Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Friday, April 30, 2010

Doa Rabithah



Sesungguhnya Engkau tahu
Bahwa hati ini tlah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu

Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam
Ya Robbi bimbinglah kami…

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakkal padaMu

Hidupkan dengan ma’rifatMu
Matikan dalam syahid di jalanMu
Engkaulah pelindung dan pembela

Kuatkanlah ikatannya
Tegakkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahyaMu
Yang tiada pernah padam

Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
Ya Robbi bimbinglah kami…
(Izzatul Islam)

Assalamualaikum Wbt..
Alhamdulillah... Allah masih memberikan ana sedikit ruang waktu dan kesempatan untuk menekan kekunci keyboard huruf-huruf ini yang kemudiannya membentuk patah-patah kata (ceywah, mcm puitis) :)

Sebenarnya, pagi ini kelas dibatalkan ,ana pun tak pasti sbb apa, mungkin lec ada urusan lain... Alhamdulillah, dapatlah ana update blog ini.Pertamanya ana merasakan minggu ini adalah yang paling sibuk sepanjang semester ini.

Bermula dengan program pada 24/4 bersama pn.Mar, program d pineng b'sama Haluansiswa, 25/4,26&27/4 persiapan progaram Lifeline4Gaza untuk pelancaran pada 28/4, 29/4 Malam tautan hati sahibah-sahibah2,30/4-2/4 karnival kamsis..." Sesungguhnya Dialah sebaik-baik pengatur", Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..diharap begitu juga untuk program karnival kamsis selama 3 hari nanti..http://www.emocutez.com

Disaat-saat jiwa terasa lemah, terbaca pula blog murabbi berkisar tajuk 'jiwa saya lemah' disini http://my.opera.com/azmibhr/blog/jiwa-saya-lemah ... Alhamdulillah, mendapat refresh hati darinya...

pastinya kalian tertanya-tanya apa 'related'nya opening lagu Doa Rabithah kat atas tu... sebenarnya lagu tu amatlah memberi kesan di hati ana pada malam tautan hati sahibah2 yang diadakan di Pusat Islam secara 'informal' malam semalam atas tujuan taaruf dan mengeratkan ukhuwah.http://www.emocutez.com

Syukur ke hadrat Ilahi segala persiapan berjalan lancar dengan pakatan pengarah program, cik Nurul Afifah bersama pakatan Ajk yang berwibawa, cik Sabariah, cik Zuraini,Cik Aisyah, Cik Afiqah, dan Cik Arefiy .Turut membantu, cik Badariah dan Cik Hidayah. Thank you friends!http://www.emocutez.com

Majlis yang bermula kira-kira jam 9.30 p.m itu berlangsung dalam suasana sederhana, dihadiri tetamu VVIP , kak Mar,kak Zaiton,cik Jun,Salsabil, k.mira dan anak2 kecil yg comel (anak2 kak Mar dan kak Zaiton) . Terima kasih semua!

Tidak dilupakan kehadiran tetamu yang diraikan juga senior2 kami, cik Juhaliza,cik Farida Hanis,cik Norhasfaliza dan cik Madihah... terima kasih sudi menghadirkan diri... Walaupun ramai lagi yang tidak hadir, Alhamdulillah, Allah telah pilih hati-hati kita untuk berada di bawah lembayung ukhuwah ini. Syukran jazilan!

Sesungguhnya kami sangat menyayangi kalian keranaNya, kami amat sayangkan ukhuwah yg mencecah usia 3 tahun ini, kami sangat ingin melihat kalian bersatu, bersama-sama semula seperti waktu2 dahulu, bersenda gurau bersama, susah senang bersama, melakukan kerja2 Islam bersama, pergi usrah bersama, solat bersama, makan setalam bersama, bersuapan makan bersama.. indahnya ukhuwah itu...indahnya....http://www.emocutez.com

Semoga Allah tautkan hati2 kita keranaNya...
Semoga Ukhuwah ini menjadi saksi kasih sayang antara kita...
Semoga kita sentiasa ditetapkan hati berada di landasanNya...
Uhibbuk Fillah !http://www.emocutez.comhttp://www.emocutez.com

p/s: ana mohon maaf tak dapat upload gambar coz semua gambar barada dalam handset Farida, Insyaallah, nnti bila dah ada, ana akn postkn di sini... harap bersabar :)
p/s: (diharap kalian tidak melupakan kami biarpun selepas tamat belajar nanti..:))http://www.emocutez.com

wallahua'lam

No comments:

Post a Comment