Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Thursday, May 27, 2010

Lapang Hati

http://www.emocutez.com http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com
Assalamualaikum Wbt...
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah, dengan izinNya, ana dan sahabat- sahabat lain berjaya menamatkan imtihan kami semalam (26.5.2010).... Rasa lapang sangat hati neh....
Terima Kasih Ya Allah kerana membantu kami sepanjang imtihan ini.

Pelbagai jenis ragam dan kerenah pelajar2 di hostel ni.... biasalah, nama pun imtihan, sedikit sebanyak pasti ada rasa tertekan , risau, takut dan macam2 lagi lah.... bagi ana, solat hajat adalah penawar paling mujarab bagi memohon ketenangan hati . namun ada juga ana lihat antara mereka-mereka  yang menjerit tengah malam, pasang lagu kuat2, ataupun jenis study sambil tengok movie... ada pula yang jenis study senyap a.k.a dalam keadaan yang penuh tenang tanpa sebarang bunyian... erm... macam2 ragam... semua ni pasti ana takkan dapat lihat lpas habis study...

Alhamdulillah, imtihan pun da habis. bekerja keras, iringi doa dan tawakkal... moga Result nanti menjadi 'penyejuk mata' ana, penyenang hati keluarga..amin....

Tiba masanya untuk pulang ke kampung halaman, merehatkan jiwa dan minda, merindui keluarga d sana....  bas ana malam ni pukul 8.15 dari kangar. semoga perjalanan nnti lancar dan selamat semuanya...
insyaallah, bertemu lagi sem hadapan ya.... pastinya lebih mencabar fizikal dan mental... memerlukan semangat yg tinggi...

Kepada kawan2, adik2 semua, selamat bercuti ya... jaga diri elok-elok...semoga kalian dalam peliharaanNya selalu...

**ingatlah...  Di mana- mana pun kita, kita membawa Islam, dan Islam adalah pakaian kita.... :) 





No comments:

Post a Comment