
hari yang digambarkan sebagai musnahnya seluruh alam dan Bumi dan kebangkitan semula. Kiamat berasal dari perkataan Bahasa Arab iaitu قيام yang bermaksud bangkit atau bangun. Ia merupakan satu kepercayaan dalam agama Ibrahim, termasuk Yahudi, Kristian dan Islam.
-dipetik dari WikiMelayu-
Rumi (transliterasi) | Arab | Terjemahan |
Yawm al-Qiyāmaṯ | يوم القيامة | Hari kebangkitan |
al-Sā'aṯ | الساعة | Waktu |
Yawm al-Akhīr | يوم الآخر | Hari Akhir |
Yawm al-Dīn | يوم الدين | Hari akhir (agama) |
Yawm al-Faṣl | يوم الفصل | Hari keputusan |
Yawm al-Ḥisāb | يوم الحساب | Hari perhitungan |
Yawm al-Fatḥ | يوم الفتح | Hari pengadilan |
Yawm al-Talāq | يوم التلاق | Hari perpisahan |
Yawm al-Jam'(i) | يوم الجمع | Hari pengumpulan |
Yawm al-Khulūd | يوم الخلود | Hari kekekalan |
Yawm al-Khurūj | يوم الخروج | Hari Keluar |
Yawm al-Ba'th | يوم البعث | Hari Kebangkitan |
Yawm al-Ḥasraṯ | يوم الحسرة | Hari penyesalan |
Yawm al-Tanād | يوم التناد | Hari pemanggilan |
Yawm al-Āzifaṯ | يوم الآزفة | Hari mendekat |
Yawm al-Taghābun | يوم التغابن | Hari terbukanya aib |
Yawm al-Wa'īd | يوم الوعيد | |
Yawm al-Aẕīm | اليوم العظيم | Hari agung |
al-Yawm al-Masyhūd | اليوم المشهود | Hari penyaksian |
al-Qāri’aṯ | القارعة | Bencana yang menggetarkan |
al-Ghāsyiaṯ | الغاشية | Bencana yang tak tertahankan |
al-Ṣākhkhaṯ | الصاخة | Bencana yang memilukan |
al-Tāmmaṯ al-Kubrā | الطامة الكبرى | Bencana yang melanda |
al-Ḥāqqaṯ | الحاقة | Kebenaran besar |
al-Wāqi'aṯ | الواقعة | Peristiwa besar |
Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." -Sahih Bukhari-
2. Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -Sahih Muslim-

3. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." -Abu Hurairah r.a-

4. Bermaharajalela alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian muzik dan penyanyi-penyanyi wanita" -Ibnu Majah-

5. Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" -Riwayat Nasai.-

6. Munculnya kekejian.
Memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga merupakan perbuatan yang tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, iaitu memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -Riwayat Ahmad dan Hakim-

7. Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran." -Riwayat Ahmad-
8. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah duniaakan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -Riwayat Thabrani-

9. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." -Riwayat Ahmad-
10. Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari Kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." -Riwayat Thabrani-
11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" -Sahih Muslim-
12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" -Riwayat Ahmad-

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
Sama-sama kita renungkan, beringat dan mempersiapkan diri selagi Allah masih memberi peluang dan ruang kehidupan ini......
No comments:
Post a Comment