Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Sunday, July 24, 2011

.: 8 Pesan Saidina Ali Bin Abi Talib ::.

1) Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyuk

2)Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

3) Tiada kebaikan bagi pembaca Al Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya

4) Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat wara'.

5) Tiada kebaikan mengambil teman tenpa saling sayang-menyayangi

6) Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

7) Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi  keikhlasan

8) Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya, siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya, siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak wara', sedang orang yang tidak wara' itu bererti hatinya mati.

Saturday, July 23, 2011

.::HambaMu::.

Assalamualaikum.  Memenuhi permintaan seorang adik... :)

video

Friday, July 15, 2011

::Istikharah Cinta::

Assalamualaikum...

Sekadar ingin share vid ini... terima kasih kepada sahabatku, rafidah.. :)


video

Nur Kasih Humaira (Last Part) :)

Humaira dan Ummu Faridah mengenakan persalinan jubah hitam yang amat digemari mereka semenjak dahulu lagi. Mudah dikenakan dengan warna tudung yang sedondon mahupun warna yang lain. Ringkas, sederhana dan kemas. Imej muslimah tetap menjadi pilihan mereka, tidak kira sederas mana pun arus kemodenan mendatang yang semakin melenyapkan identiti seorang muslimah itu sendiri, dengan kemunculan pelbagai jenis fesyen terkini hingga mewujudkan istilah  'muslimah ranggi'. Biarlah orang hendak kata kolot, atau tidak up-to-date, mereka tetap selesa begitu.

Orang ramai mula memenuhi dewan . Humaira dan Ummu Faridah mengambil tempat duduk di bahagian yang terhadapan. Syukur masih ada yang kosong.
Sudah lazimnya mereka gemar duduk di bahagian hadapan agar lebih fokus mendengar penyampaian penceramah.
Ramai juga sahibah-sahibah yang datang yang mereka kenali kerana pernah mengikuti program bersama-sama. Ukhuwah yang terjalin masih mekar di hati meskipun masing-masing sudah bertebaran di muka bumi Allah dengan kehidupan masing-masing.

" enti, ana nak ke toilet sat.. enti tolong jaga beg ya." ujar humaira
"ok. ok. cepat sikit tau, kalau ikut tentatif ni, penceramah dah nak masuk dewan."
Selepas beberapa minit, Humaira kembali masuk ke dalam dewan. Mengambil tempat duduknya.
Ummu Faridah menyiku sahabatnya.

" enti, cuba tengok penceramah di hadapan itu. enti kenai dak yang tengah tu?"
Humaira megalih pandangannya sekilas kepada yang dimaksudkan sahabatnya. Dahinya berkerut cuba mengingat sesuatu. jantungnya berdebar tiba-tiba. Segera Humaira menunduk wajah.
"macam kenai...." humaira menjawab dalam perlahan ,nada berbisik .
" bukan 'macam kenai', memang kenai la.. itu kan senior kita masa study dulu,yang depa dok sebut-sebut imam muda tu..
Mujahid Ali Saifullah"
"ya..." ringkas humaira membalas kata sahabatnya. Hatinya menyebut satu nama... 'Allah...' mengapa dia berdebar, dia tidak tahu. Apakah ini satu ujian tuhan. 'Ya Allah, kuatkan hati hamba'.
"enti pernah admire dia juga kan?"
"err.. itu kisah lama. biasa-biasa ja sekarang."
"kalau dia melamar, enti terima dak?" Ummu Faridah menyakat.
"merapu ja enti ni.."
" enti agak-agak, dia dah kahwin belum?"
"ishh, banyak soal-lah enti ni. Majlis dah mula. Nanti-nanti ja ana jawab ,ok."

Kupasan demi kupasan yang diberikan oleh dua orang penceramah jemputan, di catat humaira dengan baik di dalam buku nota kesayangannya. Buku nota yang dibuatnya sendiri menggunakan bahan terpakai. dibawa kemana sahaja di dalam begnya untuk memudahkan dia menulis mahupun membaca kembali ilmu-ilmu  yang diperoleh melalui program-program yang disertainya, ceramah mahupun tazkirah yang didengarinya dari pelbagai sumber.
Lebih kurang jam 5.00 petang, program selesai.

Keluar sahaja dari dewan, Humaira bertembung dengan seorang sahibah yang ingin sangat ditemuinya. Anna Khaulah! Seorang pensyarah, penulis buku, dan penulis blog yang amat dikaguminya. Mereka sering berhubung di alam maya. Terasa sangat rapat walaupun tidak pernah bersua muka. itulah ukhuwah! Hanya gambar dan perbualan melalui sms,menjadi penghubung. Humaira merupakan pengunjung setia blognya , membaca hasil penulisan beliau banyak memberikan motivasi dan inspirasi kepadanya. Dia juga amat mengagumi wanita berniqob seperti Anna Khaulah. Sungguh, dia tertarik dengan akhlak beliau. Sungguh rendah hati dan lembut dalam berbicara.

Humaira lantas meluru kepada insan itu sambil menarik tangan Ummu Faridah .
"Assalamualaikum.... ustazah Khaulah, ana, humaira. "  Humaira berdiri di sisi Anna Khaulah.
" Ya Allah, Humaira, tak sangka jumpa kamu di sini."  mereka bersalaman mesra.
"Sudah berapa kali akak cakap, jangan panggil ustazah, paggil 'kakak' atau 'kak khaulah' saja." 
" hihi, ana faham, saja mengusik kak Khaulah."
"macam mana kamu boleh datang ke sini?" tanya Anna Khaulah.
"sebelum tu, ana perkenalkan, ini sahabat ana, Ummu Faridah. ana sedang bercuti sambil ziarah keluarga sahabat ana ni di perlis.
kebetulan ada program di USM. Sahabat ana ni yang mengajak ke mari. Tak sangka rezeki berjumpa kak khaulah."
" ya ka. Kalu macam tu, jemputlah datang ke rumah akak, kita makan-makan dahulu, boleh kenal dengan keluarga akak." Anna Khaulah mempelawa.
" tak mengapa kak, lagipun, kami sudah janji dengan ibu untuk balik hari ini. sebab esok, ana sudah nak balik ke KL. Insyaallah, lain kali ya kak."
" tak mengapa lah kalau macam tu, lainkali kalau datang Pulau Pinang, bagi tahu akak ya. Sekarang akak menetap di sini, mengikut zauj akak. Tapi keluarga akak masih ada di Kedah".
" oh ya ka.. indahnya percaturan Allah. Macam mimpi ja jumpa akak di sini..."
belum sempat humaira menghabiskan ayatnya, satu suara memanggil Anna Khaulah.
" kak khaulah,  abang Solihin sudah tunggu di kereta ." tiga pasang mata bertumpu kepada  satu suara.
Mujahid Ali Saifullah!
" Ya dik? dia tak pergi makan dahulu?"
" Adam sudah tidur, katanya tadi mahu terus balik. Telefon akak tak dapat."
"Masyaallah, akak 'silent' telefon tadi sejak dari dalam dewan."
 Humaira dan Ummu Faridah hanya mendengar saja patah bicara dua orang di hadapan mereka dengan  tanda tanya.
"oh ya, dik, ini kawan akak, humaira dan ini, faridah."
"humaira, faridah, ini adik akak, Mujahid Ali Saifullah."
Keduanya hanya menunduk sedikit tanda hormat.
"Ya Allah.. dia adik kak khaulah.... !" 


*************************************************************************************************************************************************
Bagaikan permata di celahan kaca
kerdipnya sukar untuk dibezakan
kepadamu tuhan, ku pasrah harapan,
moga tak tersalah pilihan
nur kasihmu mendamai di kalbu,
jernih setulus tadahan doaku
rahmati daku dan permintaan ku
untuk bertemu di dalam restu...
kurniakan, daku serikandi
penyejuk dimata,penawar di hati
di dunia dialah penyeri
di syurga menanti, dia bidadari
kekasih sejati , teman yang berbudi
kasihnya bukan keterpaksaan
bukan jua, kerana keduniaan
mekar hidup disiram nur kasih
Ya Allah kurniakanlah kami isteri dan zuriat yang soleh
sebagai penyejuk mata..
ditanganMu tuhan ku sandar impian,
penentu jodoh pertemuan                                                         
seandai dirinya tercipta untukku
relaku menjadi miliknya..


"enti, best kan lagu nur kasih ni.. lama dah album ni keluaq tapi tak jemu mendengar sampai sekarang" dendangan lagu-lagu nasyid di ikim.fm menjadi halwa telinga dua sahabat baik itu sepanjang perjalanan pulang ke perlis.
"best.. ana suka.. " tersenyum humaira. teringat kata-kata roomatenya, safiah semasa time study dulu apabila humaira menyatakan minatnya pada lagu ini.
*****************************************************************************************************************************
"eleaaa... akak tahu, kamu minat lagu ni sebab sama dengan nama kamu kan..ecece.."
"urm... mungkin...tapi lebih tepat, sebab teringat sangat kat abah dan  umi yang beri nama ana... hihi"
"kenapa pula teringat kat abah? bukan kah ini lagu doa, pengharapan kepada Allah untuk teman hidup yang soleh?"
"ya betul , cuma abah pernah bagi tahu, abah dan umi minat pada lagu ini . Tak terlintas ada bait lagu indah macam ini , ada iras nama ana, hihi."

#####################################################################
"abah, kenapa abah bubuh nama kakak Nur Kasih Humaira?"
abah tersenyum lebar . Angin sepoi bahasa mendamaikan suasana petang di kampung batu pahat.
Humaira bersama abahnya berehat di pangkin dibawah pokok yang redup selepas beriadah bermain badminton bersama-sama. Adik-adiknya pula bermain layang-layang di padang berhampiran rumah mereka.
"kenapa? kakak tak suka nama tu?" abah menyoal semula.
"eh suka sangat..saja nak tahu..boleh kan bah"
wajah tua abah dihiasi segaris senyuman.
" 'nur' bermaksud cahaya, moga menjadi doa buat anak abah agar dilimpahi cahaya sepanjang hidup, 'kasih' supaya anak abah menjadi seorang yang penuh dengan kasih sayang, humaira pula bermaksud kemerahan, juga merupakan panggilan manja Rasulullah kepada isteri baginda, Saidatina A'ishah, semoga anak abah ini menjadi wanita solehah, manja juga abah tengok."
"abaahhhh, ada saja nak mengusik akak. manja dengan abah ja takpa kan..." humaira memegang lengan abahnya.
".. nanti kalau kakak dah berkahwin, tak manja dah dengan abah.." nada sedih abah mahu mengusik puterinya yang seorang itu.
"..eeeiii, tak danya bah.. tak moh kawen boleh kan bah..nak jaga abah dengan adik-adik ja.."
"esok-esok kalau abah dah tak da, siapa pula yang akan jaga kakak?.."
####################################################################
Suara Ummu Faridah memecah ingatan humaira pada abahnya.
"enti, ana rasa macam mimpi saja kita jumpa dengan Mujahid yang sudah bertahun tak pernah nampak depan mata . Tak sangka sudah jadi ustaz sekarang, ustaz Mujahid. Tak sangka pula dia masih kenai kita junior dia masa study dulu, satu persatuan pula. Lepastu kak Anna Khaulah pula adalah kakaknya. Sahabat yang enti sangat kagumi. kak khaulah tak pernah cerita mengenai keluarga dia ka kat enti?"
Panjang lebar Ummu Faridah berceloteh.
                                                                                                                                                                               "ada juga sikit-sikit..enti, kan ana sedang memandu ni, tak menyempat nak soal di rumah?"
" hihihi... alaa.. ana tanya ja... berseri-seri wajah ustaz mujahid tu kan? enti masih suka dia lagi?"
"ya Allah.. enti ini..ada-ada ja nak pekena ana." merona merah muka humaira.
"elea enti... haa.. kan tu muka sudah merah...elea... ada hati lah tu.."
"memanglah ana ada hati, kalau tidak, tak hidup lah ana, tak da lah ana sebelah enti ni.."
"ishhh, main-main, ketuk sat g baru tau"
"tak payah tunggu 'sat gi',  'la ni' pun buleh..hihi"
Tawa halus dua sekawan memenuhi ruang kereta.
"orang nk pekena dia, orang pula yang 'terkena'" rungut Ummu Faridah dalam sisa tawanya.
************************************************************************************************************************************************
Jam menunjukkan 3.30 pagi. Humaira masih belum mampu melelapkan matanya. Mungkin kerana sudah terlelap selepas waktu Maghrib tadi. Matanya jadi kurang mengantuk. Humaira bangkit dari pembaringan. Membersihkan diri sebelum bertemu kekasih tercinta. Selesai ber'cinta', dia mengaji pula . Sungguh damai hati waktu sunyi begini. Humaira lihat jam dinding di dalam biliknya, 5.15pagi. Tergerak hatinya untuk membuka laptop dan mencari e-mail seseorang.

Humaira membelek peti inbox emailnya. Dicari email kak Anna Khaulah yang tiba di dalam inboxnya hampir dua bulan yang lalu. Belum berbalas.

##############################################################
Assalamualaikum. humaira sihat?                                                                          #
Moga dalam limpahan rahmatNya jua.                                                                  #
Apa khabar iman? Moga Allah masih memberi kemanisannya...insyaAllah             #
Humaira, sudah difikirkankah perkara yang kami sekeluarga hajatkan?                  #
Umi dan abi sudah bertanya..?                                                                              #
Apabila kamu sudah bersedia, balaslah email akak ini.                                           #
                                                                                                                            #
Yang menanti penuh sabar,                                                                                    #
-Anna Khaulah Sekeluarga-                                                                                  #
###############################################################

Seandainya dunia tiada warna
Tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
KudratNya ku agungi
namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti..
Hanyalah cintaNya
yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji naluri....
Moga tak diuji
asyik cinta duniawi
mengharap teguh redha ilahi
kerana segala kurnia hadirnya hanya pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan bahagia...

*****************************************************************************************************************************

Sayup azan subuh mengejutkan humaira yang terlena di hadapan laptopnya.
"astaughfirullah.." humaira memandang muka jam. 5.45 pagi.
Lantas dia mengambil wudhu' untuk menunaikan solat subuh. Usai berdoa, humaira teringat akan mimpi dalam lenanya tadi
yang sebentar cuma. Siapakah rijal yang leka membaca Al-Quran di suatu sudut itu? membuat hatinya damai..
"Subhanallah"...hatinya berdebar... percik peluh di dahi disapu. Dipejamkan matanya seetika lalu beristighfar.
airmatanya mengalir...
"Ya Allah...mungkinkah ini petanda..."





-Tamat-



p/s : cerita di aas hanyalah rekaan semata, tiada kaitan samada yang hidup mahupun meninggal dunia...