenarnya ana sudah pun membuat keputusan dalam tempoh 2 minggu yang ana minta, cuma ana tak sampai hati nak
meluahkan pada akak.. ana harap, apa pun keputusan yang akan ana bagitahu ini, kita semua akan sama-sama redha..insyaallah.."

"hish...berdebar lah pula hati akak ni maira, mcm akak mula2 di-ijabkabul dulu..hihi..ok, apa keputusan maira? insyaallah akak
terima seadanya."
hati maira berbisik lagi "ceria ja kak anis ni, padahal..dia akan dimadukan...hati aku pula yang gundah memikirkan jawapan lamaran yang mau diberikan.. moga-moga dia boleh terima".
"kak anis..akak memang seorang yang kuat hati...beruntung amirul mempunyai isteri seperti akak, akak baik sangat..ana faham niat
akak untuk menjadikan ana sebahagian ahli keluarga akak sangat murni, akak sanggup melamar ana untuk suami akak sendiri, Amirul.
Cuma, ana minta maaf kerana ana tidak mampu untuk menjadi isteri kedua amirul. Akak dan amirul, sudah ana anggap seperti abang dan kakak ana sendiri..tidak mungkin perasaan itu berubah kak, hormatnya ana pada kalian, seperti saudara sendiri, sayangnya ana pada kalian, seperti darah daging sendiri. Anak-anak akak, dah macam adik2 ana sendiri, ana tidak mampu menunaikan
hasrat akak...ana minta maaf kak.."
Kedengaran keluhan halus dihujung talian sana...”Humaira sudah fikirkan masak-masak?"
“Ya kak...”
“ tak mengapalah maira,bukan senang juga bagi maira yang masih bujang untuk
hidup bermadu. Akak lah orang paling bahagia andai maira terima amirul.namun akak juga hormati keputusan kamu itu..
insyaallah, akak akan sampaikan pada amirul nanti.."

sebak humaira mendengar jawapan pasrah kakak angkatnya itu.
"kak,ana tak mampu, ana tak kuat macam akak.. ana harap,
kita masih boleh jadi macam dulu-dulu kan.. macam keluarga...."

"hish.. takkan lah sebab maira tolak lamaran amirul,kita jadi bermusuhan. akak terima seadanya. mungkin bukan jodoh kamu dengan
amirul.siapalah akak untuk melawan taqdirNya.. semoga kamu mendapat jodoh yang terbaik buat kamu."
"insyaallah kak.. terima kasih kerana memahami dan menerima keputusan ana.."
"ya... bila-bila senang, jenguk-jenguk lah akak ya.. baby akak ni insyaallah perempuan, kalau maira nak letak nama apa ya??"
"ohh.. akak belum pilih nama lagi ka... abi-nya kan ada?"

"dulu masa anak pertama, abi-nya dah bagi nama, kali ini, umi-nya lah pula, ada cadangan tak maira?"
"urm... apa ya ... nur ain insyirah? ok tak kak?"
"sedap juga nama tu...nanti akak tanya pendapat mirul.akak kena letak fone ni, nak mandikan najwa..insyaallah nanti kita bual
lagi ya, assalamualaikum."
******************************************************************************

Semilir angin petang menyapa lembut wajah humaira. Sudah dua hari dia tiba di bumi Perlis ini. Bercuti sambil menziarahi keluarga angkat yang amat dirinduinya. Bertemu abah dan ibu, juga sahabat sejati, Ummu Faridah.
Terasa damai jiwanya seketika, meninggalkan hiruk pikuk kota yang tak pernah lekang dari kunjungan jutaan manusia.
Sengaja dia memandu sendirian pergi ke sawah padi nan menghijau. tidak jauh dari rumah abah dan ibu. Ingin mencuri sedikit ketenangan dengan melihat kehijauan  yang manjadi hamparan bumi. melihat burung yang berkicau beterbangan bebas, tiada gangguan, di latari dengan gunung-ganang yang menjadi tempat persembunyian si mata hari memberi keredupan suasana.
Sawah padi yang beralun mengikut sapaan angin seolah mengajaknya menyanyi lagu zikir, memuji kebesaran Allah.
Sungguh indah!

bunyi mesej dari telefon bimbitnya , tertera nama Ummu Faridah,
"salam. enti ada di mana tu?"
segera humaira membalas.
"di sawah padi. awat enti?"
Ummu Fridah memang sedia maklum, sahabatnya itu gemar melihat sawah padi. Hingga pernah di usiknya Humaira agar mencari calon orang utara. Humaira hanya tersenyum.
"ish ish... patutlah tiba-tiba hilang, ibu suruh balik, makan goreng pisang panas dengan ayaq teh yang enti suka tu,"
" teh starawberi ka? bestnya.. insyaallah, tapi bagi ana 20 minit ea, nak dating dengan sawah padi sat..hihi"
lucu Ummu Faridah membaca mesej sahabatnya itu.Tersengih.

******************************************************************************

Sebelum humaira melelapkan matanya, sempat dia mendengar Ummu Faridah mengingatkan tentang aktiviti mereka esok hari , untuk pergi ke USM bagi mengikuti Seminar Sahsiah  Dan Pemantapan Aqidah Muslim. Ummu Faridah masih ingat tatkala dia mengajak humaira ke program tersebut, sahabatnya itu sungguh exited kerana sudah lama tidak 'join' program sebegitu katanya.
"Esok kita akan gerak pagi, pukui 7.30.Program mula pukui 10 pagi sampai 5petang. Enti, penceramahnya mantop tau. Salah seorangnya mesti enti kenai, senior kita dulu masa study. Enti nak tau siapa dak?"
Senyap sunyi tanpa respond seperti yang Ummu faridah jangkakan dari humaira.
"...enti? dengaq dak? cuba enti teka siapa?" Senyap lagi tiada respond.
"..takkan dah tidoq kot?" Ummu faridah menggumam.
Ummu Faridah bangkit untuk menjengah ke katil atas pembaringan Humaira. Dia tidur di bahagian bawah katil dua tingkat itu.
"looorrrr.... tidoq dah.. patut la senyap saja..letih sangat agaknya." Ummu Faridah bercakap sendiri. Dia memperbetulkan selimut humaira  sebelum kembali ke perbaringannya.

Bersambung...
******************************************************************************