Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Monday, August 16, 2010

Aku Yang Memilih Jalan Ini!



Telah kupilih jalanMu Ya Rabbi,
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan,
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Maka kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan,
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tidak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita

Yakinkan aku Tuhan,
Dengan janji-janjiMu
Kerana aku sering lalai dengan fatamorgana duniawi
Kerana aku masih membina keteguhan hati
Agar tak rapuhnya genggamanku pada taliMu
Supaya terdidik batinku bersyari’at        

Pintaku Ya Rabbi,
Jangan biarkan aku hanyut
Terbuai dalam angan yang panjang
Kembalikan aku pada jalanMu
Jika belayar ia di lautan dosa


Dan aku mohon Ya Allah,
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Istiqomahkan aku
Agar ,
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Dan akan ku terus tekadkan janji
Membenam kejap di lubuk hati
Kerana telah kupilih jalanMu ini...


http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

No comments:

Post a Comment