Demi Masa

.::Yang Sudi Bersama::.

sweet kekura..

Tuesday, April 20, 2010

Rahsia Iblis






Assalamualaikum Wbt... Segala puji bagi Allah ,Tuhan sekalian alam... Insyaallah, sedikit perkongsian yang ingin dikongsikan bersama mengenai rahsia Iblis...
Dirawikan bahawa nama Iblis di langit dunia ialah 'Abid. Di langit kedua, Zahid. Dilangit ketiga, 'Arif. Dilangit keempat, Wali. Dilangit kelima At Taqi. Dilangit keenam, Al Khozin. Di langit ketujuh, 'Azazil dan di Lauhul Mahfuz, Iblis.

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu
hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan iblis kepada
Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan
kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir
kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang
bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas)."

2. Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu
tempat mereka berkumpul (masjid,surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?."
Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu berkumpul ialah di
pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membelibelah, kelab malam,
pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."


3. Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam
itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan
bacaanku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu
ialah syair (sajak/lagu/puisi yang melalaikan manusia dari mengingati
Tuhan).

4. Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka
cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman Allah
s.w.t yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta ( bohong
atau yang berkaitan dengannya)"

5. Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada
anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang bersembahyang
berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah s.w.t yang
bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

6. Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para
nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?".
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri
dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."

7. Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat Al
Quran)kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku?." Firman Allah s.w.t yang
bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan,(
seperti gincu,tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama
dengannya)

8. kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu
perangkap-perangkap. Apakah perangkap bagiku?." Allah s.w.t berfirman yang
bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."


9. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada
anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman
Allah s.w.t yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang
tidak disebut nama Allah."

10. Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada
anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah s.w.t yang bermaksud:"
Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak
dimulakan dengan nama Allah."

~Semoga mendapat manfaatnya bersama....Insyaallah..~


No comments:

Post a Comment