




Assalamualaikum Wbt.... insyaallah... coretan kali ini.. ana ingin memberikan sedikit fikrah mengenai tajuk yang agak panas (barangkali)... semoga Allah memberi kekuatan....
Allah SWT berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan esok (hari Kiamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”
(Q.S Al Hasyr: 18)
pagi ini sebenarnya ada halakat bersama pn.Mar... alhamdulillah semuanya berjalan lancar (indahnya bila hati2 ini tertaut kerana Allah)... Sebelum ke p.islam,ana membuka satu laman sosial.. ana terlihat pula satu komen yang membela 'couple itu tak salah..' . beliau siap meminta kalaulah ada dalil2 tertentu yang mengharamkan couple itu.. bebrkalkan sedikit ilmu yang ana ada ni...ana rasa terpanggil untuk berkongsi pendapat dan idea mengenai pkara ni ...ana bukanlah ustazah, sekadar ingin berkongsi fikrah hamba...
Sebagaimana yang disabdakan oleh baginda Rasulullah SAW, "Sampaikanlah dariku, walaupun hanya satu ayat."
Janganlah berbangga jika mempunya couple. Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin beliau ditanya ttg hbgn cinta sblm BERNIKAH.Jawab beliau, “Jika hubungn itu seblm nikah, baik sudah melamar atau belum, maka hukumnya adalah HARAM, krn tidak boleh sesorg utk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan”. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:
“Jgnlah seorang lelaki bedua-duaan dgn seorg wanita kecuali ada brsama-sama mahramnya, dan jgnlah sesorg wanita berpergian kecuali brsama mahramnya...”
HARAM tetap HARAM..jgn buat main2 hukum ALLAH..Ingatlah, semua yang kita buat di dunia,akan ditayangkan semula di akhirat....
janganlah berbangga jika ada couple, jangan kita tergolong dalam orang yang BANGGA MELANGGAR HUKUM ALLAH..menayang2 couple masing2.. bergambar berdua atau gambar si dia, dan jangan kita tergolong dalam golongan orang yang MENGGALAKKAN COUPLE.. bagaimana? "waa..sweetnye korang berdua ni" (padahal masih belum kawen lagi, kan?)
Memang tiada ayt pengharaman coupel dalam AQ, tapi PERHALUSI firman Allah ni “ la taqrabu zina..” bermaksud “janganlah kamu MENGHAMPIRI zina” berbuat zina sudah jatuh hukum DOSA BESAR, apatah lagi MENGHAMPIRI ? tidakkah hukumnya juga sama? Janganlah JUMUDkan pemikiranmu dengan menganggap zina itu hanya berlaku melalui alat sulit? Malah zina yg terlibat dalam couple termasuklah zina hati, zina mata, zina telinga… mampukah anda membendungnya dalam berCOUPLE ?
semoga kita dijauhkan dari 'barah' ini...
Selemah2 iman adlh dgn mmbenci maksiat dlm ati..menurut ibnu taimiyyah,
“siapa yg TIDAK membenci sesuatu maksiat yg dia nampak dalam hati, dibimbangi akan terkeluar dari IMAN”.. nauzubillahi min zalik.
Sekadar mengingatkan DIRI SENDIRI, mereka yg TAK TAHU @ sengaja bt TAK MAHU AMBIL TAHU.. supaya bila Allah tanya kt akhirat nanti,insyaallah anggota kita akan menjawab “ Ya Allah. Kami telah cuba menegakkan HUKUMMU@perintahMu..”,
masih belum TERlewat untuk bertaubat wahai sahabatku...
Jadikanlah Al Quran dan Sunnah sebagai panduan sepanjang MENYELUSURI hidup ini agar tidak TERSESAT DALAM CAHAYA... sebelum KITA SEMUA KEMBALI PADANYA...
Bersama-samalah memperbaiki diri dan mengajak orang lain....Wallahua'lam..
Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu
hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada
Allah s.w.t tentang banyak perkara.
1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan
kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir
kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang
bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas)."
2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu
tempat mereka berkumpul (masjid,surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?."
Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di
pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam,
pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."
3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam
itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan
bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu
ialah syair (sajak/lagu/puisi yang melalaikan manusia dari mengingati
Tuhan).
4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka
cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah
s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong
atau yang berkaitan dengannya)"
5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada
anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang
berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang
bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."
6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para
nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?".
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri
dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."
7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al
Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku?." Firman Allah s.w.t yang
bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan,(
seperti gincu,tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama
dengannya)
8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu
perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang
bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."
9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada
anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman
Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang
tidak disebut nama Allah."
10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada
anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"
Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak
dimulakan dengan nama Allah."
~Semoga mendapat manfaatnya bersama....Insyaallah..~
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.