Assalamualaikum Wbt

Salam sejahtera semua...Bulan April menejengah sudah.. bagi pelajar-pelajr di IPT masing-masing sedang
sibuk menghadapi kuiz, test, latihtubi dan final presentation..rindunya zaman study dahulu...
time-time macam ini lah
tak cukup tidur, selera makan menurun, masa jadi
pack dan
berat badan pun menurun.hihi.
Masa adalah ujian paling besar yang akan hadir time2 sibuk macam ini. mana nak bahagikan masa untuk akademik,
duniawi dan
ukhrawi.Namun, Alhamdulillah, semua itu dapat dilalui dengan bantuan dari Allah SWT.

Dalam kesibukan kita
me-refresh segala ilmu yang dipelajari semester ini, jangan pula kita lupa akan
pemberi kejayaan kepada kita iaitu "Allah Swt". Setiap orang pasti inginkan kejayaan dalam segala hal yang dilakukan termasuklah peperiksaan. Dulu-dulu, dengar sahaja nama
"exam" , mula lah ana
nervous. Menghitung harinya
paper yang pertama bermula dan paper last yang menentukan bila tarikhnya dapat
pulang ke kampung setelah separuh tahun bergelumang dengan PnP dan kehidupan kampus.

Setiap dalam kehidupan kita tidaklah lari walau sesaat cahaya daripada
PANDANGAN ALLAH..
sesiapa sahaja boleh merancang, namun Allah yang menentukan di akhirnya bagaimana perancangan itu. Apa yang kita inginkan kadangkala kita akan dapat, tetaplah
BERSYUKUR! kerana sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui akan apa yang terbaik buat hambaNya.
BERSABARLAH! DIA lebih tahu apakah yang kita rancangkan itu yang baik atau buruk buat kita.
BERSANGKA BAIK-husnu dzhon selalu dengan
Allah. Tidaklah ditimpakan sesuatu itu kepada kita melainkan ada
hikmah yang akan menjengah disebaliknya. Tiada siapa yang merancang untuk gagal bukan?
Pepatah kata, usaha tangga kejayaan, namun ada juga yang sudah berusaha, namun kejayaan bukan miliknya...siapakah yang perlu dipersalahkan? adakah kita
redha dengan ketentuan... moga begitulah hendaknya...pasti ada hikmah yang tersembunyi, yaqinlah!

Yang paling penting, kita
tidak boleh berputus asa dan tetap meneruskan usaha tanpa mengenal erti
jemu. Mungkin , usaha kita belum cukup untuk membeli harga sebuah kejayaan yang kita inginkan. Jika kita gagal untuk yang ke 100 kali,
bangkitlah untuk usaha yang ke 101 kali, siapa yang tahu, rezeki kejayaan kita pada tangga usaha ke 101 itu? yakinlah dengan rezeki ilahi, cepat atau lambat sahaja waktu yang ditetapkan untuk kita... formula kejayaan yang paling famos
"KEJAYAAH=USAHA+DOA+TAWAKKAL" insyaallah, membuah kejayaan. :)
sedikit perkara
basic yang boleh dilakukan hampirnya exam:
-telefon mak dan abah
minta maaf dan
restu mereka minta doa mereka
-minta maaf dengan pengajar, minta
halal ilmu
-minta maaf dengan
rakan sekeliling
-
study group
-ber
Nazar (mengikut kemampuan)
-kurangkan
gelak berlebihan
-memakan makanan yang boleh
menguatkan ingatan dan minda
-
cukup rehat
-lakukan
ulangkaji pelajaran
memper
banyak amalan sunat untuk
makanan rohani:
-Puasa sunat isnin;khamis
-qiamullail
-mengaji,berzikir
-Banyakkan berdoa
-mendekatkan diri dengan Allah
-dan lain-lain yang boleh menambah aura ketenangan hati
**boleh amalakan?...tak susahkan?..
Akhir qalam, kepada semua sahabat-sahabat dan adik-adikku yang akan menduduki peperiksaan,
usaha itu pengorbanan,
kejayaan Allah tentukan, insyaallah.
SELAMAT BER-JIHAD!!
Semoga Berjaya
aminn.. :)
wassalam..
No comments:
Post a Comment