Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Sunday, August 15, 2010

ADA Apa Dengan Kurma??

Assalamualaikum Wbt...Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya dapat ana menyambung tugasan untuk blog ana ni ^_^ . Alhamdulillah, syukur atas nikmat iman dan Islam yang Allah masih kurniakan buat diri ini.. sahabat-sahabat apa khabar iman agaknya?? ( tepuk dada, tanya iman.).. soalan inilah pertama kalinya menjengah pendengaran ana ketika mula-mula dahu lu berkenalan dengan seorang sahibah…:)

Sekejap sahaja rasanya masa menjengah kita,  Dengan izinnya juga hari ini telah masuk hari ke-5 umat Islam menunaikan ibadah puasa... Alhamdulillah… Bila sebut bulan Ramadhan, tak kan ketinggalan sejenis makanan yang biasanya jarang di makan di bulan-bulan yang lain melainkan bulan Ramadhan. Even ana sendiri pun , kalu dalam bulan-bulan yang lain, tak pula tercari-cari buah ini…hihi… entah mengapa time bulan ini sahaja nama buah ni agak Famous… Jpadahal, terlalu banyak istimewanya buah ini …..  Tahu kah buah kalian buah apa itu?? Obviously buah KURMA kan.. agak menyedihkan bulan Ramadhan kali ini kerana ana dan roomate tak berkesempatan untuk keluar dan mencari bekalan buah kurma untuk bulan puasa ini… namun dengan izinNya juga, seorang pensyarah memberikan sekotak buah kurma kepada kami pada hari 1St Ramadhan… Alhamdulillah… terima kasih puan… ^_^ (dalam masa terdekat ni tak perlulah keluar beli kurma…rezeki Allah..) ^_^


Kenali Si Manis Kurma ^_^ ....................................................................................................................



kurma= dates
  • Nama: Busr = kurma muda yang belum matang
         Ruthob = kurma matang yang masih belum keras
         Tamr = kurma yang matang dan masak
  • Nick Name : Phonex dactylifera
  • Jenis tumbuhan : Palma


 inilah pokok kurma..
    • Kegunaan pokok antaranya:- Biji benih kurma direndam dan dikisar untuk memberi haiwan makan. 










      - Daun matang digunakan untuk membuat tikar, skrin, bakul dan kipas. 
      - Kayu pokok kurma digunakan untuk tiang dan rafters untuk pondok, ia lebih ringan daripada kelapa.
    • Kelebihan si manis kurma:
    • Sejarah
    Dalam sejarah Islam, antara fakta yang amat popular mengenai kurma yang amat tinggi khasiat ini adalah catatan sejarah Saidatina Maryam ‘Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa ‘Alaihissalam dirakam di dalam Al-Quran; (Ketika ia hendak bersalin) maka kesakitan itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); Al-Quran :Surah Maryam [Ayat 23]
          Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya: "Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.”Al-Quran: Surah Maryam [Ayat 24]
          Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak. Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Al-Quran: Surah Maryam [Ayat 25- 26]

    •       Yang Istimewa
           Lebih 1400 tahun buah yang berkhasiat ini dianugerahkan kepada manusia dikenali menurut sejarah. Masyarakat seluruh dunia kini mengiktiraf buah yang tahan lasak atas kemampuannya tumbuh di padang pasir dari Timur Tengah Arab ini sebagai makanan wajib harian atas keberkesanannya dalam memberi tenaga, membantu memperkemaskan sistem fungsi tubuh dan otak.


    •            Keberkatan
          Makanan Pilihan Rasul, Ulama’ & Ahli Ibadah
          Daripada Salman ibn 'Aamir, “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: Jika salah seorang di antara kamu hendak berbuka puasa, berbukalah dengan kurma sebab kurma itu barakah (berkat), kalau tidak ada maka dengan air kerana air itu bersih dan suci.” (Hadis riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
          Sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: “Sebaik-baik makanan sahur orang yang beriman adalah buah tamar” (Hadis riwayat Abu Daud)
          Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya:
          "Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya (bertahnik) dengan buah kurma. (dijelaskan tambahan dalam riwayat Imam Bukhari) “.. maka Baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam mendoakan kebaikan dan mendoakan keberkatan baginya, lalu menyerahkan kembali kepadaku." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

    •            Pilihan Rasulullah ketika berbuka puasa:
           Menurut Anas bin Malik r.a., Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji kurma yang segar sebelum menunaikan solat (Maghrib). Sekiranya tidak ada kurma yang segar, baginda akan berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada juga kurma kering, Baginda mengambil beberapa cedok air. (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi).
          Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan daripada Sulaiman bin Amir bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila seorang di antara kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan kurma. Sekiranya tidak ada kurma, hendaklah ia berbuka dengan air kerana air itu bersih lagi membersihkan.
          Diriwayatkan dari Anas bin Malik yang berkata: “Adalah Nabi (SAW), tidak berangkat menuju musolla kecuali baginda memakan beberapa biji kurma, dan baginda memakannya dalam jumlah bilangan ganjil.” (Riwayat: Al-Bukhari dan Muslim).


    Inilah ladang kurma...
























    kurma...lazimnya dijadikan juadah wajib berbuka puasa...

    •  Dapat mencegah penyakit melalui:


    ·         Pengurangan tekanan darah tinggi, seterusnya mengurangkan risiko angin ahmar dan risiko sakit jantung.
    ·     Kalium di dalam kurma dapat membantu membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot-otot dan mengatur tekanan darah.
    ·     Kandungan kalium yang tinggi juga mampu merendahkan risiko serangan angin ahmar.
    ·     Mengelakkan sembelit, radang usus, anemia dan sebagainya.
    ·     Mencegah pelbagai penyakit kronik seperti kencing manis di samping menyihatkan sel darah    merah.
    ·     Mencegah lemah otot, lesu, barah usus besar dan sengal-sengal badan.


    ----------------------------------------------------------------
    wah... unik sungguh buah kurma ni kan... dengan khasiatnya yang pelbagai, ia sepatutnya dijadikan makanan rutin harian, bukan sahaja sebagai makanan wajib di bulan Ramadhan ini... :)
    Setakat di sini dahulu entri ana pada kali ini... insyaallah, C U again...^_^
    ---------------------------------------------------------------- ---------------------------------------------
    Wassalam...





    http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

    No comments:

    Post a Comment