Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Thursday, April 28, 2011

Nur Kasih Humaira

Bahagian:2

"Jangan pendam sorang-sorang, nanti meletup susah.." tersenyun kelat humaira mendengar kata kak safiahnya itu...berat helaan nafas nalurinya. tiada siapa tahu. Kalau boleh, tidak mahu diceritakan perkara yang ingin diluputkan terus dari hatinya itu.Bimbang sungguh hatinya tertusuk duri kasih manusia berstatus 'adam'.sungguh! hati manusia itu rapuh..
akhirnya humaira mengalah dan membuka cerita...
**********************************************************************************************************
Humaira memulakan ceritanya...
Tiga pasang mata bertumpu padanya. Mendengar penuh khusyuk, sesekali zinnirah berdehem tanda mengusik,"ehem-ehem", sepantas itu juga humaira memiat lembut telinga zinnirah yang terselindung disebalik hijab hitam yang dipakai zinnirah. Memang zinnirah seorang sahabat yang "kuat mengusik". Umurnya yang sudah mencecah 27 tahun tidak menghalang "hobinya" itu. Sifatnya yang sentiasa ceria,ramah dan mengambil berat sahabat yang lain amat disenangi humaira,safiah dan arifah, juga rakan sekelas yang lain. Tidak hairanlah jika dia dilantik menjadi "penolong kelas" mereka. dan tidak hairan juga kalau ada yang mengatakan dia baru berusia 23 tahun! mengapa? sebab wajahnya yang kelihatan muda dari usia, mungkin kerana suka tersenyum! Jika mahu meminta pendapat juga, dia tidak lokek untuk berkongsi fikrah...itulah Zinnirah.

".....err...sekian, terima kasih kerana sudi mendengar.."
humaira menamatkan ceritanya dengan ending yang memeng biasa digunakan iaitu "sekian, terima kasih". sunyi seketika suasana. yang kedengaran hanya cicip burung yang keluar mencari rezeki di awal pagi. humaira menghela nafas halus . humaira tenang menunggu buah kata  dari sahabat-sahabatnya.
Arifah insan pertama yang memberi respon selepas humaira menamatkan ceritanya. "tadi dalam cerita kamu ada sebut ,sekarang ini
kamu sedang memperbaiki hati kamu? jadi, kamu sudah tak admire dia selepas dia tamat pengajian kat sini?"

humaira tersenyum sebelum menjawab tenang,

"bohong lah kak ifa kalau ana kata 100% hati ana dah takda perasaan admire pada dia walaupun dia dah tamat pengajiannya
di sini, kerana rasa suka itu fitrah bukan?tapi ana sedang bergelumang dalam mujahadah, mencuba dengan sepenuh hati ana agar belajar untuk redha dengan apa jua ketentuanNya. Ana sendiri tidak pasti adakah dia yang Allah taqdirkan untuk menjadi zauj ana kelak. Jadinya, lebih mudah jika segalanya ana serahkan pada yang Esa. Hati ana sendiri perlukan ketenangan dan ana tak pernah gusar dengan keputusan Allah kerana kita adalah hambaNya, sudah pasti dia lebih tahu yang terbaik buat kita..."


zinnirah pula bersuara
" alhamdulillah jika itu yang adik akak pegang, keyakinan kepada Allah adalah paling penting
perlu diterapkan dalam hidup kita. Benar perasaan suka itu fitrah, namun kita perlulah mengawal perasaan
itu supaya ia tidak menjadi fitnah kepada diri kita sendiri. Berapa ramai manusia di luar sana yang tersalah langkah
dalam menyalurkan kasih dan cinta pada pasangan yang belum halal buatnya? nauzubillah... humaira, yakinlah, perempuan yang
baik adalah untuk alrijal yang baik juga...itu janji Allah."

"ya kak....ana faham...hurm... dengar cerita dia sedang buat master di negara timur tengah, manalah tahu sudah ada pilihan sendiri yang berkenan di hati, entah-entah sudah berkahwin kan kak..." ujar humaira sambil menundukkan wajahnya ke lantai simen bolajaring.

Safiah menambah, "haii, bunyi mcm orang kecewa ja ??...mujahadah itu pahit..sabarlah dik, mana lah tahu memang jodoh kamu dengan dia..kalau dah jodoh, insyaallah dipermudahkan jalanmu..kalaupun bukan, redholah dengan ketentuanNya..istikhorahlah".

"ish, bukan kecewa lah kak...  ana cakap dari lubuk hati... asid dalam hati ana ini...Alhamdulillah sedikit demi sedikit menjadi natural semula...macam ana bagi tahu tadi, ana dalam mujahadah. Menguruskan hati memang bukan mudah, dari itu ana memerlukan pertolongan Allah, Alhamdulillah sedikit demi sedikit, ana dah mula redha."
Munajatnya pada yang esa tidak berpenghujung, istikhorahnya berpanjangan, memohon petunjuk yang terbaik dalam haluan hidupnya.

"ya..dan benar apa yang diperkatakan kak safiah kamu tu maira. Allah lebih Maha Mengetahui... kadangkala apa yang kita rancang itu, tidak semestinya berlaku kerana DIA tidak mengehendaki begitu..sesungguhnya perancangan Allah itu yang lebih sempurna..boleh
jadi apa yang kita rasa baik, sebenarnya buruk bagi kita, dan yang kita rasa buruk itu, sebenarnya baik bagi kita.."
arifah menyambung kata.

" betul betul betul.."

itulah treadmark safiah meniru gaya animasi
upin ipin yang menjadi kegilaan kanak-kanak masa kini.

".....dan, akak yakin, adik akak ni mampu untuk menguruskan hati sendiri, adik akak ni kan kuat semangat orangnya, berbudi bahasa, solehah, pasti Allah memberikan zaujan yang begitu juga..." Usik safiah dalam nada bergurau sambil tersengih macam kerang busuk.

Safiah amat maklum humaira memang tidak suka dipuji. Berkali-kali Humaira memaklumkan!! Pasti ada padah yang akan diterima andai ada yang menoreh kata!! Kata Humaira, pujian semacam itu mampu merosakkan hatinya. Melemahkan imannya yang jauh bagai langit dan bumi! tidak setanding pun dengan mujahidah-mujahidah di zaman Rasulullah.

"hish kak fia!!!! sudah-sudah le tu mengusik ana!! nak kena ni."
ujar humaira kegeraman sambil jemarinya pantas memicit-micit hidung roomatenya itu hingga memerah menahan nafas sebelum melepaskannya.

"hish kamu berdua ni, sudah la tu bergurau... jom kita p kafe? beli ayaq teh 'laici dengan epok-epok nak?" ujar zinnirah.
mendengar sahaja nama epok-epok, humaira bingkas bangun sambil berkata "jom-jommm!!!", memang tidak boleh ditahan tahan lagi apabila mendengar nama epok-epok,kuih kegemarannya.
 
"hambuihh, berkobar2 adik manis kita ni kalau dengar nama epok-epok, esok-esok kalau da kawen, kena belajar buat tu,
jangan tau makan ja.."
arifah mengomel. Teringat dia pada kali pertama mendengar nama 'epok-epok' ditutur humairah, lantas dia bertanya. Namun jawapan humaira yang bersahaja membuat dia ingin tergelak pada waktu itu.

"Epok-epok tu.....merupakan nama saintifik bagi karipap, karipap tu pula dalam bahasa jawa disebut currypuff, is that understood?hihi"

"ello cik arifah, jangan pandang ana sebelah mata tau, ingat ana tak tau ka buat epok-epok? nanti kalau akak betunang,
ana buatkan sedulang hantaran epok2 buat akak, tak pun ana buat "epok-epok junjung" menggantikan "sireh junjung" khas
buat cik siti arifah. Mau kak?hikhik"
 
Masing-masing tergelak kecil dengan lawak bersahaja humaira itu sambil berjalan menuju ke kafe.

"Tapi kan maira, boleh kak irah tau tak, kenapa kamu admire pada imam muda tu ea?? akak tengok dia biasa-biasa ja??" soal zinnirah ingin mengorek jawapan.

"hurm...sebab dia pakai kopiah ka?" safiah serkap jarang.
"........atau sebab muka soleh dia? ke..sebab janggut pemanis muka dia?" arifah menambah rencah.
"....... atau sebab suara dia sedap melagukan azan? tak pun sebab dia pandai bernasyid?" zinnirah pula mencelah.
"ataupun sebab dia selalu mengimamkan solat di masjid kita ni?? hihi..tak pun sebab dia penah masuk dalam mimpi kamu??" sambung safiah sambil berkerut-kerut dahi menunggu jawapan.

Seloroh arifah,zinnirah dan safiah menyebabkan humaira mengetap bibir, menahan pecah ketawanya.

"ewah-ewah...ada-ada saja kalian ni... ke situ pula dia. banyak songeh betul nak tahu, macam polis pencen..hihi... biarlah rahsia ya kakak-ku sekalian... yang tu,ana tak boleh cerita...insyaallah, ana akan cerita pada dia ja....itu pun, andai ada jodoh kelak.."

"Alahh.. berahsia pulak. bagi tahu terus kan senang". rungut zinnirah tidak puas hati.

"entah. itu pun nak berahsia...adooyai ." ulas safiah sambil menghela nafas berat
 
"alaaa......kalau maira bagitahu, nanti akak belanja epok-epok.?" Arifah memancing jawapan dari humaira dengan kuih kegemaran sahabatnya itu.

humaira buat muka "dono" . muka tak bersalah. muka tiada perasaan.

arifah membuat muka seposen bila humaira tak mahu menjawab persoalannya.

"maafkan ana... biarlah itu menjadi rahsia!" bisik hatinya.

*************************************************************************************************************************
Sedang humaira mengulangkaji pelajaran untuk test-nya esok harinya, telefon berbunyi. tertera nama di skrin "abah". dengan riang hati humaira menjawab panggilan abah tersayang. selepas berbalas salam, dia berbual mesra dengan abahnya. seperti kebiasaannya, abah humaira akan menefon sekurangnya sebulan sekali untuk bertanyakan khabarnya di kampus. Humaira memang rapat dengan abahnya. lebih lagi selepas pemergian bonda tersayang. Abah , tempat dia bergantung kasih dalam kehidupan. Selepas meletakkan telefon. humaira merenung jauh ke luar tingkap dari meja studinya. Gelap pekat malam tenggelam dek kerana cahaya bulan yang menyimbah. di dongakkan kepalanya ke dada langit, mencari bintang malam. Siti Safiah yang terlihat sahabatnya termenung menyapa dari belakang. menyentuh lembut bahu humaira.

"jauh merenung? ada masalah ka dik? tadi kak fia tengok happy ja berborak dengan abah?"

" err..tak da apa lah kak..cuma... abah tanya, bila ana boleh balik kampung lepas habis final nanti." ujar humaira sedikit bergetar nadanya dek kerana sedikit terkejut disapa tiba-tiba.
"itu ja ka? lain-lain?" 
tanya safiah.

Humaira menarik lembut tangan safiah menuju ke katil sambil duduk untuk memberitahu safiah sesuatu.

"kak.... urm... akak ingat tak fakhrullah? yang ana pernah cerita kat akak tu"?

"fakrullah yang kamu kata datang merisik kamu tahun lepas?" tanya safiah ingin kepastian.

"ya kak.. dia baru habiskan masternya di UM."

"oh ya? Alhamdulillah..."

".....bulan lepas..abah ada bagi tahu, keluarganya merisik untuk kali ke-2 kak. Ana minta tangguh jawapan sampai habis final nanti."

Tersenyum-senyum safiah mendengar jawapan humaira yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri sebelum mencetus usikan.
"wahh..wahhh..senyap-senyap ja ea...habis itu, apa keputusan kamu?"


..bersambung...
**********************************************************************************

Tuesday, April 19, 2011

Imtihan Qorib!!

Assalamualaikum Wbt






Salam sejahtera semua...Bulan April menejengah sudah.. bagi pelajar-pelajr di IPT masing-masing sedang sibuk menghadapi kuiz, test, latihtubi dan final presentation..rindunya zaman study dahulu...
time-time macam ini lah tak cukup tidur, selera makan menurun, masa jadi pack dan berat badan pun menurun.hihi.
Masa adalah ujian paling besar yang akan hadir time2 sibuk macam ini. mana nak bahagikan masa untuk akademik,duniawi dan ukhrawi.Namun, Alhamdulillah, semua itu dapat dilalui dengan bantuan dari Allah SWT.

Dalam kesibukan kita me-refresh segala ilmu yang dipelajari semester ini, jangan pula kita lupa akan pemberi kejayaan kepada kita iaitu "Allah Swt". Setiap orang pasti inginkan kejayaan dalam segala hal yang dilakukan termasuklah peperiksaan. Dulu-dulu, dengar sahaja nama "exam" , mula lah ana nervous. Menghitung harinya paper yang pertama bermula dan paper last yang menentukan bila tarikhnya dapat pulang ke kampung setelah separuh tahun bergelumang dengan PnP dan kehidupan kampus.



Setiap dalam kehidupan kita tidaklah lari walau sesaat cahaya daripada PANDANGAN ALLAH..
sesiapa sahaja boleh merancang, namun Allah yang menentukan di akhirnya bagaimana perancangan itu. Apa yang kita inginkan kadangkala kita akan dapat, tetaplah BERSYUKUR! kerana sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui akan apa yang terbaik buat hambaNya. BERSABARLAH! DIA lebih tahu apakah yang kita rancangkan itu yang baik atau buruk buat kita. BERSANGKA BAIK-husnu dzhon selalu dengan Allah. Tidaklah ditimpakan sesuatu itu kepada kita melainkan ada hikmah yang akan menjengah disebaliknya. Tiada siapa yang merancang untuk gagal bukan?

Pepatah kata, usaha tangga kejayaan, namun ada juga yang sudah berusaha, namun kejayaan bukan miliknya...siapakah yang perlu dipersalahkan? adakah kita redha dengan ketentuan... moga begitulah hendaknya...pasti ada hikmah yang tersembunyi, yaqinlah!
Yang paling penting, kita tidak boleh berputus asa dan tetap meneruskan usaha tanpa mengenal erti jemu. Mungkin , usaha kita belum cukup untuk membeli harga sebuah kejayaan yang kita inginkan. Jika kita gagal untuk yang ke 100 kali, bangkitlah untuk usaha yang ke 101 kali, siapa yang tahu, rezeki kejayaan kita pada tangga usaha ke 101 itu? yakinlah dengan rezeki ilahi, cepat atau lambat sahaja waktu yang ditetapkan untuk kita... formula kejayaan yang paling famos "KEJAYAAH=USAHA+DOA+TAWAKKAL"  insyaallah, membuah kejayaan. :)

sedikit perkara basic yang boleh dilakukan hampirnya exam:

-telefon mak dan abah minta maaf dan restu mereka minta doa mereka
-minta maaf dengan pengajar, minta halal ilmu
-minta maaf dengan rakan sekeliling
-study group
-berNazar (mengikut kemampuan)
-kurangkan gelak berlebihan
-memakan makanan yang boleh menguatkan ingatan dan minda
-cukup rehat
-lakukan ulangkaji pelajaran

memperbanyak amalan sunat untuk makanan rohani:
-Puasa sunat isnin;khamis
-qiamullail
-mengaji,berzikir
-Banyakkan berdoa
-mendekatkan diri dengan Allah
-dan lain-lain yang boleh menambah aura ketenangan hati
**boleh amalakan?...tak susahkan?..

Akhir qalam, kepada semua sahabat-sahabat dan adik-adikku yang akan menduduki peperiksaan,
usaha itu pengorbanan, kejayaan Allah tentukan, insyaallah.
SELAMAT BER-JIHAD!!
Semoga Berjaya
aminn.. :)
wassalam..

Tuesday, April 12, 2011

Nur Kasih Humaira

Assalamualaikum...segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam, juga selawat dan salam buat junjungn mulia nabi Muhammad s.a.w dan para sahabatnya...

Cerpen dibawah ini adalah hasil air tulisan seorang hamba Allah yang dhoif...akan ana publishkan cerpen ini secara bersiri memandangkan agak panjang penghasilannya. segala yang tertulis tidak-lah berkait sama ada yang masih bernyawa mahupun yang telah tidak bernyawa. Ianya sekadar santaian hati dan buah rasa dari fikrah seorang hamba. yang buruk jadi-kan sempadan, yang baik jadikan tauladan.. Insyaallah...
happy reading =)


========================================================================

"siapakah agaknya pemilik suara azan itu..."hati humaira berdetik..
"ish kau ni hati..sibuk aja nak tahu..." bisikan hatinya bertingkah...
"salah kah kalau aku cuma nak tahu?? Bukannya aku nak mengorat dia pun..? salahkah aku kagumi?.."
"tetap tak sama lah macam........"
dia bermonolog sendirian... "hish, ada-ada ja lah kau nih" tuntas hatinya.
'astaughfirullah....!'humaira memandang muka jamnya. sudah 10 minit berlalu
hanya dengan bermonolog sendirian sambil berjalan kaki pulang ke biliknya dari kafe.
*******************************************************************
Sampai sahaja di bilik, humaira membuka kasutnya dan meletakkan makanan dan minuman yang dibelinya tadi
di atas meja.Siti safiah, roomatenya belum pulang dari bandar lagi.Tanpa berlengah, humaira mengambil wudhu' untuk
menunaikan solat Asar. Usai solat, dia mengambil AlQuran tafsir kesayangannya dan membaca beberapa potong ayat sambungan
dari surah yang dibacanya, Al kahfi. begitulah rutinnya setiap hari. Baris demi baris tafsiran surah itu dibacanya. Dia cuba memahamkan walaupun sedikit cuma. jika ada tafsiran ayat yang tidak difahaminya, dia akan merujuk pada ustazah Munirah,tempat rujukannya selalu.
hati humaira begitu tertarik dengan tafsiran ayat 28

"Sabarkanlah hatimu serta orang-orang yang menyembah TuhanNya pada pagi dan petang, sedang mereka mengkehendaki keredhaanAllah dan janganlah kau palingkan pandanganmu daripada mereka(orang-orang fakir) kerana mengkehendaki perhiasan hidup di dunia.
Janganlah kau turuti orang yang telah Kami lalaikan hatinya dari mengingati Kami(orang-orang kaya)."

Humaira yang sedang khusyuk sedikit tersentak apabila pintu biliknya dikuak.Dipalingkan kepalanya menghadap pintu.
"eh kak safiah,buat terkejut ana ja".Sudah terbiasa humaira membahaskan dirinya begitu, ana bermaksud (saya).
" kalau ya pun bagilah salam dulu kak oooiii" ujar humaira kegeraman. dahinya dikerutakan.dilihatnya kak safiah sedikit tercungap-cungap mencari nafas.sambil tersengih-sengih, safiah yang tua setahun dari humaira memberi lafaz
 "Asslamualaikum adik manis. asif jiddan adik manis, akak lawan naik tangga dengan kak arifah kamu tadi,
tu yang tak cukup nafas."
penerangan kak safiah tu membuat humairah membuntangkan matanya. Manalah hendak cukup nafas kalau
lawan naik tangga, bilik mereka terletak di aras5 blok asrama itu.
Adik manis?? panggilan manja buat humaira dikalangan mereka berempat.Humaira tidak suka kerana bimbang dikata "mengada-ngada" atau bahasa standartnya "gedik".tetapi kerana ingin menghormati permintaan, mejadikan kemesraan dalam hubungan persahabatan mereka,dia terima. Namun amaran keras diberi agar tidak memanggilnya begitu di khalayak! dibimbangi debunga fitnah menghinggap.Dan teman-temannya itu amat mengerti..
"Ya Allah, da tua bangka pun perangai macam budak-budak ja akak ni lah.eeii" sahaja humairah membuat respon kegelian seperti itu.
sudah biasa bergurau dan mengusik-usik romatenya itu.Dilihatnya kak safiah hanya tergelak kecil sambil berkata
"belum tua lah dik, muda lagi,hihi" sempat lagi safiah membuat lawak ringan.Humaira menyimpan AlQuran tafsirnya
setelah membaca sedikit doa penutup. Mereka kemudiannya duduk makan berjamaah bersama-sama dengan arifah dan zinnirah jiran
di sebelah bilik mereka. humaira memang rapat dengan safiah,zinnirah dan arifah. Malahan mereka rakan sekelas dan sering
study group bersama. sudah dianggap mereka itu seperti kakaknya sendiri kerana dia tidak mempunyai kakak. lebih pening
lagi bila mana hendak panggil kakak itu perlu beserta nama mereka sekali, jika tidak, ketiga-tiganya akan menyahut panggilan humaira.
"ya ! ada apa???!"

*******************************************************************
Pagi sabtu yang indah itu humaira, safiah, arifah dan zinnirah turun ke padang bolajaring berhampiran blok mereka untuk
riadah bersama-sama. di pagi hari hujung minggu begini, tidak ramai pelajar yang mahu turun padang.
kebanyakan mereka lebih suka "syahid di atas katil". tetapi bagi empat sekawan ini, riadah amat pernting,
selain dapat mengeratkan ukhuwah, dapat juga menghilangkan tekanan belajar dan menyihatkan tubuh badan.
selepas beriadah, mereka akan duduk2 bersantai sambil berkongsi cerita dan fikrah Islami.
pelbagai perkara yg dibincangkan , dari hal-hal pelajaran,kehidupan, hinggalah isu-isu semasa.untuk seketika,
suasana sunyi menyelubungi dari mulut-mulut yang berbicara. Datang pula akal zinnirah untuk mengusik "adik manis" mereka.

"kak irah dengar-dengar, kamu "admire" bekas imam muda masjid kita ni? "
suara kak irah memecah kesunyian.
humaira agak terkejut dengan tujahan kata buatnya itu, namun dia buat-buat tak dengar kerana zinnirah tak 'mention' tuju
kata-katanya itu kepada siapa.
"hurm. kalau bab yang ini, irah tanyalah adik manis kita ni sendiri..hihi. saya pun teringin nak tahu cerita sebenar. pandai dia simpan cerita. baru-baru ni ja meletup.ehem-ehem" sambut arifah
humaira menyusun akal untuk mengalihkan persoalan kakak di sebelahnya itu... tidak mahu berbicara cerita hati.
"errm... eh kak irah, ana dahaga lah...tadi pagi akak kata nk belanja kan...hihi"
"pandailah kamu tukaq topik.." safiah dan zinnirah bersuara serentak menyebabkan suasana ceria seketika dengan tawa halusnempat sekawan itu.
"humaira, akak tanya betul-betul ni. tak maulah cuma dengar dari kak safiah kamu, kita bersahabat da lama kan..tak maulah rahsia-rahsia ni.." zinnirah menambah sambil menyentuh bahu humaira
humaira membalas kata
"err..siapa imam muda yang akak maksudkan ni...kak safiah tu saja nak mengusik ana kak..
ana tak admire pun siapa-siapa"

humaira membuat muka kemik-kemik sedih minta simpati agar persoalan itu tidak diwujudkan di situ.Dia agak malu untuk berbicara
soal perasaan lebih lebih lagi pada al rijal yang belum halal untuknya. Lagipun sudah dia berjanji pada dirinya sendiri  untuk merawat
hatinya dan melupakan segala rasa yang pernah menyinggah hati...biarlah dipendam, di biar menjadi rahsia hati
tanpa pengetahuan si rijal. ingin di fokuskan hidupnya di kampus itu untuk menamatkan pengajiannya
juga untuk memperbaiki dirinya juga imannya, menambah kecintaan kepada khaliqnya kerana dia mengidamkan 'solehah' itu !!! walaupun amat dimakluminya,jalan mujahadah itu amatlah berliku...Tetap itu menjadi sasaran utama...dia tekad!
safiah menambah, "duhai adik yang kak fia kasihi, share lah cerita yang kamu dah ceritakan kepada akak tu.. kat sini kak zinnirah
dan kak arifah ada sekali kan.. boleh kita dengar pandangan mereka sekali...hmm?.jangan pendam sorang-sorang, nanti meletup susah.."
tersenyun kelat humaira mendengar kata kak safiahnya itu...berat helaan nafas nalurinya. tiada siapa tahu. Kalau boleh, tidak mahu diceritakan perkara yang ingin diluputkan terus dari hatinya itu.Bimbang sungguh hatinya tertusuk duri kasih manusia berstatus 'adam'.sungguh! hati manusia itu rapuh..
akhirnya humaira mengalah dan membuka cerita...






bersambung...
**********************************************************************************************************

Friday, April 8, 2011

Si Wanita dan "P"

Seorang wanita ingin memperolehi lesen untuk membolehkannya memandu kereta di jalanraya. Ini bermakna si wanita itu perlu mendapatkan lesen kelas "D" bagi mencapai hajatnya itu. hal yang demikian diharapkan dapatlah nanti si wanita memanfaatkan lesen yang sedia ada dan membenarkannya memandu secara halal di jalanraya. si wanita mengambil masa untuk belajar memandu di litar dan juga jalanraya. si wanita belajar dengan penuh kesabaran dan ketekunan memandangkan kesukaran yang telah dilalui untuk mengumpulkan wang, mengahbiskan masa dan tenaga juga kerana "aimnya" untuk lulus dalam ujian memandu. sekurang-kurangnya hingga si wanita mendapat "P" untuk memandu . Untuk itu, si wanita terpaksa menumpang rumah si ibu saudara memandangkan rumah si ibu saudara amat berdekatan dengan sekolah memandu. Itulah sekolah memandu yang dicadangkan si ibu saudara buat anak saudaranya(si wanita). si anak saudara menerima cadangan si ibu saudara. dapatlah dikurangkan sedikit kos pembelajarannya nanti, memandangkan si wanita boleh berjalan kaki ke sekolah memandu tersebut.

Ditaqdirkan Allah SWT, pengajar si wanita tadi adalah seorang RIJAL. Allahuakbar! inilah ujian buat si wanita. Hati si wanita cuba ditenangkan seboleh mungkin agar si wanita dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajarannya.Tidak mahu memikir yang bukan-bukan. Konsenterasi dalam belajar memandu bisa tergugat.Si wanita sebolehnya tetap menjaga diri dan batas walaupun dalam pembelajaran, lebih-lebih lagi guru memandunya adalah si rijal. hand socknya ditarik menutup jemari bagi mengurangkan keluasan "sentuhan terpaksa" si pengajar dalam pemanduan si wanita yang kadangkala  bagai "ular dipalu".Al maklum,si wanita baru belajar memandu dan tidak pernah ada pengalaman memandu.


Namun menjaga diri bukanlah mudah dalam proses belajar si wanita itu. Adakalanya tangan si pengajar tersentuh tangan si wanita untuk memperbetulkan imbangan stereng si wanita. Tidak sempat mengelak kerana segala tindakan adalah drastik dalam keadaan kereta meluncur, keselamatan amatlah faktor utama dititikberatkan..fokus paling penting! Jika si wanita terkejut dan cepat melenting, alamatnya terpesonglah stereng. Memang ada sisa marah si wanita dalam hati,tanda protes! namun cuba digantinya dengan husnu zhon,  memandangkan dia dalam proses belajar.Yaa...Husnu zhon cuba ditanam subur! husnu zhon dengan Maha Berkuasa dan ciptaan Yang Maha Berkuasa bernama manusia a.k.a si pengajar. Masyaallah! "wahai Allah, peliharalah diri hamba.jauhkan diri hamba dari fitnah.hanya pada Engkau hamba memohan pertolongan dan perlindungan". doa si wanita dalam hati. Hati si wanita gundah tidak bertepi. Bimbang kemurkaan khaliqnya bertandang.Si wanita tidak mahu begitu. sebolehnya ingin dijaga pandangan CINTA HATINYA itu...harus si wanita memujuk rajuk hati lara, membuat pengaduan pada Yang Esa! Di keheningan malam, dalam tahajud cinta kepada BUAH HATINYA, senantiasa si wanita memohon keampunan dosa-dosa terpalit yang boleh menghitamkan hati, pohon perlindungan,naungan dan dipermudahkan urusan kehidupan si wanita.Disampaikan hajatnya kepada Cinta Hatinya agar diringankan beban perasaan yang ditanggung,diringankan segala kesukaran yang dihadapi,diganti dengan kesabaran,kekuatan dan kefahaman dalam menuntut ilmu pemanduan. Moga KEKASIHNYA merestui!
aaahhhh...lega sedikit hati si wanita selepas berdating dengan sang Kekasih. Sedikit hembusan ketenangan diperolehi..Alhamdulillah.


Sabar si wanita sedikit teruji apabila si wanita melakukan kesalahan dalam memasukkan gear. Si wanita tidak perasan sebenarnya atau mungkin kurang fokus. namun yang dipersalahkan adalah sehelai tudung yang dipakai si wanita.
"tulah...pakai tudung besar sangat.gear pun tak perasan" ujar si cikgu memandu dalam nada bergurau mungkin. Si wanita tersenyum tenang.berdiam lebih baik dari mencantas kata.hati si wanita sedikit tergores. "apalah salah tudung ini?""tak mengapalah, encik tidak mengerti...""sabarlah wahai hati.Allah bersamamu" bisik si wanita jauh di lubuk hati. Membara dalam hati si wanita untuk membuktikan bahawa  dia pun boleh lulus test jpj juga dan dapat memandu dengan baik di jalanraya.Insyaallah

Hari test pun tiba. Si wanita mengenakan pakaian hijau,tudung hijau. Mini Towel hijau kesayangannya dibawa sekali.dapatlah mengurangkan sedikit nerves si wanita dengan melihat warna hijau. Si wanita tekad ingin membuat yang terbaik. Dengan penuh kesabaran si wanita menunggu di dewan menunggu sejak 10.30 pagi. Dalam proses menunggu, dalam suasana yang agak riuh rendah ,si wanita lebih banyak berdiam dengan menenangkan hatinya dengan kalimat-kalimat suci. Si wanita tidak mengenali sesiapa di situ memandangkan itu bukan tempat mastautinnya. berhampiran tempat duduk si wanita ada seorang makcik muda(ujung30-an,awal40-an) asyik bercerita tentang pemanduan dan step-step yang betul untuk setiap chekpoint. Ibarat membuat revision sebelum exam. lagaknya seperti seorang pemandu cekap di jalanraya dan juga litar. Suaranya yang agak kuat membuatkan celotehnya boleh didengari orang sekeliling. Si wanita beristighfar..menjauhkan penyakit hati yang menghinggap! astaughfirullah...

Tiba giliran si wanita memandu bersama pegawai jpj bertugas.Jam di tangan si wanita menunjukkan 2.40pm. Dimulakan dengan Bismillah, si wanita memulakan pemanduan. Akhirnya, Dengan bantuan Allah Yang Maha Kuasa, si wanita tadi lulus ujian memandu jalanraya.syukur...hati si wanita girang. Si wanita pergi ke koperasi berhampiran membeli air bagi menghilangkan dahaga yang ditahan sejak sebelum ujian. Si wanita duduk di suatu sudut bangku batu. si wanita tidak perasan akan kehadiran si makcik yang banyak celotehnya di dewan menunggu tadi.Si makcik menyapa. "dik, lulus tak jalanraya dengan litar??" .Dengan senyuman si wanita menjawab "Alhamdulillah lulus. acik lulus?". Ringkas jawab makcik tadi "dua-dua tak lulus". Si makcik memberi lihat kertas ujian pemanduannya.warna biru dan pink.keduanya  ber-tanda "kandas" . Si wanita terdiam sebelum memberi kata semangat "takpa, acik boleh cuba lagi,Insyaallah". kemudian si makcik meminta diri pulang.
Si wanita menghantar mesej kepada cikgu pengajar mengucapkan "encik.saya lulus test.terima kasih kerana mengajar dengan penuh kesabaran."

Akhirnya, si wanita sudah punyai "P" bagi membolehkannya memandu di jalanraya. Syukur hati si wanita. Si wanita yakin, kejayaannya adalah kerana "RESTU" dan "KEIZINAN" Khaliqnya.
Allah telah menyelesaikan urusan si wanita. Alhamdulillah!
Didikan Allah dalam secebis kehidupan si wanita itu amatlah terkesan di hati si wanita sampai bila-bila.

-tamat-

**cerita tidak ada kaitan dengan mana-mana pihak@individu samada yang hidup mahupun yang meninggal dunia.Yang buruk jadikan sempadan, Yang baik jadikan tauladan**
^_^

Thursday, April 7, 2011

Allah Is The Only One

Munsyid : In-Team




Oh...Friends Allah Is Only One
He Has No Partner Or Son
He Has Made Us And Everything
All Beasts All Fowls
All Birds That Sing

The Sun The Moon The Lovely Sky
The Land The Hills
And The Mountain High
He Knows Whatever We Thing Or Act
Because Allah Sees The Real Fact

And Only He Does What He Wills
And He Makes He Saves He Keeps
Forever The Same No Age No Youth
He Is Perfaction And He Is Truth

Almighty Allah And He Is Wise
He Has No Place No Shape No Size
Forever The Great Is Our God
And Always To Be Adored

Wednesday, April 6, 2011

Pesan Si Abang Untuk Si Adik

 Assalamualaikum Adikku, moga sihat sejahtera dan moga dirahmati Allah SWT hendaknya.



Adikku,



Abang menulis surat ini, dengan pengharapan yang sangat tinggi kepada Allah SWT semoga sekiranya adik membaca surat ini dapatlah adik sedikit sebanyak ilmu mengenai sesuatu didalam kepastian kehidupan, yakni alam perkahwinan. Tidaklah abang menulis surat ini melainkan kasih abang kepada adik dan tanggungjawab seorang abang kepada adik sebelum diserahkan tangunggjawab tersebut kepada bakal suami adik.



Adikku,



Kamu bakal berkahwin, Alhamdulillah telah sampai waktunya didalam buku rezeki kamu, ditakdirkan kamu bersama-sama dengan seorang lelaki yang ditakdirkan didalam buku rezekinya juga, seorang perempuan iaitu kamu. Adikku, surat ini tidak diciplak dari mana-mana surat khabar atau mana-mana tulisan kerana ianya lahir daripada hati seorang abang yang inginkan adiknya hidup bahagia didunia dan diakhirat.



Adikku,



Allah SWT telah mencampakkan kedalam hatimu, perasaan kasih sayang terhadap pasanganmu. Maka hargailah perasaan itu dengan memanjatkkan kesyukuran kepada Allah SWT dan terjemahkanlah syukur itu didalam setiap perbuatan kamu dengan pasangan kamu, moga Allah SWT merahmatimu.



Nyatakanlah syukur kamu dengan bersolat 2 rakaat sujud syukur, kerana kamu telah ditakdirkan berkahwin, sedangkan ada diantara kamu masih ditakdirkan belum berkahwin walaupun telah berusia jauh. Dan setelah itu, rancangkanlah didalam kenduri kahwin kamu, satu majlis yang penuh keserdehanaan tanpa pembaziran yang melampau dan ingatlah! Sesungguhnya syaitan adalah kawan kepada manusia yang sukakan pembaziran.


Adikku,



Didalam kenduri kahwinmu, hendaklah kamu makan makanan yang sama dengan apa yang tetamu makan, janganlah kamu sesekali membezakan makananmu dengan makananan para tetamu kamu. Kerana sesungguhnya perbuatan membeza-bezakan makanan didalam majlis adalah sesuatu yang dikeji oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya yang bermaksud, "Sesungguhnya perbuatan yang paling buruk adalah membezakan makanan dengan yang lain". Semoga kamu dan pasanganmu memperolehi barakah dari Tuhanmu yang Maha Esa di dunia dan di akhirat.



Didalam majlismu, wahai adikku, janganlah terlalu banyak hiburan yang melampaui batas, cukuplah sekadar paluan kompang keranan paluan kompang adalah syariat Rasulullah SAW untuk majlis walimatul-urus. Jika kamu melampaui batas, maka abang khuatir Allah SWT tidak memberikan keberkatan didalam majlismu itu dan ianya menjadi sia-sia disisi Allah SWT tanpa kamu memperolehi pahala daripada-NYA dan memenuhi tuntutan sunnah Rasulullah SAW.



Dan juga, serulah kepada tetamu yang hadir didalam didalam majlismu untuk mendoakanmu dengan doa, "Berkatilah mereka berdua Ya Allah, Himpunkanlah mereka didalam Kebaikkan dan Pisahkan mereka didalam Kebaikkan" mengantikan ungkapan, "Semoga bahagia di hingga ke anak cucu". Kerana itulah doa yang diajar oleh Rasulullah SAW apabila kita berjumpa dengan pengantin didalam majlis perkahwinan mereka.



Janganlah kamu melakukan sesuatu keburukkan didalam majlis perkahwinanmu wahai adikku, keburukkan yang menyebabkan majlismu itu tidak mendapat rahmat dan berkat daripada Allah SWT seperti berpakaian yang tidak menutup aurat dan sebagainya yang tidak ada didalam syariat majlis perkahwinan yang megikut sunnah Rasulullah SAW. Sekiranya majlismu tidak mendapat rahmat dan berkat daripada Allah SWT, abang khuatir perkahwinanmu hanya akan bahagia didunia tetapi sensara di hari akhirat kelak disebabkan kejahillanmu dan kejahillah pasanganmu terhadap agama anutanmu.



Adikkku,



Setelah tiba malamnya, saat indah untuk kamu dan suamimu, maka pesanku wahai adikku, sebelum kamu bersama dengan suamimu maka gesalah kepada suamimu untuk menjadi imammu bagi mendirikan solat sunat pengantin sebanyak 2 rakaat. Dan kamu, adikku menjadi makmum dibelakang suamimu yang tercinta.


Janganlah kamu ambil ringan tentang perkara ini, kerana ulama'-ulama' muktabar menyatakan bertapa pentingnya solat sunat pengantin 2 rakaat supaya Allah SWT sentiasa memimpin kehidupan kamu berdua dijalan-NYA yang lurus dan sebagai benteng pertahanan keluargamu terhadap musuh-musuh yang mendengki kebahagiaanmu setelah kamu mendirikan mahligai kebahagiaan dengan suamimu yang tercinta.



Selepas itu, berdoalah kamu berdua kepada Allah SWT dengan doa memohon pertolongan kepada Allah SWT untuk sentiasa memimpim kamu berdua, menjagai kamu berdua, merahmati kamu berdua, memberikan kepada kamu berdua zuriat yang soleh dan solehah, menjadikan kehidupan kemau berdua bahagia baik didunia dan di akhirat kelak. Semoga Allah SWT merahmatimu, wahai adikku, dan adik iparku.



Adikku,



Setelah itu, pohonlah kepada suamimu supaya meletakkan tangannya diatas ubun-ubunmu, dan mintalah kepada suamimu supaya mendoakan dengan doa berikut, "Ya Allah, aku bermohon setiap kebaikkan yang ada kepada diri isteriku ini, dan aku bermohon dijauhkan setiap kejahatan yang ada didalam diri isteriku ini". Doa ini, adalah untuk suamimu supaya kamu sentiasa ditakdirkan Allah SWT untuk sentiasa berkelakuan baik dan sopan dengan suamimu kelak.



Adikku,



Apabila masanya telah tiba untuk kamu bermesra-mesra dengan suamimu, maka sebelum kamu dan suamimu memulakan pelayaran, bacakanlah doa berikut, "Ya Allah, peliharakan zuriat kami daripada sampukkan syaitan yang direjam, dan jadikan keturunan kami orang-orang yang soleh dan orang-orang yang sentiasa patuh kepada perintah-MU". InsyaAllah, sekiranya daripada hubungan intimmu dengan suamimu itu ditakdirkan mendapat zuriat, maka Allah SWT akan melindungi anak berkenaan daripada sampukkan syaitan selama-lamanya dan moga dengan berkat doa kamu, zuriat dan keturunan kamu adalah terdiri daripada soleh dan solehah.



Adikku,



Setelah kamu berkahwin dengan suamimu, maka ketahuilah wahai adikku, putuslah tanggungjawabku, tanggungjawab ayah dan ibu terhadapmu dan berpindahlah tanggungjawab itu kepada suamimu. MAKA, janganlah kamu langgari perintah suamimu selagimana perintah tersebut tidak menlanggari perintah Allah SWT. INGATLAH ADIKKU! Sekiranya suamimu membuat kebaikkan di jalan Allah SWT maka pahala yang diperolehinya akan sampai kepadamu walaupun kamu tidak melakukannya, tetapi sekiranya kamu melakukan kebaikkan, hanya kamu sahaja yang memperolehi pahala tersebut dan kamu tidak berkongsi dengan suamimu.



TETAPI, sekiranya kamu melakukan kejahatan dan maksiat, maka dosa-dosa yang kamu lakukan akan dikongsi bersama-sama dengan suamimu dan sekiranya suamimu melakukan kejahatan dan maksiat, sesungguhnya hanya dia seorang sahaja yang mananggung dosa tersebut dan tidak akan berkongsi dengan kamu.



Adikku,



Taatlah kamu kepada suamimu selagimana taatmu itu tidak menyebabkan Allah SWT murka kepadamu. Taatlah selagimana suamimu tidak menyuruhmu berjalan di jalan keburukan dan kemaksiatan. Bersabarlah mengharungi rumah tangga bersama suamimu walaupun ditakdirkan Allah SWT, suamimu bukan orang yang beriman kepada Allah SWT. Dan sekiranya kamu bersabar dengan suamimu itu, maka semoga Allah SWT mengurniakan pahala sabar kepadamu sebesar pahala kesabaran Asiah isteri kepada firaun laknaktullah. Sejahat manapun firaun yang mengaku dirinya tuhan, Asiah, seorang isteri yang solehah yang beriman kepada Allah SWT tidak meninggalkan suaminya sehinggalah suaminya mati dihukum oleh Allah SWT tenggelam didalam belahan lautan.



Adikku,



Sentiasalah kamu dan suamimu saling ingat-mengingati diantara satu sama lain untuk sentiasa melaksanakan ibadah kepada Allah SWT. INGATLAH! Rasulullah SWT telahpun bersabda, "Sekiranya seseorang isteri atau suami yang menggerakkan pasangannya untuk bangun bersolat, maka aku mendoakan kebahagiaan mereka kepada Allah SWT". Tidakkah adik tidak mahu mendapatkan doa Rasulullah SAW, insan maksum yang doanya tidak ditolak oleh Allah SWT? Maka salinglah kamu dan suamimu ingat-mengingati tentang hal ibadah kepada Allah SWT, supaya dengan perbuatanmu itu dapatlah kamu berkat doa Nabi Muhammad SAW.



Adikku,



Setakat ini sahajalah surat abang. Abang menulis di sini kerana abang tidak tahu samada panjang atau pendek kehidupan yang diberikan Allah SWT kepada abang. Adikku, ambillah pesan abang ini, dan abang akan terus berpesan-pesan kepada kamu wahai adik kesayanganku sehinggalah Allah SWT mentakdirkan abang pergi dari dunia yang fana ini. Somoga adik memahami isi surat yang tidak seberapa ini.


Sekian,

Monday, April 4, 2011

ADA Apa Dengan Cantiknya Wanita??



"Ambuih... banyaknya koleksi barangan barbie dan princess ni..semua ni qaleesya punya kah??"
"Ha’ah la, semua qaleesya punya. Kak nur nak tak buku note kecil ni. Ambillah satu, yang mereah jambu ni. Qaleesya ada banyak lagi." tulus hati si kecil.
Nur hanya tersenyum sambil mengambil pemberian anak buahnya yang berusia 7 tahun itu sambil mengucapkan terima kasih. Dibeleknya buku note kecil yang kulit depannya dihias gambar kartun barbie yang seksi itu,ditambah glitter warna-warni yang membuatkan tambah menarik menyebabkan kanak-kanak perempuan “suka giler” pada barangan yang berjenama ‘barbie’ ni. Kalau tak dapat, bole hentak-hentak kaki dibuatnya “nak-nak juga”. ..
“qaleesya, kenapa minat sangat kat barangan yang ada gambar barbie ni ea?”soal nur mahu menguji jiwa anak kecil itu
“alaa kakak ni, itu pun tak tahu ke? Mestilah sebab ......barbie cantik..tengok rambut dia ni panjang, baju dia pun lawa-lawa tau..sebab tu qaleesya suka sangat.”
Nur memerhatikan patung barbie yang dipegang anak menakannya itu. “cantik ???” tanpa sedar terkeluar perkataan berbaur terkejut dari mulut nur.. err
“yelah cantik, kenapa ? kawan-kawan qaleesya pun suka. Kak nur tak suka ke??” soal qaleesya pelik gayanya.
err..Alahai ,macam tu cantik ka? Bisik nur dalam hati..baju dress paras paha warna purple yang tergantung di tubuh barbie itu dipandangnya. Geli hati, masakan hanya patung yang tak bernyawa dipakaikan pakaian cantik3? ISH ISH.. yalah, mungkin cantik pada pandangan si kanak-kanak.. 

REALITINYA, siapa yang  tidak sukakan cantik? Apabila si gadis dipuji dengan kata-kata,
"Awak ni cantiklah"
“bestnya muka awak tak da jerawat pun.licinn ja”
 “gebunya pipi awak, geram saya tengok”
maka akan menguntumlah sebutir senyuman dibibir si gadis dan berbungalah hatinya. Tersipu-sipulah ia.

Alahaii... siapa yang tidak seronok bila dikatakan cantik dan lawa?  Begitulah resamnya manusia, kembang dan seronok bila dipuji,  kecewa pula  bila dikeji.
Namun, lain pula halnya bagi si mukminah yang merasa dirinya miskin dengan Tuhannya. Terasa begitu kerdil sekali tatkala berhadapan dengan pujian dan sanjungan manusia. “Ya Allah! Janganlah dengan pujian itu melemahkan imanku,dan jangan pula merosakkan hatiku...” Alangkah indahnya... jika yang cantik itu si isteri , kecantikannya digunakan untuk meniup semangat jihad ke lubuk hati mujahidin.
Subhanallah!

Duhai muslimah,
Ketahuilah, keutamaan dan nilai diri seorang wanita sama ada cantik atau tidak adalah pada akhlaknya. Kalau dia seorang isteri, ketaatannya pada suami adalah akhlak yang indah. Wanita yang cantik tetapi tidak berbudi pekerti tinggi, lebih-lebih lagi isteri yang cantik tetapi derhaka pada suami, err...adalah ibarat bunga hibiscus atau bahasa jawanya “bunga raya”. Cantik warnanya harumnya tiada. Sebaliknya wanita yang tidak cantik tetapi berakhlak mulia, mentaati suaminya sepenuh raga, sentiasa mencari keredhaan Khaliqnya, ibaratlah bunga cempaka. Tiada rupa tetapi harumnya..aduhai.. memikat jiwa..Memukau indera..

Sungguh ruginya,
Wanita yang tidak cantik pula ditambah lagi jika tidak berakhlak pula (berapa banyak 'pula' daa... ) akan menyakitkan penglihatan mata jasmani dan rohani. Ibarat bunga yang tidak cantik tidak pula harum dan wangi. Tubuh yang seksi dipertonjolkan, aksi meliuk lentuk bersama kaum lelaki dihangat-hangatkan, hingga hangitnya dosa tidak pula dirasa! Masyaallah... Apa lagi jika kecantikan itu dijadikan hidangan setiap hari, santapan mata-mata panahan syaitan yang meliar.. Cantik? Indah? Hot?? Banggakah ? Menggoda? Menggiurkan? Alahaiii... geli i mendengarnya (bahasa pasar).  Bila si muslimah menegur berhikmah ,tiba-tiba sahaja melenting marah.
“alahh kau ni, sibuk aja, sukati aku la!! kubur masing-masinglah.Jangan sebok nak jaga tepi kain orang, tepi kain kau tu jagalah sendiri, ada aku susahkan kau?? Hey,  kalau da tak da kerja nak jaga tepi kain orang sangat, pegi sana cari orang lain. Nanti dah tua, tahu-lah aku taubat.!
tak payah nak nasihatkan aku. diri kau pun belum tentu masuk syurga lah!”

Mak aihhhhh, kasarnya! garangnya makcik! Mengucap panjang...Astaughfirullah. Kasihan.... Kalaulah tak sempat tua ajal dah menjemput,menghantar rombongan TANPA risikan mahupun pertunangan... bagaimana agaknya???

Duhai muslimah,
Usahlah bangga dan usah pula risau akan paras rupa untuk merebut kasih sayang manusia. Tetapi marilah berlumba-lumba untuk menjadi wanita yang bertaqwa dan berakhlak mulia. Nescaya disayangi Allah serta makhluk-makhlukNya.
Bersyukur dengan segala nikmat kurniaan Tuhan. Baikkah, burukkah, cantikkah, hodohkah,  itu adalah pemberiNya kepada kita, insan terpilih untuk menjadi khalifahNya di muka bumi.  Yang berwajah cantik atau hodoh sama-sama perlukan persediaan juga. Akan tiba saatnya nanti,  di mana yang berwajah cantik indah dikerumuni oleh semut, cacing dan ditimbusi tanah di liang lahad yang gelap pekat lagi  sunyi sepi.KESEORANGAN TANPA TEMAN!  Tatkala itu BERSANDINGlah manusia dengan kematian. Apakah baru di kala itu mahu diucapkan nikmat Iman dan Islam itulah sebesar-besar pemberian Tuhan? Baru sanggup berjuang, berkorban apa saja demi mendapatkannya?...

Duhai muslimah,
Sebelum terlewat sama-samalah kita mendaki anak-anak tangga menuju ke puncak taubat. Melakukan perubahan...walaupun sekecil-kecil perubahan yang kita mampu, perbaikilah diri dan iman..

Lunakkan hatimu, tenangkan perasaanmu. 
Lihatlah ke seluruh penjuru alam terbentang ini. 
Di mana saja mata menjurus, di sana ada tanda keagungan Tuhan.
Dongakkan seketika  kepalamu  ke langit biru, 
tundukkan seketika  wajahmu ke lantai bumi yang hijau. 
Saksikanlah sinaran mentari, percikan cahaya bulan dan bintang. 
Langit yang dijadikanNya tidak bertiang,  gunung-ganang tidak berpancang. 
Usah terlena dibuai keindahan, sesungguhnya pada segalanya itu terkandung pengajaran bagi oarang-orang yang MAHU BERFIKIR.
"Dan apa sahaja nikmat yang ada padamu dari Allahlah datangnya, dan bila kamu ditimpa kemudaratan maka hanya padaNyalah kamu meminta pertolongan." An-Nahl: 53

p/s :..Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan??




wassalam.

Sunday, April 3, 2011

.::Cemburu Terhadap 3 Orang Wanita Ini::.

Assalamualaikum..ana ingin memberikan sedikit perkongsian kisah 3 orang wanita...





SYURGA adalah untuk lelaki dan wanita yang beriman, taat kepada semua perintah Alah SWT, mencintai Allah dan Rasulullah saw melebihi segala-galanya di dunia ini.

Rasulullah saw menerangkan, tiga wanita yang akan bersama-samanya di syurga ialah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis berikut:

1. Daripada Aishah ra: Aku tidak berasa cemburu kepada mana-mana isteri Rasulullah saw sebagaimana aku mencemburui Khadijah ra, meskipun beliau telah meninggal dunia ketika Baginda mengahwiniku. Aku selalu mendengar Rasulullah saw menyebut hal Khadijah, dan Allah SWT telah memberitahu Baginda bahawa Allah telah membina sebuah istana bernama Qasab (yang diperbuat daripada batu permata dan mutiara di syurga), dan apabila Baginda menyembelih kambing, Baginda akan mengirimkan bahagian-bahagian kambing itu kepada rakan Khadijah. (Hadis al-Bukhari)

Daripada Ismail RA berkata, aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa, Adakah Rasulullah memberi naungan kepada Khadijah?Beliau menjawab, Ya, iaitu istana Qasab di syurga di mana keadaannya sangat menyelesakan dan mendamaikan sekali.(Hadis riwayat al-Bukhari).

Daripada Abu Hurairah berkata,Jibrail as datang kepada Rasulullah saw dan berkata, Wahai Rasulullah! Ini Khadijah datang menemuimu dengan membawa sup daging (atau makanan dan minuman). Apabila dia mendekatimu, sampaikan salam Tuhannya (Allah) kepadanya dan dariku, dan berilah naungan sebuah istana Qasab di syurga yang di dalamnya sangat indah dan menggembirakan. (Hadis al-Bukhari).

2. Daripada Ata bin Abi Rabah. Berkata Abbas kepadaku,Mahukah aku tunjukkan seorang wanita syurga kepadamu? Kataku,Ya.Dia berkata,Wanita hitam ini datang menemui Rasulullah saw dan berkata,Ya Rasulullah, aku menghidap sejenis sawan yang menyebabkan auratku terbuka, doakanlah untukku ya Rasulullah. Rasulullah berkata kepadanya,Jika kamu mahu, bersabarlah dan kamu akan masuk syurga; dan jika kamu mahu, Aku akan meminta Allah menyembuhkan penyakitmu itu.

Wanita itu berkata,Aku akan terus bersabar.Dan dia menambah,Tetapi auratku akan terdedah kerananya, jadi mintalah kepada Allah untukku agar auratku terpelihara. Rasulullah pun mendoakannya untuk itu..

3. Daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah saw bersabda,Aku melihat diriku (di dalam mimpi) memasuki syurga, dan berhenti! Aku melihat ar-Rumaisa, isteri kepada Abu Talhah. (Hadis riyawat al-Bukhari)

Cuba kita renungkan daripada ketiga-tiga contoh wanita syurga ini. Bagaimana mereka boleh terpilih menjadi ahli syurga, bagaimana cara kehidupan mereka, kelakuan, cara mereka bercakap, berpakaian dan sebagainya yang sepatutnya menjadi contoh kepada semua wanita yang mahukan balasan syurga. Jelesnya ana! http://www.emocutez.com
Ibrah story

Wanita berkulit hitam yang disebut di dalam hadis di atas tidak diketahui namanya, dari mana asalnya. Cuma yang diketahui adalah amalannya, keimanannya, sifat malunya, harga dirinya, kebimbangannya mengenai auratnya yang terdedah apabila diserang penyakit sawan yang dihidapinya dan itulah yang membawanya menjadi ahli syurga. http://www.emocutez.com

Beliau ini menghidapi penyakit dan dia datang kepada Rasulullah saw minta didoakan penyakitnya sembuh. Dia tahu, kuasa penyembuhan adalah daripada as-Shaafee hanyalah Allah SWT. Dan Allah mengabulkan setiap doa Rasulullah saw.

Bagaimanapun, dia memilih untuk tetap sabar dan menderita di dunia untuk mendapatkan ganjaran syurga.

Ingatlah, iman+penderitaan+sabar adalah syurga balasannya. Dia redha menahan penyakit yang dideritainya itu semata-mata mengharapkan keredhaan Allah SWT dan tidak sekali-kali menjadikan alasan penyakitnya untuk melanggar perintah Allah SWT iaitu membiarkan auratnya terbuka sewenang-wenangnya. http://www.emocutez.com

Begitu juga dengan wanita Muslim lain yang mungkin terpaksa berdepan dengan cabaran hidup dengan cara yang lain. Tidak kira siapa kita, sekiranya kita tetap pada jalan Allah, kita akan berhadapan dengan pelbagai dugaan, kesukaran kerana untuk mendapatkan syurga terpaksa melalui pelbagai rintangan. Tidak ada jalan mudah untuk mendapatkan syurga.

Seorang yang mengenali Allah dan Rasul-Nya, tidak akan ragu-ragu mengikut segala perintah-Nya. Dia akan terus mengharungi cabaran, cubaan dan rintangan atas nama Allah dan Rasul-Nya, semata-mata kerana rasa taat, kasih dan penuh yakin pertolongan dari Allah akan tiba.

Seorang wanita Muslim wajib memakai tudung dan pakaian yang menutup aurat.
Bukanlah bermakna bertudung dengan hanya menutup kepala tetapi berpakaian ketat dan sendat, jarang hingga menampakkan susuk tubuh, bergaul bebas, bersenda gurau dan bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim; tiada rasa malu hingga menjejaskan maruah wanita Islam seluruhnya. Hijab yang sebenarnya itu membabitkan fizikal, moral dan rohani.

Wanita yang disebut dalam ketiga-tiga hadis di atas ialah contoh wanita yang menghambakan diri kepada Allah SWT, beriman dengan sebenar-benarnya, ikhlas, muslimah, taat kepada Allah SWT dan Rasulullah saw, bijak dan berfikiran jauh.

Jika wanita Muslim hari ini mahukan balasan syurga, contohilah Khadijah, wanita berkulit hitam dan ar-Rumaisa.

Iman itu bukan hanya harapan, ia adalah apa yang terpancar di dalam hati dan dibuktikan dengan amalan…

p/s : renung-renugkan dan selamat beramal... ^_^

wassalam..