Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Monday, March 28, 2011

EGO,ego.com.my

egois...........

katamu apa yang kau impikan
segalanya kan pasti jadi kenyataan
setiap apa yang kau inginkan
sekelip mata dalam genggaman
nadamu berbaur keegoan
katamu kau tak perlukan teman
walaupun sendirian
walaupun kesunyian
kau punya segala kelebihan
bibirmu ketandusan senyuman
jeling pandangan hanyalah d ekor mata
atur langkah penuh keangkuhan
gerak gaya lambang kemegahan
kau terlupa apa yang kau ada
segalanya kurniaan yg esa
hanya seorg hamba
yang diuji imannya dgn kenikmatan dunia
bicara hatimu tentang sepi
sengaja tak pernah kau akui
bagaikan sang merak yang indah bulunya
namun tidak mampu terbang ke angkasa
hey sang merak
indah bulunya
tidak mampu terbang ke angkasa
andai dibiar keegoan merata hati dan perasaan
usah kau pertikaikan jiwamu
mengapa tiada rasa ketenangan
pernahkah terlintas di minda
ketika kau kesusahan
siapakah yang kan hadir menjadi pembantu
bicara hatimu tntg sepi
sengaja tak pernah kau akui
bagaikan sang merak yg indah bulunya
namun tidak mampu terbang ke angkasa
bukan ku sengaja
mencari silapmu
engkau ku rasakan
mampu menjadi saudara
sedarlah jasa baktimu diperlukan...
curahkan pada insan...
yang memerlukan....
munsyid:mestica


Assalamualaikum saudaraku.. alhamdulillah bertemu lagi dalam siaran pada kali ini...
(siaran menulis dan menaip...moga memberi manfaat, dan peringatan untuk diri ana sendiri juga perkongsian buat saudara se-Islam), insyaallah :)
Opening penulisan ini ana letakkan bait lagu dari kumpulan mestica-egois...
kenapa ana bubuh lagu tu ya? sebabnya ana tetiba ingat lagu ini ketika jari jemari ini menjalankan tugasnya untuk entry kali ini..http://www.emocutez.com
urm...apa agaknya yang kita faham mengenai egois ni .... selalunya orang mengaitkan bahawa lelaki ini sifat egoisnya lebih tinggi berbanding wanita... betui ka?? entahlah, itu pendapat orang ramai berdasarkan survey secara kasar...
Tapi saudaraku, pada pendapat ana lah kan.. sifat ego ini boleh jadi "barah" tak kira jantina.. ada juga wanita yang egoisnya agak tinggi,hampir menyamai lelaki..atau mungkin lebih dari seorang lelaki? seorang sahabat ana penah mengatakan.. "orang yang mempunyai sifat ego ini, takkan mengaku akan sifatnya itu... selalu sahaja hendak menang bila berkata-kata,  gemar menyalahkan orang lain http://www.emocutez.com, selalu menganggap diri sendiri saja yang betul, dan sukar menerima pandangan orang lain.." betui ka?? tepuk dada, tanyalah iman...
Wah... cuba kita check sama-sama, ada tak kita termasuk dalam kategori tu... kalau ada, sama-samalah kita koreksi diri kita sendiri...perbaiki kelemahan yang ada, tingkatkan keimanan kepada yg Esa. 
Pendapat ana, setiap orang ada sifat egois dalam diri, cuma tahap tinggi, sederhana atau rendah sahaja bezanya, dan cara bagaimana kita mengawal sifat egois itu sendiri...janganlah sampai ia memakan diri dan merosakkan diri kita...http://www.emocutez.com
ataupun lebih baik lagi jika sifat egois ini kita boleh buang jauh2 dari kamus hidup kita, Alhamdulillah jika begitu..
orang yang tinggi egoisnya takkan kemana...sedarlah hidup kita ini hanya persinggahan sementara, sebagai seorang hamba Allah, kita tidak boleh hidup menongkat langit... siapalah kita untuk hidup menyombong diri dengan kekuasaan dan pangkat yang ada...??
Tiada kita manusia membawa itu semua di akhirnya kita akan kembali mengadap yang Maha Esa...?
Segala pangkat, kekuasaan, harta dan segala-galanya yang bersifat keduniaan akan ditinggalkan...http://www.emocutez.com

Saudaraku, lebih buruk lagi jika kita sebagai hamba , ego terhadap khaliq kita ( Allah SWT).. sedihnya.. :(

Allah suruh tutup aurat, dia dedah aurat -sexy-maxi
Allah suruh jauhi zina, dia syok buat zina hingga ter-mengandung
Allah suruh monghormati ibu bapa, dia sepak-terajang-maki hamun
Allah suruh solat 5 waktu sehari semalam, dia sibuk dengan kerja sampai tak ingat solat
Allah larang main judi , dia nak-nak juga berjudi sebab 'bajet' boleh jadi kaya
http://www.emocutez.com

Masyaallah.. betapa masih ramai lagi manusia yang egois kan... yang akhirnya membawa kepada penderhakaan kepada tuhan yang menciptakan kita... Nauzubillah... jika beginilah perangai kita, Layakkah kita menjadi tetamu SYURGA ???
...(tidakkkk!!)http://www.emocutez.com
ayuh saudaraku, perbaikilah diri kita dan ajaklah orang lain,
selagi nadi masih berdenyut, nafas masih menghela.. kembalilah ke pangkal jalan...bertaubatlah kerana sesunguhnya,  Allah maha pengampun..
Saudaraku, Kematian tidak mengira usia tua atau muda...tiada appoinment bersama izrail, tiada kalender menyatakan tarikhnya, tiada jam loceng yang mengejutkan bila tiba waktu... 
berdoalah selalu, agar kita kembali kepadaNya dengan  husnul khatimah,
bukannya su'ul khatimah...
wallahua'lam...

p/s :buang sifat ego dan sombong kepada Allah





No comments:

Post a Comment